Honeymoon: Bali Khama Villa

Salam 
Instead post mengikut hari kina buat post honeymoon ikut kategori la..
Sebenarnya dah tak ingat kalau nak review ikut hari di sana..hahaha..
So, kita mulakan review penginapan kina di Bali iaitu Bali Khama Villa & SPA
Hotel ni terletak di Nusa Dua, Bali. Lebih kurang 30minit dari airport Ngurah Rai.
Jadi, review kali ni tentang apa yang ada dekat Bali Khama Villa ye.
Model Bali Khama Villa..pastu kena hon tepi jalan..haha
Driver dari Bali Khama Villa yang menunggu & menjemput di airport..
Memang ramai yang menunggu dengan pelbagai nama & tanda..
Tapi tanda nama dari Bali Khama memang spesel lah..senang nak spot..

Kami menginap di Bali Khama Villa selama 3 hari 2 malam..
Tapi rasa sekejapnya sebab ada tour..Rasa malas nak pegi tour..
Sebelum kereta dapat masuk akan ada spotcheck takut2 tourist bawak bom..
Once reached tempat reception, kami disambut dengan mesra gila la..
Service memang tip top..tiap kali jumpa pekerja mesti ditegur..
''Terima kasih''
''Selamat Siang''

ok, mari kita tunjuk bilik dia macam mana..:P
Khama kami bernombor 3104..khama maksudnya bilik dalam bahasa bali..
Bahasa bali jauh berbeza dengan bahasa indonesia..bilang tour guide kami..
Buka pintu ada landskap macam ni.
meja makan for 2..peti ais..buah limau..:P
Dalam bilik..perlu la ada gambar sendiri..tv tinggi atas kepala..sorry takde gambar.
The most best part! The private pool. Buka pintu boleh terjun!
Tapi sayangnya..Tour terlalu banyak..tak cukup masa nak mandi lama2..
Ketinggian pool ni lebih kurang 1.2m kot..
Toilet ada ini..bunga tu ada hari pertama je ok..
Macam mana nak sembahyang kat sini kan takde arah kiblat?
Luckily my bestfriend install Salat Timing dalam iphone yang ada arah kiblat sekali.
Pudin macam ragu-ragu dengan software tu. Dia tanya sorang pekerja situ.
Dia tanya pun sebab pekerja tu memang Islam. Alhamdulillah betul arah kiblatnya.
Tq you-know-who-you-are sebab tolong install ni!
Satu lagi tempat yang kina tak tangkap gambar ialah Spanya..
Spa dia memang spa yang paling best yang kina pernah pegi..
Mandi jacuzzi sambil boleh tengok bulan di langit. Best kan? hee..
Itu sebab kina berspa pukul 8 malam..kalau petang matahari la kot..:P
Shhhh..sama tak?

Kesimpulan yang kina dapat bagitahu..Bali Khama memang best.
Kalau takde tour lagi best sebab dah serba lengkap. Sanggup duduk dlm bilik je.
Ok la..itu je review tentang Bali Khama Villa & Spa.
Nak check out dah..bye2 bali khama!
 Esok kita review makanan di Bali pula ye..InsyaAllah..

Review: Make Up Artist (MUA)

Salam 
Alhamdulillah, kina baru pulang ke Malaysia 2 hari lepas..
Sebelum membuat review bagaimana Bali kina kena review MUA dulu la..
Sebab kina dihujani dengan pertanyaan ramai siapa MUA kina? hee..
Harap review ini dapat membantu b2b yang mencari MUA utk hari mereka..
Tanpa make-up & selepas make- up (foto by razali).
 Percaya tak kina tak tahu siapa & hasil kerja MUA kina sebelum hari besar kina.
Kina tak buat trial make up pun. MUA kina tanya kenapa nak dia make-upkan?
Jawapan kina senang je. ''Sebab ibu cakap make-up lawa''

 MUA kina ni kina senang panggil Kak Pah..bukan pah bedah ye..hihi..
Kak Pah ni merupakan kawan ibu kina yang sepatutnya make up masa kina bertunang..
Tapi masa kina bertunang dia tak dapat make upkan kerana ada show..
Show apa pulak kan? Yes..she is an ex-dancer..sekarang dah jadi Jurutari di MPK..
Penari memang ada dihantar kursus make up, cara berposing semua kak pah tahu..
MPK ni tempat ibu & ayah kina kerja : Majlis Perbandaran Kuantan.
kak pah in action : camera iphone without editting
kina bersama ibu & adik: camera iphone without editting

Kak Pah bukan la komited dalam menjadi MUA..
Dia hanya buat secara suka-suka,bila free & bila orang panggil je..
Kalau kak pah takde show boleh la dia ambil customer sebab show selalu juga weekend.
Dia juga ambil customer yang dekat-dekat saja ye..means area Kuantan, Pahang gitu..

Kak Pah ni kina memang sangat recommend 100% kerana...(macam slogan kan)
1) Tepati masa..dia cakap datang pukul 10.30pagi dia ketuk pintu bilik time tu gak.
2) Bertolak ansur & ikut customer..tak ikut suka hati dia nak cantas kening orang.
Kina ingat ayat dia ''kita kena ikut pengantin, nanti pengantin masam je tak suka''
3) Komited gila..dia perhati je kina & touch up di mana-mana..hahaha..
4) Sangat affordable..tak perlu sampai beribu untuk cantik ye..
Kina minta make up sweet2 & focus pada mata untuk nikah. : camera iphone without editting
Rate Kak Pah berapa? Mesti ramai yang nak tahu kan?
Kina dapat harga RM150 untuk 2 event iaitu nikah & resepsi!
Murah gila kan??? Yes..Anda baca dengan betul!
Kina tak pasti sebab ibu kina dapat harga macam tu,
Sebab ibu kina cakap rate dia memang harga tu je..
Kina tahu kalau dekat KL memang tak dapat la kan..
Sayangnya kak pah hanya di kawasan Pahang je, tu pun kalau dia free..
Make up reception. ''kak pah, sila tutup jerawat saya..hahaha''
Foto By Razali : Make up By Kak Pah
Kalau kak pah betul-betul komited jadi MUA i know dia akan meletups..:P

Nak contact kak pah untuk quotation atau dia free tak untuk make-up?
Facebook : Sharifah Ipah
No Tel : 013 9815429
Bagitahu tahu dari kina, nanti kang dia terkejut plak korang ramai-ramai call/msg.

Tips sebelum make-up: Selain letak ice, pakai baju yang senang nak dibuka.
Foto By Razali : Just nice! Make up simple untuk nikah

Siapa bilang murah tak dapat hasil yang memuaskan?
Sometimes it does! ^_____^ senyum puas hati

Our Special Nikah Playback

Salam 
Sekarang kina berada di LCCT untuk ke Bali.. 
Sempat la untuk update sikit tentang video special nikah playback ni..
Terima kasih buat Official Videographer kina: Abang Wira Hidayat...
Atau nama business dia Wira Visuals..happy go lucky orangnya..
Tapi video dia semua syahdu-syahdu & sebak kan? tu yang best tu..:P

Meh la kita tengok sama-sama.. haha



PERNIKAHAN SHAKINA & SHARIFUDDIN from WIRAVISUALS on Vimeo.

Lagu untuk special nikah ni kina pilih lagu Rossa..
Kina sangat suka lagu-lagu Rossa..Tajuknya: Wanita Yang Kau Pilih..

Orang cakap sedih masa pudin salam dengan mak dia..eh..mak dia?
Mak kina jugak la sekarang kan..hai mak! haha..gedik! Tapi kan..segan..
Nampak jelas gila jerawat 2 ketul tu..Memang tension tengok besar gila ok!
Heh..jaga la muka anda sebelum kawen..tapi kadang2 memang tak leh kawal pun..
Nasib baik dekat gambar tak nampak sangat..hihi..maluuu..

Apa-apa pun, sesiapa yang ada duit lebih untuk hire videographer,
Hire la abang wira..memang tak nyesal! ^_^
Kalau budget tak mencukupi, minta saudara mara rakam ok..
Moment akad nikah tu yang penting..suami kita boleh tengok balik nanti..:P
Ok la..off to Bali..nanti kita sambung dengan review Balimoon ya..bye2

Anak Pak Man Dah Jadi Bini Orang

Salam 
Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..rindu tak? haha..mesti la tak..:P
Ye..anak pak man ni dah jadi isteri orang..mcm tak caye je..

Kina dah ada imam muda untuk sembahyang berjemaah..:)
Haha..memang macam tak caya dulu pudin selalu jadi imam kat sekolah kitorang..
Kenal sangat suara budak tu jadi imam walaupun tak cakap dalam kelas..
Sekarang dia yang imamkan kina setiap waktu solat..moga kekal sampai bila2..
Alhamdulillah, everything berjalan dengan lancar..
Ada la sikit-sikit je yang kelam kabut sikit..hehehe..nanti kita cerita..

Hari ni kina dah berada di Melaka, tapi bukan dekat rumah sewa..
Dekat Shah Resort Melaka, bukan honeymoon tapi boleh kira pre-honeymoon kot..?

Alkisahnya tuan rumah sewa masih belum siap kemas rumah dia..
Dia cakap dari Nov tahun lepas tak berpenghuni jadi risau gak..
Disebabkan rasa bersalah yang menyelubungi beliau..
Lepas tu dia taja resort ni untuk semalam..Best tak? haha..
Kelam kabut jugak takde rumah lagi ni..Esok dah nak ke Bali..
Untuk honeymoon betul-betul..:P..

Kina nak review semua tapi harus la tunggu gambar berkualiti
dari Aie atau lebih dikenali as Mohd Razali @ Foto by Razali..
Jadi harap semua bersabar ye tunggu review wedding kina..

Seriously, korang mesti puas hati kalau hire Aie ni tau..nanti kina review dia ye..
Nah gambar setepek dari Aie selepas majlis akad nikah..

Ini merupakan gambar pertama dari Aie..& what else can I say..
SUPERB!! Cantik gila!!Awesome!! Tengok saja lebih 80 orang like..

Terima kasih yang tidak terhingga buat family & family in law, bridemaids,
vendor, rakan SEMSAS, rakan IMR, rakan UTP, rakan-rakan sekalian..
Tidak dilupa, ribuan terima kasih atas semua wishes, yang sudi datang,
Sudi doakan, sudi membantu..Semoga Allah membalasnya dengan 1001 kebaikan..


 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork