Colorless Wednesday

Salam 
Instead of wordless wednesday, mengisytiharkan hari ni colorless wednesday!hahaha!
Kina tahu gambar-gambar solemnization kina sangat la colorful..
Tapi hari ni mood gambar with no color.

Macam nak juling je biji mata @_@

With my other half

Gembira nampak dapat abang ipar..:P
 Esok ingat nak review tentang DIY mini pelamin..hopefully! >_<

Review: Solemnization handbouquet

Salam 
Hari ni banyak janji temu dengan rancangan di TV..haha..
 Jadi kina buat review yang ringkas je dulu..yang penting gambar banyak kan.
Yela, tulis panjang-panjang pun bukan ayat best pun, lintang pukang je kan.

Untuk bunga tangan masa nikah kina pilih kombinasi 2 jenis bunga..
Bunga carnation colour peachy pink + Bunga ros shocking pink..
Since baju kina ada warna shocking pink tu kan pilih la pink..
Kalau bunga colour biru kang tak nampak langsung bunganya..
round fresh flower handbouquet

 Alhamdulillah..menang tempat kedua..kurang bebanan nak kawen.
Itu lah tujuan kina join contest banyak2.  Mahu jimat apa yang boleh.
Benda kecik-kecik ni nampak je kecik, tapi nak bayarnya banyak jugak..
Nanti kina review hadiah contest & giveaway yang lain.
selepas beberapa hari tak lebam lagi bunganya
Hadiah dari Dina Halim berupa:
Sepasang songket bunga tabur bernilai RM550
+ bunga tangan fresh flower bernilai RM150..
Jadi bunga tangan nikah ni adalah tajaan Dina Halim..
Kak Nad sangat baik, dia discuss & call kina nak bunga macam mana.

Mula-mula kina agak risau sebab rumah dekat Kuantan, takut layu nyet2..
Tapi kak nad cakap carnation & rose tahan lama, so kina amek pagi khamis tu.
Pekerja di Butik Dina Halim pun friendly sangat. Suka!
Thanks Dina Halim Bridal Boutique, I love my free handbouquet!:)
Pagi-pagi ibu jerit mana pegi jag air?? kat sini ha..hahaha..

Dengan bunga tangan ni juga kina buat deko2 di dewan keesokannya.
Gunakan selagi boleh, nanti bunga tu layu juga. Nak keringkan & frame malas la.
Cukup la gambar-gambar jadi kenangan.
Bunga tangan ini kawan baik saya..tengok pegang macam taknak lepas.
 Tapi memang bunga tangan ni la pembantu hilang nervous kina.
Selain pembantu berposing depan camera..hikhik..

P/S: Choose the right colors & flowers, you will never regret it!



Review: Bilik Beradu Pengantin

Salam 
Hari ni seperti dijanjikan, kina akan buat review tentang bilik pengantin.
Decoration untuk bilik pengantin disponsor oleh HK Decor & Design.
Alhamdulillah..jutaan terima kasih kepada HK Decor & Design..!

Pemilik HK Decor & Design adalah mak long kina (kakak ayah).
Semua decoration adalah tajaan HK Decor & Design kecuali set katil je.
Dari cadar, bunga, langsir, wallpaper & frame adalah ehsan mak long.

kina suka sangat kedua-dua bunga. color yang cantik.

Mak long kina cuma tanya warna baju kina & theme yang kina nak..
Baju kina biru petronas(tak tahu kategori biru ape..huhu)+pink sikit+purple sikit
Theme plak kina nak English Moden Kotemporari gitu..
Mak long cakap akan guna warna krim & light pink la ye.
Segalanya kina serah pada mak long. Orang dah sponsor jadi orite aje. :)

Kina tak berapa suka material satin sebab kina rasa panas & lemas.
Syukur, mak long jahitkan cadar bukan dari material satin yang berkilat-kilat. 
Cadar adalah dari fabrik dari Elyza. Tak tahu la material apa. Cotton kot.
Sangat lembut, sejuk & kemas jahitannya.

Semasa HK Decor & Design mendeko2 bilik macam Eric tu.
Kina masih berada di Kuala Lumpur, setelkan kerja (setel ke?haha)
Ayah kina dengan rajinnya meMMS gambar bilik 1 demi 1..
gambar pertama dari ayah dengan caption ''bilik pengantin in progress''

Disebabkan lighting, kina nampak langsir bilik tu warna kuning.

Kina : Kenapa langsir color kuning ayah?
Ayah : Sebab perhimpunan BERSIH. haha

Sempat lagi buat lawak ayah kina ni kan..tergelak jugak masa tu. Then,
Terus call ibu tanya, kalau dengan ayah sampai bila2 tak dapat jawapan serius.

Kina : Ibu, ayah ada MMS gambar bilik, nape langsir kuning?
Ibu : Har? Bukan kuning, krim sama dengan cadar. Percaya sangat
la gambar dari hanphone cokia ayah tu..haha..lighting kot.

Mari kita tengok sebelum dan selepas. Rasa macam Casa Impian plak!haha
Gambar yang selepas agak kuning sebab lampu kuning..hehe..handphone cokia kot :P
Sebelum. smurf pun ada lagi masa ni..:P

Tadaaaa..cadar juga dibuat oleh HK Decor & Design

bantal kecik tu dicustomade sama dengan kepala katil ada macam diamond.
Bekas ni sebenarnya bekas isi garam. Boleh dibeli di SSF RM9.90 (small size)
Wallpaper dipasang sangat kemas. Suamiku gaya pelakon sinetron dah.:P

Antara Produk & Service dari HK Decor & Design:
    * Menerima tempahan langsir ( kain Elyza’s dan Acacia sahaja )
    * Menerima tempahan wardrobe dan kabinet dapur
    * Menerima tempahan jeriji wrought iron, carbon steel, stainless steel & pagar
    * Menerima tempahan sofa fabrik Elyza
    * Menerima tempahan reupholstery untuk sofa fabric dan kulit
    * Menerima tempahan perabot Jati dan Mahogani
    * Memberi khidmat runding hiasan dalaman kediaman dan juga pejabat
    * Memberi khidmat padanan langsir menggunakan software Eassy Décor
    * Memberi khidmat professional fotografi perkahwinan  
    * Memberi khidmat renovasi kediaman dan pejabat
    * Memberi khidmat hiasan bilik pengantin
    * Memasang rod dan railing langsir
    * Memasang wallpaper dan karpet
    * Memasang vinyl laminated flooring dan juga laminated wood flooring

HK Decor & Design boleh merealisasikan impian anda!
Hubungi HK Decor & Design:

Email: info@hnkdecor.my
Contact No:0169865488

Kina sangat berpuas hati dengan hiasan bilik pengantin kina.
Semoga HK Decor & Design terus success!Good Job!

Review: Tudung & Veil Vispera Kinara

Salam 
Disebabkan baju nikah saya tersangat simple. Takde beading atau patch lace pun.
Jadi kina rasa better pakai tudung yang lebih sarat & comel. Hee..
Kina dah lama berkenan dengan koleksi tudung & veil dari Koleksi Vispera.
Kebetulan pada masa tu Koleksi Vispera (KV) buat promosi ulang tahun ke2.
2 3 4 5 kali juga fikir nak tempah ke taknak nak ke taknak..last2 tempah juga..huhu..
Terus email Koleksi Vispera dengan details ikut format di blog KV..

Kisahnya bermula, kitorang buat janji temu di Jaya Jusco Maluri.
Nervous nak jumpa dengan kak vispera. Masa tu tak tahu nama dia..
Pakai panggil je kak vispera kan. Best je kan nama vispera tu. Unik!

Bila dah jumpa kak awe (bukan nama samaran)
Mula-mula ingat mesti dia akan pakai tudung cantik-cantik.
Macam tudung yang dia buat kan.
Kak awe pakai tudung awning warna hitam kosong je.
Dia sangat peramah, humble & simple orangnya.

Then, kitorang discuss design & warna yang kina nak..
Kina dah siap bawak contoh kain baju nikah supaya match..
Baju kina chiffon so kina nak tudung chiffon juga..
Lepas tu kina request nak bunga 3D pada tudung..
Sangat teringin nak ada bunga 3D tapi tak reti buat..
Then nak ade kristal-kristal sikit warna pink. Bukan kristal ori ye.

Tak suka tudung awning lycra. Sebab nampak dagu besar.haha.
Jadi kina nak tudung dulce. Kitorang pun pergi test-test kat toilet.
Ada 3 jenis awning. Then kina pilih yang kina suke. ^_^
harga promosi ulangtahun ke2 vispera

Masa tu KV janji untuk siapkan sebelum raya.
Tapi disebabkan KV tak pernah buat design yang macam kina nak..
Jadi, terpaksa tunda sehingga selepas raya. Sebulan sebelum nikah.
Selepas raya, tudung masih belum siap lagi. Jadi kena tunggu lagi.
Masa ni kina agak risau sebab kena tunggu tudung siap baru boleh buat veil.

Pada mulanya kina nak tempah tudung je sebab ingat nak DIY veil sendiri.
Tapi KV call cakap buat 1 set veil dengan dia dan dia sponsor separuh.
Jadi masa tu fikir ada 2 minggu je lagi nak nikah jadi terima offer KV..
KV cakap tudung tu KV letak pearl & bunga 3D chiffon baru timbul..
Dah last minute memang kina malas nak fikir. Ok je la..

Sebelum kina balik ke Kuantan, akhirnya kina dapat tudung nikah kina.
2 hari sebelum nikah kina dapat tudung & veil kina. Alhamdulillah siap juga.
Walaupun agak senteng. Tapi esok nak nikah memang tak leh adjust.
Warna sangat matching. Cuma kina rasa bunga 3D tak sesuai pada tudung tu.
gambar dari KV. bunga 3D pada tudung & veil.

Jadi, tengahari sebelum nikah kina cabut 4 kuntum bunga pada tudung tu.
Then bridemaids kina Aziah tolong jahitkan pearl pada lompong-lompong tu.
Ingat nak jahitkan bunga 3D pada veil untuk banyakkan bunga tapi tak sempat.
Cuma takut sangat kalau kain chiffon tu tertarik sebab kain tu lembut.

 Masa tu risau sangat ok ke tak la design ni..
Alhamdulillah, semua cakap ok. Awning tu sesuai dengan muka kina.
I love my solemnization veil!
 Kina sangat suka veil kina sebab panjang sampai ke lutut.
Veil juga dari kain chiffon dan warna yang matching.
Keliling veil dijahit dengan pearl bersaiz medium.
Tujuan pearl supaya veil tu jatuh takde la terbang-terbang beriya.
3 Lelaki 3 Perempuan
Bunga chiffon 3D warna pink utk matching dengan baju & lengan.
Disebabkan tudung kina design baru jadi KV nak namakan tudung ni.
Vispera Kinara - Kinara bermaksud candle holder. 
Bestfren kina yang propose nama ni. Sounds good. KV pun approve. :)

Untuk full set tudung & veil kina bayar RM300 di mana separuh disponsor KV.
First and last kot bayar harga tudung camni. Sekali seumur hidup. (sedapkan hati)
Ok la dari tudung RM1000 dari vendor P******. kan put? gila kan.!

Tahu kan Koleksi Vispera pernah membuat tudung untuk Anne Hot FM?
sweeeeet!

Diingatkan tempah lebih awal sebab terlalu banyak tempahan. Hot gitu.
Letak tarikh perkahwinan pun awalkan ye. 
Contohnya korang nikah 2 Februari bagitahu 20 Januari ke..
Kalau lambat hantar tak siap memang disaster kot. Cuak tau.

Jadi bagi bride to be yang nak tempah tudung & veil dari Koleksi Vispera.
Atau berminat nak dapatkan tudung Vispera Kinara macam kina pakai ni.
Vispera Kinara
Boleh hubungi Koleksi Vispera melalui :

Email : koleksivispera@gmail.com

Facebook : Koleksi Vispera

Telefon/SMS : 012-5881550

WhatsApp : 012-5881550

Skype : koleksivispera (temujanji shj)



 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork