Salam
Hari ni seperti dijanjikan, kina akan buat review tentang bilik pengantin.
Decoration untuk bilik pengantin disponsor oleh HK Decor & Design.
Alhamdulillah..jutaan terima kasih kepada HK Decor & Design..!
Pemilik HK Decor & Design adalah mak long kina (kakak ayah).
Semua decoration adalah tajaan HK Decor & Design kecuali set katil je.
Dari cadar, bunga, langsir, wallpaper & frame adalah ehsan mak long.
kina suka sangat kedua-dua bunga. color yang cantik. |
Mak long kina cuma tanya warna baju kina & theme yang kina nak..
Baju kina biru petronas(tak tahu kategori biru ape..huhu)+pink sikit+purple sikit
Theme plak kina nak English Moden Kotemporari gitu..
Mak long cakap akan guna warna krim & light pink la ye.
Segalanya kina serah pada mak long. Orang dah sponsor jadi orite aje. :)
Kina tak berapa suka material satin sebab kina rasa panas & lemas.
Syukur, mak long jahitkan cadar bukan dari material satin yang berkilat-kilat.
Cadar adalah dari fabrik dari Elyza. Tak tahu la material apa. Cotton kot.
Sangat lembut, sejuk & kemas jahitannya.
Semasa HK Decor & Design mendeko2 bilik macam Eric tu.
Kina masih berada di Kuala Lumpur, setelkan kerja (setel ke?haha)
Ayah kina dengan rajinnya meMMS gambar bilik 1 demi 1..
gambar pertama dari ayah dengan caption ''bilik pengantin in progress'' |
Disebabkan lighting, kina nampak langsir bilik tu warna kuning.
Kina : Kenapa langsir color kuning ayah?
Ayah : Sebab perhimpunan BERSIH. haha
Sempat lagi buat lawak ayah kina ni kan..tergelak jugak masa tu. Then,
Terus call ibu tanya, kalau dengan ayah sampai bila2 tak dapat jawapan serius.
Kina : Ibu, ayah ada MMS gambar bilik, nape langsir kuning?
Ibu : Har? Bukan kuning, krim sama dengan cadar. Percaya sangat
la gambar dari hanphone cokia ayah tu..haha..lighting kot.
Mari kita tengok sebelum dan selepas. Rasa macam Casa Impian plak!haha
Gambar yang selepas agak kuning sebab lampu kuning..hehe..handphone cokia kot :P
Sebelum. smurf pun ada lagi masa ni..:P |
Tadaaaa..cadar juga dibuat oleh HK Decor & Design |
bantal kecik tu dicustomade sama dengan kepala katil ada macam diamond. |
Bekas ni sebenarnya bekas isi garam. Boleh dibeli di SSF RM9.90 (small size) |
Wallpaper dipasang sangat kemas. Suamiku gaya pelakon sinetron dah.:P |
Antara Produk & Service dari HK Decor & Design:
* Menerima tempahan langsir ( kain Elyza’s dan Acacia sahaja )
* Menerima tempahan wardrobe dan kabinet dapur
* Menerima tempahan jeriji wrought iron, carbon steel, stainless steel & pagar
* Menerima tempahan sofa fabrik Elyza
* Menerima tempahan reupholstery untuk sofa fabric dan kulit
* Menerima tempahan perabot Jati dan Mahogani
* Memberi khidmat runding hiasan dalaman kediaman dan juga pejabat
* Memberi khidmat padanan langsir menggunakan software Eassy Décor
* Memberi khidmat professional fotografi perkahwinan
* Memberi khidmat renovasi kediaman dan pejabat
* Memberi khidmat hiasan bilik pengantin
* Memasang rod dan railing langsir
* Memasang wallpaper dan karpet
* Memasang vinyl laminated flooring dan juga laminated wood flooring
HK Decor & Design boleh merealisasikan impian anda!
Hubungi HK Decor & Design:
Facebook: HK Decor & Design
Email: info@hnkdecor.my
Contact No:0169865488
Kina sangat berpuas hati dengan hiasan bilik pengantin kina.
Semoga HK Decor & Design terus success!Good Job!
32 lovely comments:
salam kinah..
untungnyer ada org sponsor..
alhamdulillah rezeki camtu..
nak tanya la awak beli set katil ni katne? thanks for sharing
bertuahnya kina ada aunty nak sponsor..rezeki tu..sgt cantek dia deco! i suke english deco camtu
actualy bru nk soh u review tang bilik panten. sbb serius nmpk cantik,kemas n sgt sesuai.
nice.untung bilik besar kan.bole buat mcm2 deko haha
WOW. cntik. bilik besar senang deco :)
cantik...
wahhhh.. sgt santekkkk ok!!!
waduh2.. trus jatuh hati la kat u nye bilik pengantin kina.. so sweet!!! :)
cantek bilik kina :)
bella: kina beli dekat kedai sweetdream dekat kuantan..jalan wong ah jang..dekat ng cowboy..:)
schaz: thanks..semua kina serah pada mak long kina..credit to her..
pzaEdy: hehe..tada..harap reviewnya lengkap..:)
lisa: bilik kina memanjang..almari letak kat side depan..hee
fariza: hee..xd besar sgt..dulu bilik ramai2..
sue: tq sue..all credit to HK decor & design.
dodot: tq dodot cantek!
sarah: tq sarah!
canteq2..nak jugak bunga2 rose english kontemporari..sweet sgt..hehe
syaz: kalau buat moden kontemporari cun gak..tp rozelt mesti la ade ros ye..haha
eh aunty haslina tu mak long u ke kina?? laaa kitorang 1 family knl sgt la dgn aunty tu...kedai dia pn x jauh mne dr umah i...hehe
cantiknye bilik pengantin kina..suka english roses tu..sweet
putih/vintage/english this year mmg ramai penantin yg buat theme ni untuk bilik
NANA: a,ah..haha..kedai kat kemaman tu..tu la mak long kina..baru je balik dari rumah die semalam..
erin: hehe..kelaaass kau maria HK decor & design..:P
FY: thanks Farah..credit to mak long kina..hee
sha: kalau buat putih semua pun cantik..tp dah kena reject ng ibu kina..huhu
cantikla kina..murahnya rezki awak..alhamdulillah..
izayani: rezeki org kawen kn..syukur ke hadrat ilahi..
zimie:kalau ada campur pink sama la kita..hehehe..:)
cantik sangatt :)
Cantekkkk.........
cantik sangat !!!!! paling penting shoot puas2 dalam bilik hehe :)
mimis: tq mimis..:)
lieya: tq lieya..:)
nora: hehe..tu la..tp malu2 lg..nasib baik aie photographer hebat..mampu membentuk 2 kayu ni..hee..
Cantik sangat. Rilla still fikir-fikir, nak bilik pengantin ke tak nak sebab bilik Rilla sempit
kina..bergayanye langsir tu..
bole review byk2 sket gmbr langsir x? nk close up sket..hehe
wahh untung kina ade org sponsor..bestnyeee :)
rilla: kalau sempit minimisekan hiasan..sure boleh dear..jgn down2 ye..
nuha: boleh bg email nt kina emailkan gambar langsir..hee..
intan: rezeki kawen..:)..alhamdulillah..
rezeki kahwin betul =)
sweeet!
berangan berangan oke nk hire mak long kina utk deco umah mak sara. haha. berangan je laa :p
bilik kina cantik. dpt kat miza, sayang nak keluar dr bilik :)
bilik kemas dan nampak selesa. tak payah nak serabut-serabut sangat kan..
kina, lambat plak nk bagi email. hayatihanisah@gmail.com. thanks kina for sharing ur langsir~~ <3
Post a Comment