Review: Tudung & Veil Vispera Kinara

Salam 
Disebabkan baju nikah saya tersangat simple. Takde beading atau patch lace pun.
Jadi kina rasa better pakai tudung yang lebih sarat & comel. Hee..
Kina dah lama berkenan dengan koleksi tudung & veil dari Koleksi Vispera.
Kebetulan pada masa tu Koleksi Vispera (KV) buat promosi ulang tahun ke2.
2 3 4 5 kali juga fikir nak tempah ke taknak nak ke taknak..last2 tempah juga..huhu..
Terus email Koleksi Vispera dengan details ikut format di blog KV..

Kisahnya bermula, kitorang buat janji temu di Jaya Jusco Maluri.
Nervous nak jumpa dengan kak vispera. Masa tu tak tahu nama dia..
Pakai panggil je kak vispera kan. Best je kan nama vispera tu. Unik!

Bila dah jumpa kak awe (bukan nama samaran)
Mula-mula ingat mesti dia akan pakai tudung cantik-cantik.
Macam tudung yang dia buat kan.
Kak awe pakai tudung awning warna hitam kosong je.
Dia sangat peramah, humble & simple orangnya.

Then, kitorang discuss design & warna yang kina nak..
Kina dah siap bawak contoh kain baju nikah supaya match..
Baju kina chiffon so kina nak tudung chiffon juga..
Lepas tu kina request nak bunga 3D pada tudung..
Sangat teringin nak ada bunga 3D tapi tak reti buat..
Then nak ade kristal-kristal sikit warna pink. Bukan kristal ori ye.

Tak suka tudung awning lycra. Sebab nampak dagu besar.haha.
Jadi kina nak tudung dulce. Kitorang pun pergi test-test kat toilet.
Ada 3 jenis awning. Then kina pilih yang kina suke. ^_^
harga promosi ulangtahun ke2 vispera

Masa tu KV janji untuk siapkan sebelum raya.
Tapi disebabkan KV tak pernah buat design yang macam kina nak..
Jadi, terpaksa tunda sehingga selepas raya. Sebulan sebelum nikah.
Selepas raya, tudung masih belum siap lagi. Jadi kena tunggu lagi.
Masa ni kina agak risau sebab kena tunggu tudung siap baru boleh buat veil.

Pada mulanya kina nak tempah tudung je sebab ingat nak DIY veil sendiri.
Tapi KV call cakap buat 1 set veil dengan dia dan dia sponsor separuh.
Jadi masa tu fikir ada 2 minggu je lagi nak nikah jadi terima offer KV..
KV cakap tudung tu KV letak pearl & bunga 3D chiffon baru timbul..
Dah last minute memang kina malas nak fikir. Ok je la..

Sebelum kina balik ke Kuantan, akhirnya kina dapat tudung nikah kina.
2 hari sebelum nikah kina dapat tudung & veil kina. Alhamdulillah siap juga.
Walaupun agak senteng. Tapi esok nak nikah memang tak leh adjust.
Warna sangat matching. Cuma kina rasa bunga 3D tak sesuai pada tudung tu.
gambar dari KV. bunga 3D pada tudung & veil.

Jadi, tengahari sebelum nikah kina cabut 4 kuntum bunga pada tudung tu.
Then bridemaids kina Aziah tolong jahitkan pearl pada lompong-lompong tu.
Ingat nak jahitkan bunga 3D pada veil untuk banyakkan bunga tapi tak sempat.
Cuma takut sangat kalau kain chiffon tu tertarik sebab kain tu lembut.

 Masa tu risau sangat ok ke tak la design ni..
Alhamdulillah, semua cakap ok. Awning tu sesuai dengan muka kina.
I love my solemnization veil!
 Kina sangat suka veil kina sebab panjang sampai ke lutut.
Veil juga dari kain chiffon dan warna yang matching.
Keliling veil dijahit dengan pearl bersaiz medium.
Tujuan pearl supaya veil tu jatuh takde la terbang-terbang beriya.
3 Lelaki 3 Perempuan
Bunga chiffon 3D warna pink utk matching dengan baju & lengan.
Disebabkan tudung kina design baru jadi KV nak namakan tudung ni.
Vispera Kinara - Kinara bermaksud candle holder. 
Bestfren kina yang propose nama ni. Sounds good. KV pun approve. :)

Untuk full set tudung & veil kina bayar RM300 di mana separuh disponsor KV.
First and last kot bayar harga tudung camni. Sekali seumur hidup. (sedapkan hati)
Ok la dari tudung RM1000 dari vendor P******. kan put? gila kan.!

Tahu kan Koleksi Vispera pernah membuat tudung untuk Anne Hot FM?
sweeeeet!

Diingatkan tempah lebih awal sebab terlalu banyak tempahan. Hot gitu.
Letak tarikh perkahwinan pun awalkan ye. 
Contohnya korang nikah 2 Februari bagitahu 20 Januari ke..
Kalau lambat hantar tak siap memang disaster kot. Cuak tau.

Jadi bagi bride to be yang nak tempah tudung & veil dari Koleksi Vispera.
Atau berminat nak dapatkan tudung Vispera Kinara macam kina pakai ni.
Vispera Kinara
Boleh hubungi Koleksi Vispera melalui :

Email : koleksivispera@gmail.com

Facebook : Koleksi Vispera

Telefon/SMS : 012-5881550

WhatsApp : 012-5881550

Skype : koleksivispera (temujanji shj)



28 lovely comments:

Shakina Farhan on October 20, 2011 at 10:30 AM said...

thanks erin..:)

Qiela on October 20, 2011 at 10:37 AM said...

thanks kina, ila mmg tunggggggguuu sangat kina buat review pasal niiiiii tau!

excitednye!

Shakina Farhan on October 20, 2011 at 10:37 AM said...

syakilla: i hope u like it..:)

Qiela on October 20, 2011 at 10:44 AM said...

like it! patut la cantik.....berbaloi-baloi. fyi, ingatkan kina Diy okeyhhh...

Shakina Farhan on October 20, 2011 at 10:46 AM said...

ila: kina tak reti la dear..tp insyaAllah kina akan try DIY tudung utk bertandang nanti..sekarang dah jadi housewife boleh la nak try2..

Vyra on October 20, 2011 at 10:49 AM said...

KINA! cantiknye semua tu! :)
jemput datang ye kemaman minggu depan. i'm counting down to the day~

FY on October 20, 2011 at 10:49 AM said...

sweet..cunnye nama Kinara..

nia ain on October 20, 2011 at 10:50 AM said...

1st time tgk ingat kina diy tudung ngan veil tu..hehehe
cantik..berbaloi ngan harganye(^_^)

amalina baharuddin on October 20, 2011 at 10:53 AM said...

kina .. cantik la ! kena ngn muka kina ..
ema nk kawin 19/20.11 tp xde tudung&veil sesuai lg .. huhu

Shakina Farhan on October 20, 2011 at 10:55 AM said...

V: ala..minggu depan kina balik kg suami..kalau balik kuantan mmg kina boleh pegi..sorry ya...

FY: hee..first time gak dengar kinara..

nia: pada kina mahal utk tudung..tp tu la..ramai cakap berbaloi sebab canti..

Shakina Farhan on October 20, 2011 at 10:56 AM said...

amalina : alhamdulillah..kena dgn muka kina yang bulat mulat ni..hehe..cepat2 cari ye dear..sebulan je lagi tu..

SitiHalisa [Lysa] on October 20, 2011 at 10:58 AM said...

Patotlah cantik and berseri seri. Dari koleksi vispera rupanya. Ngee. Berbaloi baloi ;p

cha on October 20, 2011 at 11:04 AM said...

nice one :D

Shakina Farhan on October 20, 2011 at 11:10 AM said...

lysa: tudung2 dari koleksi vispera memang cantik2..

cha: thanks dear..

puteriraifana on October 20, 2011 at 12:16 PM said...

cantik. takpelah mahal sikit kan dear. (^_^). worth it lah . bagus idea kina cabut bunga tu letak kat kat belakang skit... memg nmpk sedikit pelik..tak nampak singkat tudung sebab mostly gambar kina bhgn dada tutup dgn veil n HB..cantik utk kina.

Unknown on October 20, 2011 at 12:35 PM said...

akak nie orang perak ke shake..no hp pangkal 5..dekat la kalau nak tempah nnt..ke opis die kat kl?..mmg sweet la hasilnye,,hihi

Unknown on October 20, 2011 at 2:06 PM said...

br aku tau awning ko tue lycra kn heheh..kena try nie

Shakina Farhan on October 20, 2011 at 2:19 PM said...

put: thanks dear..:)..

syaz: die based kat KL..die takde butik lg..jumpa2 kat jj maluri je..

uya: haih..mane ade lycra..awning tu chiffon yg dilapik kertas keras..aku tak reti pakai tudung awning lycra..

Basyirah Abd Rahman on October 20, 2011 at 2:54 PM said...

shake..mmg lain dr yg lain tudung nikah shake.. kreatif sgt2 idea shake ni. basyi tunjuk kat akak basyi, dia pun super duper like! :)

Umie Aisya on October 20, 2011 at 4:10 PM said...

cantik! :)

zal88 on October 20, 2011 at 4:16 PM said...

cantik..:-)
tu la kte da tgk gak tdung vispera sblum ni,tp ble tgk harga die..hmm..tp mmg cntik,cmne tu..hehe

Shakina Farhan on October 20, 2011 at 4:20 PM said...

basyee: kakak basyee da kawen kn?

aai: thanks dear..

zai: hehu..tula,..ni pun sebab ada promosi ulgthun dan KV sponsor separuh..kl x pikir byk x pki tudg bawal je..

Aida & Riana on October 20, 2011 at 5:23 PM said...

mmg fresh sgt tudung kina..cntik..

lovelyadibah on October 20, 2011 at 7:56 PM said...

owh..mcm 2 rentetan cter tudung ko kina.haish.aku nk bunga 3D gak.haish.camno nie?huhu

dyll basri on October 22, 2011 at 4:41 PM said...

Lama beno nak mendapatkannya, kina. Mungkin sbb tu mahal sket. Hehehe. Yes, tindakan bijak kina cabut 3d flower kat tudung tu. Tp dgn makeup yg mantop, kina sungguh gojes ye mlm nikah tu. Ditambah dgn wajah yg ayu. Awwwwwwww

Rina Lia (◕‿◕)✿ on October 25, 2011 at 12:39 AM said...

Cantik kina..rina mmg nak veil cmni. Bru je wat entry psl veil, patutnyr msukkan veil kina as One of the inspiration huhu cntik sesangat!

Hana on October 26, 2011 at 6:31 PM said...

tudung kite dlu pon dapat agak las minit jugk dari KV tapi puas hati la outcome tudung tu.. :))

Unknown on November 12, 2012 at 2:24 PM said...

So sweet........



ubud tour and travel

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork