Review: Tudung & Veil bertandang

Salam 
 Disebabkan banyak pertanyaan mengenai tudung, veil & baju 
Yang kina pakai masa bertandang. Makanya kina review tudung & veil dulu.

Pada suatu hari, kina ternampak contest tudung & veil dari Elyn Creation.
Masa tu lebih kurang 2 bulan sebelum majlis bertandang. 
Jadi kina pun mencuba la sebab belum ada tudung & veil.
Untuk membaca entry penyertaan kina boleh klik kat sini.

Alhamdulillah, rezeki bertandang. Kina dapat tempat kedua.
Hadiah berupa tudung & veil bernilai RM200
Masa dapat tahu menang memang syukur sangat..
Yela, dapat jimat, dapat tudung & veil yang diidamkan..
Walaupun tinggal sebulan je, Elyn Creation berjaya siapkan tudung kina.

Kina bagi example gambar & bagi contoh warna kain pada elyn.
Then elyn buat je. Yang bestnya elyn takde nak tukar-tukar idea kina.
Alhamdulillah, kina berpuas hati sangat-sangat dengan hasilnya.

Pada kina, price dari Elyn Creation berpatutan sangat.
Sangat sesuai untuk b2b yang nak customade tapi on budget.
Tapi kalau dah harga budget jangan la nak macam budget mak datin ye.
Berpada-pada dalam menempah. hee.
Patch lace & pearl pada awning tudung

Disebabkan baju bertandang kina tak meriah sangat.
Jadi kina request untuk saratkan bahagian tudung, veil kosong.
Veil plak bentuk semi D. haha. macam rumah plak kan.
Kina nak tak bulat tak D sangat. Sampai paras wrist.
Bentuk veil chiffon. Kosong je.
Oh lupa, dua-dua adalah material chiffon.
Mula-mula ingatkan nak veil net tapi tak jadi.
Sebab sangat suka chiffon. Nampak soft.

Thank you Elyn!! Nak tempah jugak?
Boleh la contact Elyn :
SMS : Elyn 012 6021075
emel : elyncreation@gmail.com
Veil pin macam tu je kat kepala. hikhik. suka gambar main belon.
All photo credit to:
Official Photographer: Kerjagilasimol Photography
Assist by: Akmal Sungkanah




Important, B2B,Ex-B2B & Blogger!

*Ini adalah sticky post*
*Untuk post terbaru tengok kat bawah ye*

Salam 
 Can u feel the different? Cantik tak? (Suara Eric Leong lagi) 
Yup, kina dah tukar template blog tapi still kekal dengan warna biru.
Setelah setahun lebih dengan header dulu, sekarang bertukar..
Bukan mudah untuk tukar sebab sekali sayang selamanya sayang..cewah..

Dulu kina rajin edit sendiri sekarang dengan RM30..
Kina tempah dengan alieff..
Korang nak tempah jugak?
Full template RM30 je..Kalau header sahaja RM10..
Email alieff: ahmadalieff@ymail.com (tempahan dibuka start bulan Feb)

Bukan sahaja template bertukar, title & nama samaran pun bertukar..
Lepas ni kalau korang tengok Shakina Farhan yang komen, tu kina la tu..
Gambar profile pun nak sama dengan banner..wah, ade banner sekali tu..
Journey of Bride-to-be | by Shakina Farhan


Namun begitu korang takkan nampak kina komen
kalau kina takde link korang kan? tak best la.
Itu yang paling menyedihkan.
Tiba-tiba blog list kina hilang macam tu je..
Macam mana kina nak blogwalking & dapat ilmu dari korang semua..
Senang nak keep in touch..

JOM EXCHANGE LINK!
Kina perlukan link korang..sila komen ye..kalau boleh macam ni: 
B2B & ExB2B : url blog
B2B Pahang : url blog
Blogger : url blog
Sehingga 1 Jan 2012, kina dah link 110 blog berdasarkan komen.
Terima kasih..sayang korang!

Teaser Majlis Bertandang Serentak

Salam 
 Lama rasanye tak menulis di blog..
Minggu lepas kina tak berapa selera.. 
Takde selera makan & takde selera nak bukak laptop..

Maka tepek la sekeping dua gambar dulu sebagai teaser..
Kahwin serentak 2 pasangan. Adik & Abang

Alhamdulillah..dah setel semua majlis..

credit to Official Photographer :- KERJAGILASIMOLL photography


Review: Personalized Wedding Calendar

Salam 
 Selain dari photobook, canvas, album, cd & etc.. 
Why not kita abadikan gambar-gambar kahwin dalam kalender? 
Nice timing lagi ni sebab baru bulan Januari kan..Mood new year lagi.
Kalau bulan Mei-Jun baru nak buat kalender rugi la kan?

I got mine! Thanks to sis nyomel sebab hadiahkan kina ini!
Al-kisahnya, Disember 2010 dulu kina ada menang 1 giveaway sis nyomel.
Hadiahnya berupa sticker tq tag untuk paper bag. Tapi!
Sebab dah lama sangat, sampai lepas kawen baru la kami berdua ingat.
Kina banyak minum air semut kot. Boleh terlupa plak. 
Yang kina belum redeem hadiah tu dari sis nyomel. huhu.

Then sis nyomel come out with this idea. Personalized calender!
Kina cuma kena email gambar-gambar wedding yang terpilih.
Semua total gambar dalam 40 lebih gambar dalam bentuk softcopy.
Dan juga tarikh-tarikh penting untuk diletak dalam calender tu.
Birthday family, Blog anniversary, semua kina bagi. hihi.
Goyang kaki..Tengok-tengok dah siap..Comel plak tu..

Kulit depan personalized calender kina. hihi. segan.
Dalam dia macam ni la. Ni bulan Januari 2012.
February..My birthday ada kat situ dengan birthday adik ipar.


Gambar dengan bridesmaid wajib ada!

Untuk gambar masa reception calender warna ungu plak. hee

Bulan september punya page.

Ini pandangan belakang bila kita alihkan, setiap page gambar berbeza.

Last sekali macam calender biasa yang lain. Overall tahun 2012& 2013 
 Bestnya ada personalized calender ni bukan sahaja gambar sendiri,
Date yang memang ade dalam calender biasa pun ada, date special kita pun ada.

Tarikh raya & merdeka semua ada
Bulatan Merah: Tarikh akad nikah kami & Birthday abang kepada pudin
Best kan? Untuk simpanan sendiri.

Dulu sis nyomel cakap dia buat suka-suka je tak buat bisnes.
Tapi sebab permintaan ramai..dia berbesar hati untuk menerima tempahan.
TAPI-TAPI-TAPI! HANYA SEHINGGA 14 JANUARI.
Sebab sis nyomel tak dapat nak ambil order terlalu ramai.
Yup..Sampai esok sahaja! Nak tempah klik dekat sini.


 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork