Showing posts with label elyn creation. Show all posts
Showing posts with label elyn creation. Show all posts

Review: Tudung & Veil bertandang

Salam 
 Disebabkan banyak pertanyaan mengenai tudung, veil & baju 
Yang kina pakai masa bertandang. Makanya kina review tudung & veil dulu.

Pada suatu hari, kina ternampak contest tudung & veil dari Elyn Creation.
Masa tu lebih kurang 2 bulan sebelum majlis bertandang. 
Jadi kina pun mencuba la sebab belum ada tudung & veil.
Untuk membaca entry penyertaan kina boleh klik kat sini.

Alhamdulillah, rezeki bertandang. Kina dapat tempat kedua.
Hadiah berupa tudung & veil bernilai RM200
Masa dapat tahu menang memang syukur sangat..
Yela, dapat jimat, dapat tudung & veil yang diidamkan..
Walaupun tinggal sebulan je, Elyn Creation berjaya siapkan tudung kina.

Kina bagi example gambar & bagi contoh warna kain pada elyn.
Then elyn buat je. Yang bestnya elyn takde nak tukar-tukar idea kina.
Alhamdulillah, kina berpuas hati sangat-sangat dengan hasilnya.

Pada kina, price dari Elyn Creation berpatutan sangat.
Sangat sesuai untuk b2b yang nak customade tapi on budget.
Tapi kalau dah harga budget jangan la nak macam budget mak datin ye.
Berpada-pada dalam menempah. hee.
Patch lace & pearl pada awning tudung

Disebabkan baju bertandang kina tak meriah sangat.
Jadi kina request untuk saratkan bahagian tudung, veil kosong.
Veil plak bentuk semi D. haha. macam rumah plak kan.
Kina nak tak bulat tak D sangat. Sampai paras wrist.
Bentuk veil chiffon. Kosong je.
Oh lupa, dua-dua adalah material chiffon.
Mula-mula ingatkan nak veil net tapi tak jadi.
Sebab sangat suka chiffon. Nampak soft.

Thank you Elyn!! Nak tempah jugak?
Boleh la contact Elyn :
SMS : Elyn 012 6021075
emel : elyncreation@gmail.com
Veil pin macam tu je kat kepala. hikhik. suka gambar main belon.
All photo credit to:
Official Photographer: Kerjagilasimol Photography
Assist by: Akmal Sungkanah




Contest:Stunning Me!! by Qaseh Elyn

*Ini adalah sticky post sehingga 10/12/11

Salam

Who don't want to have stunning gorgeous looks on their big day?
Even with budget ciput seciput ciputnya yes you can! Elyn Creation dengan bermurah hati ingin menghadiahkan bukan 1 tapi 3 bride-to-be bertuah dengan produk terbaru Elyn Creation..

Yup, you read it right..
Elyn Creation sedang melancarkan promosi hebat melalui contest 
Stunning Me by Qaseh Elyn!

Sebelum kita mulakan, baik lah kita pecah-pecahkan ais dengan Qaseh Elyn!


Apa benda tu Qaseh Elyn?
Qaseh Elyn adalah jenama & produk koleksi Tudung & Veil dari Elyn Creation.

Siapa Elyn Creation?
Elyn Creation adalah online boutique yang boleh custom-made macam-macam untuk anda.Elyn Creation menerima tempahan baju nikah,beading dan terbaru custom-made tudung & veil iaitu Qaseh Elyn. Harga berpatutan tau. Check this out!
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:
Email : elyncreation@gmail.com No Phone : 012 6021075
Add : No 75 Jalan 3/71, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi.

Siapa dalangnya di sebalik Elyn Creation?
Owner Elyn Creation adalah juga seorang bride-to-be iaitu Elyn (check it out her blog). Hanya bride-to-be yang memahami seorang bride-to-be. (Anda faham maksud kina kan?). Ini la si cantik manis Elyn yang baru melangsungkan pertunangan Sept lalu. Goodluck on your preparation to your big day sis!

Ehem..Berbalik kepada contest Stunning Me by Qaseh Elyn.Elyn Creation ingin merealisasikan impian, idaman & angan-angan anda tentang veil & tudung anda. Best bukan? Bukan saja dapat mengurangkan kos perkahwinan tapi dapat veil & tudung idaman. Seperti bulan jatuh ke riba!

Nak tahu cara-cara nak join contest ni? Boleh tengok bawah ni:-
Boleh click untuk tumbesaran lebih besar & sihat


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillahirahmanirrahim..

Veil dan bride-to-be umpama Chef Wan dengan Sudip, Siti Nurhaliza dengan Microphone, Computer dengan Mouse. Yup..Tak boleh dipisahkan..Kalau dipisahkan mungkin orang takkan tahu siapa pengantinnya? Lebih-lebih lagi kalau pengapit punya baju lagi meletop-meletop dari tuan punya majlis. Tak ke naya tu. Sebab pengapit sekarang pun pakai inai tau lagi-lagi lepas menginaikan pengantin. Tapi pengapit pakai veil tak pernah tengok lagi..hahaha..

Bila pengantin dah dipakaikan veil. Aura seri pengantin tu lagi bertambah-tambah. Ini boleh digambarkan mengikut ilustration yang kina buat ni. Maaf comot sikit. First time buat doodle ni. Macam rupa kina tak? haha..(Bulat macam telur unta da)

Versi animated..klik untuk tengok..hehe..first time buat animation.:P

Tudung pun memainkan peranan yang penting sama macam veil.
Kalau nak nampak lagi jelas betapa pentingnya. Jom tengok kisah benar pulak.
Kina menggunakan baju yang sama tetapi tanpa tudung & veil matching.  Yup, baju nikah kina boleh pakai bila-bila masa..hee..sebab simple je jubahnya..

Veil nikah kina adalah jenis panjang sampai lutut dan ada bunga chiffon 3D & dikelilingi pearl..(walaupun kina tak suka berjarak-jarak bunga tu tapi benda dah lepas jangan dikenang ok)..Jadi tengok kat bawah ni..mana berseri?hahaha..*_*..
 Jadi sudah terbukti kenapa setiap bride-to-be perlu ada veil & tudung impian mereka.

Untuk bertandang kina ada 2 jenis pemakaian veil & tudung..
(ok, over kan nak ada 2 kisah impian..huhuhu..bukan impian la, lebih kepada pilihan)
Ini kita namakan Plan A & Plan B..Tak dapat Plan A, Buat Plan B. Baru terjamin. he he he.

PLAN IMPIAN A

Veil & Tudung bergabung! Pernah tengok Dragonball?Tipu kalau tak pernah tengok kan..ada yang sampai ke tua tengok..Kina la tu..haha..Macam Goku dengan Bezita bergabung. Gabungan ni adalah antara lace dari veil & chiffon dari tudung. Tapi kina nak pakai macam shawl. Tak boleh bayangkan lagi? Kina try olahkan rekaan ni dengan lukiskan guna paint & gambar dari inspired website.

Bahan-bahan yang diperlukan  (macam buat tutorial sket,p/s:ini utk bagi gambaran lebih jelas):
1 1/2 meter kain chiffon berwarna coral
Sedikit patch lace berwarna hitam
Sedikit pearl & manik
Kertas keras
Alatan jahit

Kina sketch pakai paint..Memang pain sikit la..:P Takde photoshop..
1) Bayangkan ini kain chiffon warna coral dibentangkan
2) Kita lipatkan tengah, bahagian dalam pendekkan sikit je dari bahagian luar
3) Selitkan kertas keras antara lipatan untuk membentuk awning tapi lebihkan ke sebelah kiri
4) Jahit kertas keras, patchkan lace & bead
SIAP! Boleh bayangkan macam mana hasilnya?
Detailing lebih kurang macam ni untuk bahagian patch lace..
taken from here

Sebab utama kina nak lebihkan belah kanan sebab nak lilit macam shawl nanti.
Inspired by TudungPeople.. Macam ni..
taken from here

PLAN IMPIAN B

Disebabkan kina join untuk bertandang..jadi mahukan veil yang paling simple sekali..
Yela, pengantin basi la katakan..Dah 4 bulan baru nak bertandang..Yup, kahwin bulan Oktober 2011, bertandang akhir bulan Januari 2012..hehe..Kalau masa nikah hari tu kina pakai veil chiffon labuh jadi untuk bertandang nak jugak merasa veil chiffon tak berapa labuh..cukup la sampai siku atau pinggang je..Kalau tengok gambar bawah ni sampai elbow atau wrist.
taken from here

Kina suka material veil dari chiffon sebab nampak flowy & lembut sopan santun gitu..patch lace & beads pun sikit je untuk atas kepala sebab nak nampak ada la benda sikit atas kepala menggantikan mahkota atau tiara..Veil dah ada patch lace & beads jadi tudungnya kosong aje..Less is more kan?

Details lebih kurang macam gambar bawah ni tapi kurangkan sikit sarat macam kat bawah lagi 1 tu pun ok sebab nak simple kan. Yang penting atas kepala..belakang tamau ade patch atau beading..
taken from here
taken from here (nampak ada di blog elyn jugak..hehe..)
Ok la, itu saja cerita tentang veil & tudung angan-angan kina.. Bestnya kalau dapat sponsor dari Elyn Creation..(stop berangan dah please)..Kina yakin Elyn Creation boleh merealisasikan impian & angan-angan ramai bride-to-be.Terima kasih sebab memberi peluang ini.
Akhir kata dari doodle kina:

-THE END-
 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork