Ikhlas ke tak jemput ke majlis ni?

Salam

Semoga semua sihat2 selalu..

Tajuk macam emo sikit kan..hahaha..hormon ibu mengandung agaknya..
(2nd pregnancy yang dah 6 bulan..hehe)

Alkisahnya balik kuantan hari tu, jumpa la kad jemputan kawen yang tak bernama..

Bukan la takde nama pengantin, tapi takde nama yang dijemput..

Jadi kina confuse pengantin ni jemput sape? Dot dot dot tempat untuk tulis nama tu KOSONG.
Kosoooong..Kosoooong ooo..*nada najwa latif.

"Kad sape ni dik?" 
"Kad kawan aku, tak tau dapat pergi ke tak"
"Nape die tak tulis nama mu?"
"Ada die tulis dekat sampul."

Kalau dekat sampul tak tulis nama tak tahu la sampai ke tak kan..hehe..

Tarik napas dalam-dalam je la time tu..
Terfikir jugak. 
Busy sangat ke? 
Maybe nak ajak 1 keluarga tapi tak tahu semua nama?
Terlupa? Tertinggal agaknya. (cuba bersangka baik)

Masa dulu memang bawak kad kosong jumpa kawan-kawan..

Nampak kawan-kawan yang kita tak suspect bertembung terus tulis cepat2 selindung2..
Punya la cuak kot2 die pikir kita ni tak ingat kat die. (walaupun kadang2 ye tak ingat..huahua)

Tulis la Si polan & pasangan (kalau nak kurangkan kuantiti tetamu) 
atau pun Si polan & sekeluarga (kalau tak kisah dengan kuantiti tetamu)

Sekarang ni memang semua teknologi, invite pakai facebook..Kadang-kadang terlepas pandang..
Duduk dekat Bintulu ni lagi la susah nak datang. Tapi kalau kita betul-betul ikhlas & sopan tulis la nama
yang nak dijemput walaupun bukan nama penuh. InsyaAllah, tak susah mana nak tulis. Once in the lifetime kot kan. Takpe penat sikit. Namun begitu ikhlas tu Allah je yang tahu. 
:)

3 lovely comments:

Fiza Basman on March 24, 2014 at 1:07 AM said...

Salam...Pernah juga dapat jemputan camni.huhu terus dua hati nak pergi.

FiZ on March 24, 2014 at 12:21 PM said...

salam.tu la.pernah jugak dapat macam ni.hmm

Sheila Salim on March 24, 2014 at 4:01 PM said...

Assalamualaikum kak kina. susah gak camtu. nanti kita bawa segerombolan, padahal depa nak jemput kita laki bini je. dah jadi lain hal pulak. pada yang nak nikah tu, kena check betul2 jemputan. kang ramai datang kenduri tapi lauk pauk tak cukup. org mengata pula Y_________Y

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork