Sinless Sweet (low sugar bakery) mencari agen!

Salam


Kina pernah bagitau kina stop amek advertisement buat sementara waktu kan..
Ini bukan kina diupah atau diminta carikan agen..Nehi nehi..

Kina nak review + tolong announce saja..
Ni kina nak tolong sendiri sister in law kina (biras sebenarnya)..
Free promotion..gituuu..sebabnya sedap sangat..benda baik harus dishare kan..
Baru sharing is sexy!
Boleh watsapp kak shefa untuk order ye..


Kak Shefa ni seorang Dietitian tau..Tau-tau je dietitian mesti jaga pemakanan..
Tapi die minat sangat baking ni, jadi die tubuhkan bisnes bakeri yang kurang gula..
Yang paling menyengat sekali brownies tanpa gula die..Yes, you read it right..No Sugar!
Kalau ada pun gula dari coklat..tapi sekarang die tengah berusaha untuk cari coklat tanpa gula..
Untuk dapat pengiktirafan dari agensi ape ntah..yang buat analisa kuantiti gula..

Masa pegi umrah last month die bekalkan 1 bekas brownies..
Kina ni bukan minat sangat manis-manis..Cepat muak..Makan sekali sekala tu ok la..
Tapi bila dah start rasa tak boleh stop mak jemah! Sedap sangat. Takde rasa manis gula.
Korang boleh tengok dekat facebook Sinless Sweet..Kat situ banyak je testimoni..
Tepek 1 dari testimoni dekat facebooknya..Ni salah seorang agen kak shefa rasanya..
Totally agreed! Tekstur die tak kering & tak lembab sgt..just nice..


COD kina tak pasti, rumah die dekat hospital selayang..korang tanya la ye..
Ada pengeposan tau..tapi hari Isnin, Selasa & Rabu sahaja so that 
Pos Laju takkan simpan lama..
Jadi kalau yang jauh dari Lembah Klang boleh jugak merasa kalau ngidam2 tu..
Seriously sedap! Tak tipu. Die pun tak tau kina promote ni ha..
1 bekas RM25 postage kina tak pasti..harga agen pun lain..

Kalau korang dah rasa, nak jadi agen plak boleh contact owner die..
Sebab tengah nak cari agen 1 Malaysia..Kalau nak buat wedding gift pun kak shefah boleh buatkan..

FACEBOOK PAGE : SinLess Sweet 

P/S: Zaman-zaman sekarang ni kena sangat la kurangkan gula..
1 untuk kesihatan..1 untuk poket..hihi..

4 lovely comments:

Unknown on March 26, 2014 at 9:16 AM said...

Taufiq singgah sini ye :) Jemput singgah blog Taufiq awksweetgitu.blogspot.com :) Support each other =)

Sheila Salim on March 26, 2014 at 10:16 AM said...

Assalamualaikum kak kina, wahh dekat dah dengan tempat sheila sg buloh. macam teringin nak cuba je. hehee singgah sambil menabung sini ~~~

Basyirah Abd Rahman on March 26, 2014 at 12:34 PM said...

Sedap nampak! A choc lover mesti try ni :)

Basyirah Abd Rahman on March 26, 2014 at 12:34 PM said...

Sedap nampak! A choc lover mesti try ni :)

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork