Salam
Tips ini dibawa khas berdasarkan pengalaman sendiri. hihi.
Tips ini adalah untuk orang yang nak cut cost TAPI
dalam masa yang sama nak ada gambar cantik.
Tak kisah untuk bertunang, kawen, pregnancy, anak2, konvo.
Semua boleh la.
Tak kisah untuk bertunang, kawen, pregnancy, anak2, konvo.
Semua boleh la.
Banyak kelebihan bila kita tempah sendiri photobook.
Berbanding kita terima album dalam pakej photography.
Tapi ini adalah bergantung kepada pakej yang korang amik jugak.
Kalau harga memang dah berbaloi & korang pun rasa
macam takde masa nak tempah sendiri, amik je pakej all in 1.
Kalau dari segi penjimatan sebagai contohnya. Let says:
------------------------------------------------------------------
Pakej all in photographer : RM2000
(all in ni maksudnya sekali dengan album)
Pakej edit, shot & burn : RM1000
Tambah tempah photobook paling besar : RM200
(Harga tu utk size 15''x11'' kina rujuk harga pixajoy di sini)
Total : RM1200..Korang untung RM800. Gittew..
---------------------------------------------------------------------
Antara kelebihan bila kita tempah sendiri:-
1# Harga yang sangat berpatutan.
2# Kita boleh pilih gambar kesukaan.
3# Kita boleh susun dengan lebih teratur.
4# Kita boleh buat copy.
5# Kita boleh dapat dengan cepat.
Di sini kina terangkan berdasarkan situasi & beberapa contoh.
Kina baru je tempah & buat photobook sendiri.
Beli dekat deal pixajoy, ada discount 50% tempoh hari.
Berbekalkan RM78, kina dapat 40 pages dengan hard cover.
Kira-kira hampir 200 gambar dalam 1 album.
Sekarang kan banyak groupon & deal, grab kat situ je.
Tapi..tapi..tapi...Elok lah korang baca dulu description.
Kadang-kadang harga murah tu memang la murah.
Contohnya RM39 utk photobook yang hard cover.
Wow. Murahnya. Tapi nanti yang korang dapat?
1 photobook bersaiz besar sikit dari tapak tangan korang.
Hahaha..kalau memang nak size kecik takpe la..
So, pentingnya korang tengok harga & size photobook itu.
Once kita dah beli deal photobook ni.
Langkah seterusnya adalah download software photobook.
Ikut saja instruction dari website tempat kita beli tu.
Kina rasa software dari pixajoy tu sangat helpful & user friendly.
Kemudian, pilih la gambar kesukaan masuk 1 folder.
Lepas tu add la ke dalam software tu & susun ikut suka.
Memang leka bila dah start buat ni.
Kina habiskan hampir 6 jam untuk siapkan. Hehe.
Sedikit gambar macam mana kina guna software tu.
Macam style tutorial bergambar la eyh.
Klik utk tumbesaran yang sihat.
Pilih size & design ikut kita beli. Kina pilih window cut. |
Add gambar banyak terus dengan klik Ctrl + A. Tips: edit dulu gambar before add. |
Pilih page dengan dragkan ke atas. |
Pilih background. Kina pilih hitam je. Hitam tu kan menawan. |
Macam ni rupa interface. Gambar cover photobook kitorang. |
Kina bahagi 3 bahagian, yang ni cover Nikah kununnye. |
Masuk part resepsi, cover lain plak. gittew la berikutnya. |
Photobook ni compilation of Nikah+Resepsi+Bertandang
All in one & tentunya gambar terbaik je dipilih. Cewah.
Kita pun boleh buat copy kalau beli 2 deals.
Kira macam tempah 2 kali la tapi buat sekali je.
1 copy boleh letak dekat Family perempuan,
1 copy dekat Family lelaki. Kan adil saksama gitu. :)
Lepas dah siap, kita hantar pada dorang.
Kalau macam kina ni, hantar dekat pixajoy la.
Pastu goyang kaki 7 hari dapat la photobook tu.
Lagi puas hati sebab kita buat sendiri.
Macam DIY la kununnye kan.
Selamat mencuba!
14 lovely comments:
Tq Kina for info. dah rasa berkobar-kobar nak DIY photobook sendiri nanti =)
btol tu kak kina...rahmah pun wat sendiri album masa tunang hari tu..mmg puas hati..hehhe
bestnya..berangan jgk nk buat tapi since preggy xleh mgadap pc or lptop lama2 jd pening n nk muntah..sabar jela..dh dpt tunjuk hasilnya ye kina..mcm cantik!
imah: no problem dear..
rahmah: masa bertunang aritu gambar xbyk yg lawa..sob3..
mila: alahan eh..xpe..2nd trimester nanti ok la tu..insyaAllah.nt kina share hasil die..
kina : menariklah..emmm since qaseh ade problem ngan photographer hari tu. leh la qaseh DIY mcm kini.. syookkk. hati berbunga2 kembali
wahhh...bestla kina...
gadis dh try dh..
mmg best...
thanks for sharing...=)
kina mmg amik edit, shoot n burn je ye untuk photography?
Hehe! sama la kita kina..
Akak pun DIY sendiri je photobook dari tunang sampai kawen. senang.. jimat kos katenye! hikhik..
Mmg la tak sehebat storybook yg tebal tu.. tapi at least ade jugak gambar utk kenang-kenangan yg cantik.. ;)
Pixajoy tengah buat promotion photobook kat groupon. Phototalkz pun ade buat kat milk-a-deal.
dua2 aku dah beli. beli je tak design lagi. simpann! ;0
agree with kina
dd pun buat same thing
since photograpger adelah adik sndiri.
hehehe
thanx kina..i punyela kecoh satu dunia tanye org mcm mana nk buat photobook senirik>,< then i stumbled on ur blog.arigatou!!!
dh buat sndiri photobook tunang & sgt2 berbaloi! tp utk wedding pika amik package sbb nk wedding album yg every page keras tebal tu hehe. tp post wed n pre wed nya pics semua buat photobook sndiri hehe
best! blh try la...
Salam, bagus idea buat DIY photobook wedding ni, kalu nk jimat secara total, DIY la skali make up, pastu pasang pelamin n khemah sendiri, hantaran gubah sendiri, catering xpayah upah buat je gotong royong, selamat mencuba... =)
Post a Comment