Showing posts with label decoration. Show all posts
Showing posts with label decoration. Show all posts

Mood board atau tema deco gerai

Salam

Tiap tahun ibu kina akan buka gerai dekat bazaar Ramadhan depan Masjid Kuantan. This year die buat ayat :


"Akak deco la gerai. Boring dah 4 tahun pasang skirting yang sama, banner yang sama."

Sementara kina tengah tunggu nak bersalin ni kina pun ok je. Best plak rasa. Macam planning & DIY masa kawen. Mula-mula kina siapkan banner untuk gerai. Pakai Photoscape & Pixlr (online editing tapi kina pakai yang express je untuk tulisan die)..InsyaAllah nanti kina akan buat details tutorial untuk banner tu. Lepas tu setkan mood  board.

Mood board ni macam plan-plan & idea-idea yang kita nak buat untuk sesuatu project tu. Selama ni pakai term tema je kan. So this is the mood board. Kina dah cakap dekat ibu kalau kina tak dapat nak setelkan sebab bersalin ibu ikut la mood board ni.


Warna tema : Mint green + Grey + Yellow + White
Doily paper dah beli. 
Paper Lantern dah beli. 
Chalkboard sticker memang kina jual dekat TheshopAblog.
Skirting dah beli kain dekat Kamdar RM2.80 semeter dan hantar jahit. Jahit simple2 je.
Banner dah hantar printing.

Jadi ke tak, tak tahu la lagi. Kite hanya merancang..Hee..:)..Sekarang ni gerai dah buka tapi bukan Shakina's Cookies lagi sebab kitorang share dengan orang yang jual kurma. Half Ramadhan baru start berjual kuih. 90% adalah homemade tau. Kepek2 tak la homemade. Lepas terawih boleh la merasa tester.

Selamat berpuasa semua!


Pre-order Artificial Silk Rose Petals 22 May - 28 May 2014

Salam..
(Sila share kalau korang ada kawan yang nak benda ni..lagi2 b2b & yang wedding anniversary nak dekat tu.. )
Antara decoration yang boleh dibuat dengannya..cool kan..sumber dari google image..

Dulu-dulu hajat di hati nak pakai kelopak bunga rose letak atas katil..
Tapi cadar pun dah berbunga-bunga..lepas tu takut kotorkan cadar..
So abaikan hasrat tu..Lepas tu jumpa kelopak bunga tiruan ni..
Kalau amik gambar memang orang ingat kelopak betul..(tu motifnya kan..haha)

So sekarang kina dah jual benda ni,

1 pack tu 200pcs terlekat cmtu, nampak je sikit..
So bila sampai korang kena cabut2..
Senang je nak cabut. Plus kalau shipping pun tak terkemek..
Oh, shipping RM6 semenanjung/RM9 ss ye. 
kalau korang nak sila baca ye..

Berita baik untuk bride-to-be atau anyone yang nak pre-order artificial silk rose petals ni..
YES..pre-order boleh pilih warna ye..
cuma kena tunggu lama sket compare to ready stock..
ready stock pun tinggal nyawa-nyawa ikan..


1 pack ada 200pcs setakat nak buat lukisan love atas katil insyaAllah cukup..hihi..

*great for wedding decorations, anniversary, honeymoon dll.
* takkan mengotorkan cadar, alas pelamin atau rumah anda..
* boleh pakai ulang kali sampai bila-bila (kecuali terbakar..huhu)
* boleh pilih dari 27 code color seperti di gambar..
* 1 pack = RM4.00 = 200pcs utk setiap color..
* dijangka sampai : 30 Jun - 10 Julai 2014 (estimation sahaja mungkin lebih awal@lewat)
* tarikh tutup pre-order : 28 May 2014


Cara order?
Tengok color code yang ada dalam album Pre-order Silk Rose Petals di Facebook TheshopAblog. (Like terus la senang nanti ada product best2 kan..hihi)
Boleh WA 0132126952/PM Facebook Theshopablog/Email admin@theshopablog.com
Paling penting! Sertakan butiran berikut:
1) nama anda
2) code color rose petals
3) berapa pack 


Nanti kami akan reply order details..Thank you..


Oh ye..pukul 11.59 malam ni kina akan update contest ek..stay tune!

Review: The Craft Potion

Salam

Pertama-tama sekali nak ucapkan terima kasih kepada  The Craft Potion !
Kerana sudi menaja 30 pcs corsages yang comel.
Untuk dipakai family kina masa wedding tempoh hari.
Bukan family je pakai, bridesmaid semua pun pakai.


(Lambat gile ko review kina! dah pengantin basi dah. huhu)
Better late than never kan kan kan. hihi.

Design memang kina serahkan je pada TCP,
Tapi kina request warna purple, pink, grey kenakan dgn tema.
Gambar kat bawah ni lebih kurang bentuknya, warna je lain sket.
3 orang tu antara bridesmaid kina tempoh hari. :)
3 orang model corsage dari TCP di guestnote corner.
Ini bukan sebarang magic potion ye. Ini  The Craft Potion  (TCP).
Pemilik TCP adalah Yanie yang dulu pun bride blogger like me.
Yanie sangat peramah, mesra, creative & berani mencuba.
Happy bila tengok rakan blogger berjaya dalam business wedding ni.
Bila la daku dapat seriously berbusiness dalam bidang ni. Teringin gak.

Jom kita cerita pasal TCP plak. Kata entry review.
TCP speciality adalah dalam mendeco & menDIY.
Ada macam-macam service & produk yang TCP tawarkan.
Harga pun kina jamin memang affordable & berbaloi.
Antaranya:-
1) Wedding Items Rental
2) Hantaran Decoration
3) Handbouquet
4) Corsages & Boutonnieres
5) Centrepieces/Guestbook/Main table deco
6) Candy Buffet 
7) DIY TQ Tag
8) Wedding favors
9) Affordable Photography Services
10) Affordable Wedding Emcee

Tak syok kalau entry tanpa gambar kan? 
Kina pick gambar dari TCP yang menarik perhatian kina.
Banyak sangat yang menarik ok!
My favorite! Lovely handbouquet!

Paper flower handbouquet! Mabeles!

Nice kan?Vintage gituuu

Fresh flower yang sweet-sweet gitu

Car deco

Centerpiece. Kina suka bunga oren tu!
Jar deco yang sangat comel rasa macam nak gigit2!
Ok? Cantik-cantik kan mak jemah?
 Dah puas tengok deco? Nak tengok lagi?
Bila tengok semua ni rasa rindu sangat dengan wedding preparation.
Sila la like fanpage The Craft Potion ye!

Berminat untuk order dengan  The Craft Potion ?
Boleh email yanie di : thecraftpotion@yahoo.com
Atau lebih pantas : 019-2594716

Semoga The Craft Potion terus success!
Sorry lambat sangat review! :)

Say Hi to Jellies and Marshmellow!

Salam

Lupakan cupcakes & macaroon..
Padahal diri sendiri tak pernah makan macaroon kan..
Sape nak belanja kina macaroon?hehu..

Ok..back to the topic..
Say hi to jellies & marshmello!



All pictures credit to Bompass and Parr & The Wedding Decorator

Kina suka jeli!
Bukan sebab comel semata-mata..
Murah pun murah..Sedap pun sedap kan..
Berkira-kira untuk buat corner khas di majlis anda?

Jelly & marshmellow boleh membantu..cecece..
Boleh menggantikan cookies corner atau candy bar kan..

Tapi perlukan orang untuk maintain..
Yela, jeli kan macam belengas dan berair gitu..
Kalau dewan yang sejuk mungkin applicable..

Cakap tentang marshmellow. Sape suke marshmellow?
Tahukah anda tak semua marshmellow dijamin halal.
Takut ada gelatin yang kita tak boleh makan..

Tapi kina ada jumpa satu website ni.
Dia adalah company pertama yang dapat sijil halal. So kita takde la was-was kan..
ice cream shape!

flower yang cute

i heart the most!
Boleh buat doorgift juga kan..
Haish..comelnye..geram nak makan..jangankan budak2, mak budak pun berebut ni..haha..

Do-it-yourself = Stairs decor

Sebab rumah kina ada tangga. Jadi, nak gunakan tangga tu dengan sewenang-wenangnya.

Sebab kina nak turun dari tangga ala-ala princess jadi kina nak buat jugak ni.

Sebab kina rasa cam ada orang yang akan nak sponsor bunga hiasan untuk tangga jadi ada duit ke takde nak buat jugak..(punya perasan ada orang nak sponsor)..

Argh..Ada kita kisah?haha..

Kina suka macam stairs decor macam ni...

Jom cuci mata..for more info please click the source link ok..

1) sweet kan warna putih & bunga ni..memang rasa cam princess
source from weddings from above

 2) style hutan rimba sikit tapi tak crowded sangat..cun!
source from francoiseweeks
 3)soft purple & bunga besar di hujung..cantik kan
source from mapleleafdecorations




3) tanglung atau lilin (jangan terbakar rumah sudah)
untuk sesiapa yang ada tangga dekat luar rumah & buat akad nikah masa malam boleh la buat camni
source from bridalsbud
 Agak-agak berapa budget untuk hiasan tangga ni..?

Barang-barang yang perlu diambil kira:
  • Fabrik (Boleh diguna pakai banyak kali)
  • Bunga (Fresh flower? Of course la cannot..mahei tu wey..)
  • Riben (Murah je kan..)
  • Lampu (pencahayaan penting untuk nampak impak glow tangga tu..ni dah ada..)
  • Bentuk tangga (Rumah kina bentuk L)

Hehe.. akan ku diy tangga idaman ku ini..insyaAllah..




 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork