Bunga-bunga tanganku

Salam

Selamat hari Isnin! Mulakan hari ini dengan senyuman seindah bunga-bungaan..eceh.
Banyak sebenarnya nak kongsi bersama, semalam 8 tempat kina terjah tau..penat.

Tapi hari ni macam semangat berkobar-kobar macam udang galah bakar..
Apa kaitan kan? hahaha..lapar la..belum breakfast lagi..

Orite, tentang handbouquet. Kina dah buat research pasal keserasian
antara bentuk handbouquet & bentuk badan..Wah, ada jugak kan isu macam ni?

Nak tahu bentuk bunga tangan yang sesuai dengan badan anda? Klik sini!
Since bentuk badan kina tak sesuai dengan bentuk cascade,
so kina opt to timeless beauty round shape..classic gitu..senang cerita.

Kina nak merasa guna pelbagai material,
maksudnya fresh flower ke artificial ke paper ke kan.
At least setiap momen tu berlainan bunga tangan.
Ada 3 majlis dah dapat rasa semua 3 jenis pun ok.

Bunga Tangan Solemnization: Bunga fresh flower dari Dina Halim.
Ni dapat free sebab menang contest. Kak nad cakap sebab kina punya majlis jauh,
Jadi ambil bunga yang tahan lama. So kina bagi la contoh design macam kat bawah ni.
Bunga tangan warna pinkish2..

Akhir perbincangan adalah bunga carnation & ros. Kina suka kedua-dua bunga tu.
Jenis bunga: Ros & Carnation
Warna: Variasi pink

Bunga Tangan Reception: Bunga kristal DIY sendiri.
Bunga ni dah 70% siap. Malas nak pintal dawai halus last-last gam je..hahaha.
Dah last minit ni buat je apa yang rasa nak buat. Tapi gam memang penuh la..
Ini dia! 

Jenis bunga: Kristal beli dekat kedai bunga reben
Warna: 5 warna. (Dark purple, Shocking pink,Pink merah, Light pink, Putih)

Bunga Tangan Bertandang: Bunga fabrik dari Cik Intan NorAzam
Tempah lepas intan kahwin = lepas kina kahwin juga sebab tarikh sama.
Bunga fabrik ni memang comel, dah la ringan je berbanding bunga kristal.
Dengan harapan pengantin juga akan secomel bunga ni!

Jenis bunga: Fabrik Warna: Belum dikenalpasti. sebab baju pun belum ado.

InsyaAllah, semoga semua berjalan lancar..Amin..

Deco testing doorgift jar

Salam 
 Masa bulan puasa ritu test beli kain untuk buat penutup botol jar..
Beli kain tu dekat Kamdar dengan intan & put dengan harga RM2/meter..
Murah kan? Kena la cari yang murah sebab nak buat 1000pcs kot..

Hasil testing-testing dengan sticker Shakina's Cookies jualan biskut raya..
suka cup polkadot ni..matching plak dengan kain tu kan..

Gunting tak berapa tajam tu jadi bergerigi je..Kina potong bulat..
Lepas tu ikat dengan getah je..

Coklat tu contoh untuk bergambar je ye..hahaha.. 
Tak mampu nak bagi coklat..biskut je la ye..hee.. 

 1000 botol jar nak buat macam ni..dalam masa tak seberapa nak ada ni.. 
Botol semua dekat kuantan..dan kina berkerja di KL..hee..susah jugak.. 
SEMPAT KE?

Last-last mungkin ikat riben tepek sticker je..hee.. 
 Makin dekat makin malas..main game & tengok anime lagi..hahaha.. 
Nak jadi bini orang dah kot..haha..

To-do-list Sebulan Lagi Nak Kahwin

Salam 
Hari ni rasa insaf sikit nak buat kerja kahwin. cuti raya = cuti kerja kahwin.
Bila dah tinggal kurang dari sebulan ni atau lebih tepat 23 hari lagi ni.. 
Tak boleh nak buat checklist panjang berjela dah tapi kena lah buat TO-DO list..
Baru boleh nampak apa yang belum siap & terus say I DOx100000..hahaha..

NIKAH
  1. Tudung nikah & veil untuk nikah: tunggu Koleksi Vispera call
  2. Beading baju nikah : macam takkan buat je ni. haha
  3. Survey bunga pahar murah-murah punya. : kalau takde bunga pahar boleh tak?-_- (ibu dah buat muka..hahaha)
  4. Doorgift: kotak & hadiah innershine dah ada. belum lipat & packagingkan mereka. bahan-bahan untuk buat bunga rampai belum cari. tiru xora je la.
  5. Senarai gambar-wajib-tangkap nak bagitahu Mohd Razali.:tiru lisa je la.
  6. Kumpulkan address: alamat masih berterabur. ada dekat gtalk, ada dekat FB,email.
  7. Beli setem, print alamat atas envelope & bagi abang posmen.
  8. Follow up dengan vendor-vendor yang menang contest: kena buat muka tebal.
  9. Inai: dah try pada adik, inai serbuk dari Mekah ibu beli 2 tahun lepas, takde warna pun. dah masuk angin kot inai tu.haha.so kena cari.
  10. Cincin: cuci cincin tunang 11 sept ni. ya, recycle aje.
  11. Mini pelamin: Discuss dengan fairus untuk DIY. Ingatkan ayah ambil platform
  12. Sediakan dokumen: ambil gambar passport je tinggal. muka comot.

RESEPSI

  1. Fitting Rumah Kebaya Malaysia: dah set appointment 11 sept ni.
  2. Bunga tangan kristal: malasnya nak buat. baru 3 kuntum.haha
  3. Canvas: hantar gambar pada ThePhotoboothCorner. takde gambar menarik.-_-
  4. Signage & Menu Label: cari kayu,finalize design & print dgn KBB.
  5. Doorgift: Botol jar je ada. macam tak sempat nak DIY beriya. huhu. beli lolipop. buat TQ tag.
  6. Centerpiece: Dah ada idea tapi tak tahu berapa sebab belum visualizekan susunan meja.
  7. Visual: Tak buat lagi susunatur. nak pakai meja petak jadi tak tahu camne.
  8. Guestbook corner: macam dah lari budget je nak merealisasikan idea tu. :P
  9. Cari tudung dark purple: incase tak sesuai dengan muka yang bulat ini.
  10. Skrip DJ: belum edit-edit lagi. macam skema je skrip tu. -_-
Ok. 22 perkara lagi yang nak dibuat dalam masa 23 hari. 
(padahal mengelat ada yang gabung-gabung dalam 1 topik)
Benda-benda remeh temeh ni macam lagi memeningkan kepala di saat-saat akhir.
Rasa macam semua taknak buat lah..lari budget la..yela, cenonet-cenonet je tapi bila kumpul-kumpul semua senak tengok nak bayarnya nanti. InsyaAllah. Boleh!

Aja-Aja Fighting!

Dengan rendah diri menjemput

Salam 

Sebelum terus ke point utama post ini, kina mahu share sesuatu..
Tadi kina dikejutkan message dari seorang rakan kina di facebook..

salam. Kak kina,sy nak bg doodle ni utk akak...ngehehe sy skodeng blog akak pastu tgk pre wedding akak yg comel tu...hihi dari situ sy dpt idea nak men-doodle..hoho sori sbb buruk...haha
Comel gile kan? haha..tq salfiza!terharu ok!
Bersambung dengan tujuan utama post..

Dengan rendah diri kina ingin menjemput semua ke majlis kami..
Pada 1 Oktober 2011 di Kuantan, Pahang..
Samada anda blogger atau silent reader, jemput lah datang ye.. 
Boleh kenal-kenal..eceh..

Bagi yang inginkan kad jemputan boleh email kina sebelum 10 Sept 2011.
Sebab kina akan post semua kad sekaligus pada 12 Sept. InsyaAllah.
Email kina: shakina.farhan@yahoo.com
Subject Email: alamat kad
Supaya senang kina nak trace dekat inbox atau spam..

P/S: Lagi 25 hari ke hari itu..Semoga Allah permudahkan semuanya..

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork