Wedding blogger & 5 hari bekerja

Salam

Ini adalah kali pertama kina pergi wedding blogger pahang.
Pertama kali pergi terus 2 wedding kan. Tahniah buat put & dyll.
Tidak dilupa kepada blogger lain iaitu lisa,syima,hidayah,ekin & lain-lain.
(maaf mungkin ada yang keciciran)

Biarkan gambar bercerita 1001 cerita..
Sampai2 terus tangkap gambar..put nampak aje kina sampai..put cantik ok! busana kami dari vendor yang sama, warna pun hampir sama..:)..nak cantik macam put jugak lah..:P

b2b dari pahang..ramai sangat tetamu put jadi kami duduk di tepi..peak hour katakan..:)

Romantic colours..tiba-tiba ada cahaya keimanan dari atas..:P

Di canvas photo put..Sarah buat ape tu??hehe

Baju dyll cantik kan? Cupcake tu pun comel sangat..

Kami sampai agak lewat jadi dapat bergambar sakan dgn pengantin..
Kina mengikut tema dyll kan? hahaha..(baju pinjam mak kina punya..lupa bawak balik baju)

Kina pergi dengan pudin seterusnya konvoi dengan nora,intan,aliza & sarah.
Sebenarnya kina dari kuantan, pudin dari melaka.
kitorang jumpa dekat tol temerloh.

Then baru naik 1 kereta. bila nak balik KL naik kereta masing-masing semula.
Betapa gigihnya kan..hehe..terharu tak wahai pengantin sekalian?haha..
sebenarnya sebab lepas tu nak pindah-pindah barang dari rumah sewa kina.haha
Alhamdulillah, bersyukur sangat ada bakal suami yang sangat rajin & baik hati.

 Apa yang 5 hari lagi? Kahwin? No no no..
Kahwin lambat lagi..haha..minggu depan kina kahwin..chillex dulu..
5 hari lagi untuk kina bekerja..Sedih rasa sebak sangat la plak..
Esok nak buat surat letak jawatan dah..

Yup, kina akan berhenti berkeje & pindah ke Melaka.
Rasa sedih sebab kina sangat sayangkan office kina ni..
Mana taknya sehari selepas kina konvo degree terus masuk keje sini..
Sampai sekarang ni..dah 2 tahun 1 bulan kina berkhidmat..(khidmat la sangat)
Tapi betapa setianya daku kepadamu wahai office..

Kina jenis yang ego..tak main nak cakap touching2 kat depan-depan..
Tapi seriously kina rasa kina akan menangis dengan lebatnya
kalau buat ucapan pada semua officemate nanti..
Ada sejuta kenangan terindah bersama. Tak mungkin dilupa. :(
Makan-makan time, badminton time, mandi hujan time, skytrex time,meeting time..
kena marah time,bengang time,gosip time, sembahyang time..banyak la timenya..

Lepas ni kina buat apa? Kerja apa? Tengok la macam mana nanti.
Everything happen with a reason..Kina percaya, Allah ada reasonNya.
Look forward to stay in Melaka! :P

Last sekali nak ucap tq banyak2 kepada someone yang special..
Thanks kepada tunang kina kat bawah ni yang sangat rajin & baik hati..
Ada orang cakap ni muka kina kalau kina lelaki..haha..
Pudin versi perempuan?haha..(gambar candid ni sebab tu tak sempat tunjuk gigi.:P)

DIY crystal brooch

Salam

Kina terharu sangat sebab 7 orang bridesmaid kina sudi ambil cuti 30 Sept.
Jadi, rasanya selain tempat tinggal free patut la bagi something special..
Mungkin tak special dari segi harga, sebab costnya tak banyak pun..
Rasanya 1 brooch tak cecah RM1 pun..belum kira lagi...

Tolong la terima dengan hati gembira ya bridesmaidku sekalian..hahaha..: p

Semalam kina try buat crystal brooch warna pink..
Crystal tu kina ambil yang lebih buat bunga tangan tu..
Berikut adalah barang-barang yang diperlukan untuk membuatnya..

Masa mula-mula blur macam mana nak gamkan & susun2 kristal tu..
Pastu hentam jela..siap lagi terkena gam tembak yang tengah hot & spicy tu..
Auuchhh... (saja nak buat korang terharu lagi..haha)

Ini lah DIY crystal brooch untuk bridesmaid itu. 
Senget benget..Maaf la sebab 1st time buat..-_-
Lepas ni nak buat warna purple plak..
Have a nice day!


Fitting kali pertama

Salam
After fitting baju di Rumah Kebaya Malaysia kemarin,
Baru rasa macam cepatnya...nak kahwin dah ke?huhuhu..

Kina, pudin & firuz (PA tanpa gaji kami) sampai di RKM jam 11 pagi.
Kak sitti dah menunggu & mempelawa kami masuk dengan senyuman..

Mula-mula kak sitti mintak pudin test baju dulu..
.
.
.
.
Jeng-jeng-jeng
Kita kasi potong kapala..:P

Lengan baju senteng sikit, yang lain semua dah ok.
Kak sitti try adjustkan..tapi still senteng sikit..
Kak sitti tanya kalau kina nak baju lain..tapi kina nak baju yang ni je..

Adakah kina kejam pada pudin sebab kina taknak baju lain?haha
Siapa suruh makan banyak kacang panjang, kan dah panjang tangan..:P
(copy ayat ahmad fairus..hehe) 
Kak sitti cuba lagi untuk adjust bagi nampak ok..Tq kak sitti..
Kak sitti bagi tips supaya nampak tak senteng sangat..

Lepas tu, tibalah giliran kina untuk fitting pulak..
Mula dengan kain, korset & inner yang matching color dengan baju.
Dengan kina tangan labuh sikit tapi still ok..cuma kena kecikkan lagi..
Kain pun agak labuh, pakai kasut tinggi macam susah nak jalan..
Beading sarat & cantik! Baju tu cantik, pemakainya biasa2 aje..:P kina nampak gemuk kan?haha

Diingatkan kalau nak fitting bawak sekali kasut yang kita nak pakai nanti..
Baru senang nak alter ikut ketinggian kasut atau boleh testing jalan..hee..
Kina memang tak reti kasut pengantin yang sarung je..tak boleh jalan..
At least kena ada support kat belakang kaki..

Next fitting 25hb, kalau dah ok boleh ambil terus baju..
Kalau ada yang tak kena kena buat fitting lagi..
Hopefully semuanya ok aje ye..

Terima kasih buat kak sitti & ahmad fairus yang melayan kami dengan baik sekali.




p/s: ni boleh kira teaser sekali la kan..^_^


Promosi coklat bunga


Salam 
 Haish..hari ni asyik cakap pasal bunga kan?hehe..macam hati berbunga-bunga je.
Sekarang Mieza ada buat business coklat yang digubah untuk hantaran.
Bukan itu saja, ada promo hebat lagi. 40% discounts untuk 5 orang terawal!

Iye, kalau tak caya? Boleh tengok dekat blog mieza ni.

Barang hantaran kina semua dah siap. Alhamdulillah. 
Kalau tak mesti order 1 bakul coklat hantaran dari Mieza. Comel kot.

Suka warna biru!

Romantik!

Cute kan?
Kalau tak sempat jadi 5 terawal macam mana?
Dont worry, anda masih berpeluang dapatkan discount 20%.
Promosi ni sah sehingga 15 Oktober 2011 je ok.

Mari kita terjah MizaShoppe sekarang!


Boleh la berurusan terus dengan Miza melalui telefon @ email:
019-4930840
014-9429285
017-4875752

miezatzatza@gmail.com

Disclaimer: This post is fully sponsored by MizaShoppe
Sila berurusan terus dengan 
MizaShoppe untuk info lebih lanjut.
Sebarang urusan jual beli antara anda dan 
MizaShoppe
adalah bukan tanggungjawab Journey of Bride to Be. ;)
 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork