Contest ''What's Hot is Gettin' Hot" by CST & LRKL
















SURAT UNTUK CST PRODUCTION & DATIN LYNDA RAHIM



Dear CST Production & Datin Lynda Rahim,


Hi, saya Sharifuddin. Saya menghantar surat ini adalah untuk mengutarakan
impian saya yang mungkin boleh direalisasikan oleh pihak CST & Datin Lynda Rahim
yang sememangnya sudah hebat di persada perkahwinan di Malaysia.Saya harap
surat saya ini tidak terlewat untuk menyertai pertandingan ini.
banner yang menarik perhatian saya untuk join

Ya, siapa yang tak kenal CST dengan kamera besarnya berlari ke sana ke
mari menangkap setiap momen raja & ratu sehari. Manakala, Datin Lynda Rahim
yang bukan sahaja cantik paras rupanya tapi juga idea-idea serta design baju
rekaannya juga cantik.

Saya seorang lelaki biasa, dengan pekerjaan biasa, kereta biasa,
rumah biasa, serba serbi biasa tetapi mempunyai impian luar biasa
berkahwin dengan seorang wanita yang luar biasa.

Kenapa sungguh luar biasa? Kerana setelah 10 tahun baru saya menjadi teman
di hatinya. Hari ini sudah genap 10 bulan dia menjadi kekasih hati saya & alhamdulillah
juga sudah jadi tunangan saya. Bulan 10 ini majlis kami..InsyaAllah..

Tetapi saya tahu, 10 tahun gaji saya pun tidak cukup untuk membuat
majlis idaman & impian saya ini.

Sebulan lagi hari lahir tunang saya & sungguh bertuah jika dapat menghadiahkan
si dia busana dari Datin Lynda Rahin & rakaman dari CST yang menjadi kenangan
sepanjang hayat.I really want to make my fiance feels like she is the most happy bride
in the world because she already make me one.

Di bawah ini saya lampirkan idea-idea & impian saya untuk majlis perkahwinan saya
yang akan berlangsung pada 30 Sept 2011 & 1 Okt 2011. InsyaAllah.
Namun begitu gambar tidak menunjukkan idea sebenar kerana sukar mencari
gambar yang dapat mengambarkan imaginasi yang saya impikan ini.Jadi saya harap
idea itu sampai.


1) Proposal

Tema proposal : EIFFEL TOWER DINNER VIEW
Sebelum berkahwin tentunya ada proposal atau melamar.
Saya ingin membawa wanita yang saya cinta ini ke sebuah
restoran di Paris dengan membooking 1 restoran supaya tiada
siapa boleh mengganggu saat saya melamarnya.

Ya, pada waktu itu adalah pukul 12.00 tengah malam.
Meja kami betul-betul di sebelah tingkap yang menampakkan menara
condong Eiffel yang menakjubkan serta bintang-bintang yang berkerlipan.

Si dia sangat suka makan ice-cream. Jadi saya masukkan cincin ke
dalam ice-cream. Saya lekatkan cincin pada sudu ice-cream. Untuk mengelakkan
kejadian si dia tercekik cincin yang bertatahkan berlian yang bukannya murah tu.
Si dia semestinya terharu & akan menerima saya sebagai pasangan hidupnya..
Yeay..
OK, NEXT!

2) Solemnization

Temanya NIGHT ALIVE WITH LIGHTS.
Akad nikah kami adalah pada waktu malam. 
Di mana tempat kami menyarung cincin dikelilingi lilin kecil.
Tetamu juga memegang 1 lilin di tangan tanda setuju kami disatukan pada hari itu.

Kami akan sign 1 nota kecil tanda ikrar kami & memasukkan ke dalam tanglung
seterus dinyalakan & diterbangkan ke udara. Tetamu kami juga sama-sama
menyalakan tanglung.Suasana malam dengan tanglung berterbangan sungguh romantik.

Outdoor kami pada malam itu adalah di kawasan yang mempunyai kelip-kelip.
Bila CST menangkap setiap adegan kami cuba menangkap kelip-kelip dengan
mengayakan baju rekaan Datin Lynda Rahim yang anggun tentunya sangat comel bukan?

Bukan mudah untuk merakam bersama kelip-kelip tetapi CST? I believe they can.!

3) Reception

Tema untuk majlis resepsi kami adalah A FIRE INSIDE-LOVE LIKE WINTER.

Sememangnya di Malaysia tidak ada musim salji. Tapi jika boleh wujudnya rumah salji
di rumah 4 musim taman pertanian bukit cerakah, masakan tidak dapat 1 dewan yang
bersalji.Yang penting ongkosnya saja. ^_^ .

Jika tidak boleh ada saljinya tak mengapa. Majlis masih boleh dibuat mengikut tema itu.

*Pelamin : Pentasnya diwujudkan asap-asap putih. Backgroundnya pula seperti
rumah eskimo atau rumah yang ditutupi salji di atasnya. Ranting-ranting yang dihiasi
dengan lampu-lampu kecil. Kerusi kristal yang lutsinar menjadi pilihan singgahsana
kami.


*Kereta kuda : Saya sungguh berkenan dengan kereta kuda yang dinaiki oleh
Witch dalam movie Narnia. Alangkah bagus jika saya & isteri diarak menggunakan
kereta kuda itu sebegitu. Yang penting penggunaan kuda berwarna putih nampak suci.


*Busana : Sudah pasti direka oleh Datin Lynda Rahim yang mempunyai unsur-unsur
winter wedding. Bagaimana ?mesti ada bulu-bulu ke, kasut but cantik yang sesuai
dengan baju. ;)..tak perlu pikirkan masalah baju sanding kami macam post sebelumnya..
sedih & sakit hati..kalau nak tahu boleh klik sini.


*Walkaway : Walkaway kami bukan flower stand atau lampu, tp untuk mengikut tema
kami mahukan ukiran ice yang berbentuk tiang berukiran bunga, tetapi di atas letakkan
lilin besar..menarik! now its cool & hot!

*Meja beradab : Pinggan & gelas yang digunakan adalah set kristal yang berwarna
putih kebiruan menampakkan impak ice yang sejuk.


*Upacara menukul ice : instead of memotong kek biasa, kami akan menukul ice
bersama-sama. Hasilnya adalah kek berbentuk eskimo tertera nama kami S&S
(Shakina & Sharifuddin). (kek sememangnya sudah terbentuk kami hanya perlu
menukul sedikit sahaja..kami bukan penukul profesional..haha..)


*Tetamu : Dapat merasai makanan yang panas-panas di dalam dewan yang dingin.
Sayaingin meletakkan seorang chef di setiap meja seterusnya mereka melihat sendiri
chef itu masak. Fresh & hot dari ladang gitu. HOT seperti CST & Lynda Rahim..
Tetapi chef akan berhenti memasak semasa ketibaan perarakan pengantin kerana kami taknak
chef menjadi perhatian lebih dari raja sehari pula.


*Pertunjukan api: Pertunjukan silat atau gamelan mungkin tidak sesuai dengan tema.
Oleh itu, saya akan menyelitkan persembahan meniup api dari mulut semasa makan beradap kami.Unik bukan menyaksikannya secara live. Now its getting hotter bukan? hehe..
tetapi pihak bomba wajib ada. haha..


*Belon panas : Selesai majlis, saya ingin menaiki belon panas bersama isteri.
Di belon panas itu tertera perkataan Newlywed Shakina & Sharifuddin! Seterusnya
kami menuju ke destinasi honeymoon kami dengan belon panas itu. Macam tak logik,
tapi praktikal jika kawasan berdekatan..;P

4) Bertandang

Majlis yang ringkas bertemakan PICNIC WEDDING.

Majlis bertandang atau sambut menantu adalah di mana majlis memperkenalkan isteri
kepada belah keluarga lelaki seminggu atau 2 minggu kemudian. Saya mahu isteri
saya disambut dengan gembira.

Ya, tiada lagi dewan atau rumah. Tetapi lebih kepada santai.

Meja diganti dengan kain dihamparkan di atas rumput menghijau. Hiasan pada kain
perlu dititik berat supaya nampak lebih grand. Boleh letakkan bantal untuk keselesaan
tetamu. Pakaian tetamu pula kasual sahaja..

Makanan disediakan buffet adalah makanan yang biasa dibawa untuk picnic.
Doorgift pula diedarkan dengan bakul oleh gadis-gadis comel berpakaian seperti pari-pari.
Pengantin diarak dengan kereta golf yang telah dihias sesuai dengan corak.
Isteri saya pula memakai busana yang lebih ringkas serta santai &
penggunaan tiara digantikan dengan bunga di kepala.



4) After marriage
Kami mungkin tidak dapat majlis seperti di atas
tapi kami berharap & berdoa dapat hidup bahagia bersama 7 anak kami. Iye. bukan 1 atau 2 atau 3 tapi 7 anak kami.;)
                           


Perhap, the marriage is the most precious & important thing than the wedding itself.
Doakan kami bahagia dunia & akhirat.
Amin.

Sekian terima kasih.

Yang benar,


Mohd Sharifuddin Ahmad Fuat
20/01/2011

www.facebook.com/cstproduction

www.facebook.com/LYNDARAHIMKUALALUMPUR   

-Tamat-

*Pictures credit to Google image.




23 lovely comments:

lovelyadibah on January 20, 2011 at 9:31 AM said...

Sweetnyer pudin wt dream wedding utk kina:)unik sgt..jarang baca impian perkahwinan dari groom:)

sukala!thumbs up!cantek:)

Elya Roza on January 20, 2011 at 9:48 AM said...

terbaik....layannnnn~hehe

Basyirah Abd Rahman on January 20, 2011 at 9:55 AM said...

gudluck pudin & kina..
cerita ni betul2 menggambarkan hati & prasaan groom to his bride..
:)

Lyana MK on January 20, 2011 at 10:04 AM said...

so sweet!!! sob sob sob ... ( ketouchingan)

good luck dear!!!


http://lyanamk.blogspot.com/2011/01/panas-cam-cili-majlis-impian-saya.html

puteriraifana on January 20, 2011 at 10:42 AM said...

ok! saya suke! jum vote! jum!

Unknown on January 20, 2011 at 11:09 AM said...

suka la kina. vote for kina yeay !!

Aimi Hakim on January 20, 2011 at 11:11 AM said...

sweettt..hehe..vote..hehe..me pon dok karang 4 hari 4 malam,tibe2 mls hantar..hahaha..

gud luck kina =)

hana yoriee on January 20, 2011 at 11:37 AM said...

gud luck pudin n kina!! kalo dpt dream wedding cmni..huisshh..bestnye! jgn lupe jemput hana..=)

LEMONADE on January 20, 2011 at 11:49 AM said...

gudluck kina.
pudin yg terbaik utk kina.
:(

nieza on January 20, 2011 at 12:06 PM said...

wa..da bhari2 tggu kina post untuk join contest..akhirnya... best!!! hehe..like.. like..:)

Cik Fafa on January 20, 2011 at 1:39 PM said...

wah..best!

Pudin said...

lovelyadibah>Hehe...;) tq for the praise...untuk orang tersayang sy mst syg wat cantek2.ehe

Pudin said...

ElyaElmo>hehe..tq sis..layannnz

Basyi>tenkiu2..hihi..btol2 menggambarkan eh..true story in the dream wedding..ehhe

Pudin said...

Lyana MK>tq for the praise again...hihi

miss puteri>tolong vote eh..tenkiu sbb suke ngn cite yang biase ini..hehe

anaztasias aira>tq3..vote tuk kina & pudin yup

pudin said...

miey anna>ehe :) tq sbb ckp pudin sweet.hahaha..its ok chaiyok2..smpt lg nih..

hana yoriee>tq3...sure jmput hana :)

lemonade>tq..hehe..;) kina yg terbaik utk pudin juga..

nieza>hehe..tenkiu3..ni pudin nye idea jugak..hehe

fafa meow>tenkiu

"cikkin" on January 21, 2011 at 11:03 AM said...

wahh..sweet sgt..suke!! suke..!!
good luck pudin n kina..
wishing u happily ever after too..=)

~ mizzAmy ~ on January 21, 2011 at 11:14 AM said...

good luck for pudin n kina!! untung kina, pudin rajin join contest. ;)

Pudin said...

"cikkin">hehe...tenkiu..amin..insyaAllah..same goes to u~

~mizzAmy~>tenkiu ;) hehe..

amal salleh on January 22, 2011 at 1:39 PM said...

waaa~

Ajwedding on January 23, 2011 at 10:39 AM said...

yup.mmg terbaik la pudin..untung kina..apapun gud luck & all the best utk korang ber2

nur on January 26, 2011 at 12:07 PM said...

wow and wow and wow..
suke ayat: marriage is more important tu...

u guys the best!! doakan kamu.. kem salam kina ye cik pudin..
Jemput ke ALL IN ONE

ShaNizam on January 26, 2011 at 7:47 PM said...

Gudluck... semoga berjaya dan bahagia..
yang penting impian kamooo berdua sangat suweet..

farahfatihah on January 27, 2011 at 11:39 AM said...

sweettttt!! good luck!!!

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork