Contest: Entri Impian Perkahwinan Innershine

Salam 

Entri ini tidak ada niat untuk berlagak atau menunjuk-menunjuk, 
cuma ingin berkongsi kegembiraan & juga permintaan dari teman2..

Pada bulan April lepas, ada opismate & rakan-rakan kina,
minta kina cuba nasib 1 contest ni..dorang pun tahu kina suka join..
Contest apa la pulak kina masuk kan? Mula-mula macam ragu-ragu..yela..
Penganjurnya memang dah gah, lagipun siap ada tertera di akhbar dan media..

Ye, Innershine ada buat contest tarikh tutup 30 April 2011..
Kebetulan kina memang minum innershine
Sebabnya nak raut wajah berseri gak..haha
Dan sambil tu nak buat doorgift bunga rampai macam xora..
Dah ada 200++ botol pun..
Terima kasih kepada kawan-kawan yang membantu bagi botol tu jugak..

Berikut adalah keterangan mengenai peraduan impian perkahwinan Innershine.
Post kan impian perkahwinan anda tidak melebihi 500 patah perkataan
kepada Innershine dengan 2 bukti pembelian pack Innershine.
2 pack = 12 botol Innershine.
Hadiah untuk pemenang:
1 Hadiah utama: 
RM1000 duit belanja kahwin 
+ barang hantaran innershine bernilai RM150
+ bunga telur innershine bernilai RM2000

3 Hadiah saguhati:
barang hantaran bernilai RM150
+ bunga telur innershine bernilai RM2000
(bezanya duit belanja kahwin)
*digubah oleh shajaratul 
*boleh baca keratan akhbar metro di sini.

Kina dapat tempat ke berapa?
Tempat ke saguhati..hehe..ok la tu..
Ya Allah, memang tak sangka sangat..

Nak tahu esei yang kina hantar? yup..
esei itu pernah jadi entry join contest CST & lynda rahim..
Masih ingat kisah what hot is going hotter yang kena like2 tu..
Kalau kena like memang la susah sangat nak menang..hehe..

Kina edit je entri contest tu..
puas jugak nak potong bagi tak banyak patah perkataan..

Hasilnya ini la esei tersebut..


Dear Innershine,

Hi, saya Sharifuddin. Saya menghantar surat ini adalah untuk mengutarakan 
impian perkahwinan saya kepada Innershine yang sememangnya sudah terbukti menambahkan seri raut wajah ramai pengantin di luar sana.

Saya seorang lelaki biasa, dengan pekerjaan biasa, kereta biasa, rumah biasa,serba serbi biasa tetapi mempunyai impian luar biasa  berkahwin dengan seorang wanita yang luar biasa.

Kenapa sungguh luar biasa? Kerana setelah 10 tahun baru saya menjadi teman di hatinya. Hari ini sudah genap 10 bulan dia menjadi kekasih hati saya & juga sudah menjadi tunangan saya. Bulan 10 ini majlis kami..InsyaAllah..

Tetapi saya tahu, 10 tahun gaji saya pun tidak cukup untuk membuat majlis idaman 
& impian saya ini.

Di bawah ini saya lampirkan bukti pembelian & impian saya untuk majlis perkahwinan saya yang akan berlangsung pada 30 Sept 2011 & 1 Okt 2011.

Sebelum berkahwin tentunya ada proposal atau melamar. 
Saya ingin membawa wanita yang saya cinta ini ke sebuah restoran 
di Paris dengan menempah 1 restoran supaya tiada  siapa boleh mengganggu 
saat saya melamarnya.

Ya, pada waktu itu adalah pukul 12.00 tengah malam. Meja kami betul-betul di sebelah tingkap yang menampakkan menara condong Eiffel yang menakjubkan serta bintang-bintang yang berkerlipan. Semestinya si dia akan terharu dan menerima saya sebagai suaminya.

Pernikahan kami

Akad nikah kami adalah pada waktu malam. Di mana tempat kami menyarung cincin dikelilingi lilin kecil. Tetamu juga memegang 1 lilin di tangan tanda setuju kami disatukan pada hari itu.

Kami akan sign 1 nota kecil tanda ikrar kami & memasukkan ke dalam tanglung
seterus dinyalakan & diterbangkan ke udara. Tetamu kami juga sama-sama menyalakan tanglung.Suasana malam dengan tanglung berterbangan sungguh romantic bukan?

Persandingan

Tema untuk majlis resepsi kami adalah LOVE LIKE BURNING WINTER.
Jika tidak boleh ada saljinya tak mengapa. Majlis masih boleh dibuat mengikut tema itu.

*Pelamin : Pentasnya diwujudkan asap-asap putih. Backgroundnya pula seperti rumah eskimo atau rumah yang ditutupi salji di atasnya. Ranting-ranting yang dihiasi dengan lampu-lampu kecil. Kerusi kristal yang lutsinar menjadi pilihan singgahsana
kami.

*Busana : Sudah pasti direka oleh Rizalman yang mempunyai unsur-unsur
winter wedding.

*Upacara menukul ice : instead of memotong kek biasa, kami akan menukul ice
bersama-sama. Hasilnya adalah kek berbentuk eskimo tertera nama kami S&S
(Shakina & Sharifuddin). (kek sememangnya sudah terbentuk kami hanya perlu
menukul sedikit sahaja..kami bukan penukul profesional..haha..)


*Tetamu : Dapat merasai makanan yang panas-panas di dalam dewan yang dingin.
Sayaingin meletakkan seorang chef di setiap meja seterusnya mereka melihat sendiri
chef itu masak. Tetapi chef akan berhenti memasak semasa ketibaan 
perarakan pengantin kerana kami taknak chef menjadi perhatian lebih dari raja sehari pula.

*Pertunjukan api: Pertunjukan silat atau gamelan mungkin tidak sesuai dengan tema.
Oleh itu, saya akan menyelitkan persembahan meniup api dari mulut semasa makan beradap kami.Unik bukan menyaksikannya secara live..Tetapi pihak bomba wajib ada. haha..

*Belon panas : Selesai majlis, saya ingin menaiki belon panas bersama isteri.
Di belon panas itu tertera perkataan Newlywed Shakina & Sharifuddin! Seterusnya
kami menuju ke destinasi honeymoon kami dengan belon panas itu. Macam tak logik,
tapi praktikal jika kawasan berdekatan..;P

Selepas perkahwinan
Kami mungkin tidak dapat majlis seperti di atas. Itu sudah pasti!
tapi kami berharap & berdoa dapat hidup bahagia bersama 7 anak kami. 
Iye. bukan 1 atau 2 atau 3 tapi 7 anak kami.;)..
                         
I really want to make my fiance feels like she is the happiest bride
in the world because she already makes me one. I know if I win this she will be.
Perhap, the marriage is the most precious & important thing than the wedding itself.
Doakan kami bahagia hingga ke syurga.
Amin.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

Sharifuddin

Mohd Sharifuddin Ahmad Fuat
10/4/2011

Entri penuh tanpa editing boleh tengok di sini..


Yes..kina pakai nama pudin untuk sertai contest ni..yela entri die la kan..
Kina dah cakap dah kat pudin yang kina guna entri tu dan nama die..
So takde la surprise sangat kan..hahaha..

Tapi masa orang Innershine call nak inform menang..
Boleh pulak dia blur2..yela..tengah keje kan..hehe..comel je..
Tapi pape pun..

Encik Sharifuddin, this winning is for you..

 Jangan lupa klik like fanpage innershine club untuk contest2 akan datang ya!

P/S: Put tanya masuk paper ke? 
Wallahualam..tak kot..tapi kalau masuk pun
mesti la nama Mohd Sharifuddin yang keluar..hihihi
Thank you Allah for this kurniaan rezeki..:)

32 lovely comments:

Adawiyah A.Halim on May 24, 2011 at 8:36 AM said...

congrts kina,,yeayyyy!!!

Shakina Farhan on May 24, 2011 at 8:39 AM said...

ada: tq dear..^_^

Anonymous said...

kamu mmg ratu contest kan..? hehe

tahniah kina..tahniah..!!
happy for both of u :)

Adyla on May 24, 2011 at 8:46 AM said...

tahniah..

puteriraifana on May 24, 2011 at 8:47 AM said...

n i like!! hehe. suke suka.. nak share jugak esei put but then malas lah nak taip semula...hehe... (~_^)... ala, masuk paper tuh!hehe... tahniah pudin! hehe.. pastinya tahniah utk cik kina mucuk2.hee

Shakina Farhan on May 24, 2011 at 8:51 AM said...

wawa: hee..thanks..ratu contest? tak la..bukan semua menang wawa..

adyla: tq dear..

put: cepat letak..ni pun kina cari kat recycle bin sebab put..hehe..tq..

Unknown on May 24, 2011 at 8:54 AM said...

tahniah kina !!! dah wat bunga rampai waaa hebat :))

Shakina Farhan on May 24, 2011 at 8:59 AM said...

nora: belum buat lagi..tapi dah simpan botol2nya..hehe..tq nora..;)

fitria on May 24, 2011 at 9:17 AM said...

congratz kina.. korang ber2 memang sweet couple.. contest couple.. hehe..

malynd_anggun on May 24, 2011 at 9:22 AM said...

congrats dear..
entry yg u antar tuh, best! hehe

lovelyadibah on May 24, 2011 at 9:23 AM said...

ok.aku suka.hehe..len kali masuk lg.tp guna nama aku.aci x??HAHAHA

Unknown on May 24, 2011 at 9:42 AM said...

wah rezki kina & pudin ni..x sbr menanti majlis perkahwinan berlangsung....:-)

Shakina Farhan on May 24, 2011 at 9:43 AM said...

fitria: hehe..tq dear..^_^..

malyn:tq malyn..^_^

dba: haha..sengal..aci kat india la..:P

LisaLisut on May 24, 2011 at 9:43 AM said...

congrats Kina! wow i baca entry yg pudin tulis tu.i tak tau pulak itu utk contest.ke i yg tak igt.hahaha

Emme Amalina on May 24, 2011 at 9:43 AM said...

waaahhhhh...congratz kina..bertuahnye dia.. =)

Shakina Farhan on May 24, 2011 at 9:43 AM said...

mia: hehe..jemput la datang..^_^..

Shakina Farhan on May 24, 2011 at 9:45 AM said...

lisa: a.ah..contest linda rahim & CST dulu tu..tapi edit2 bagi kurang 500 patah perkataan & without gambar..

A n M: terima kasih dear..;)

Basyirah Abd Rahman on May 24, 2011 at 10:11 AM said...

shake.. waah.. x sangka dapat kan. xde rezki kat lynda rahim tp rezki tang ni. xpayah susah2 fikir pasal bunga telor. best2!
bagaimana perasaan anda setelah memiliki set innershine? keh3.. mana tahu pasni dpt jadi model depa pulak;p

Shakina Farhan on May 24, 2011 at 10:20 AM said...

basyee: hehe..tu la..ada rezeki di tempat lain..haha..tak boleh blah tang model tu..hidung tak mancung..pipi terserong2..;P

Hunny Kitty on May 24, 2011 at 10:21 AM said...

tahniah!! tahniah...mmg rejeki sungguh nih...tahniah sekali lagi!

Unknown on May 24, 2011 at 10:36 AM said...

waah kina.menang lagi.bestnye!! congrats dear ;)

Shakina Farhan on May 24, 2011 at 11:17 AM said...

thank raden & zimie!:)

A.N.A on May 24, 2011 at 12:45 PM said...

tahniah kina..seronok jd kina..hehehe..

Shakina Farhan on May 24, 2011 at 1:30 PM said...

ana: tq ana..comel profile picture ana..

kitakesitu on May 24, 2011 at 4:32 PM said...

syioknya...btuah sungguh...=p

tiefazatie on May 24, 2011 at 5:21 PM said...

wah!rezeki!bestnya!

pika pikah on May 24, 2011 at 5:51 PM said...

menariknya idea botol innershine tu! tp sy x minum innershine jadi tak boleh nak copy idea bernas kina. =)

sini ade b2b from kedah/perlis/penang/kedah tak? nak tanya2 kalau ada yang nak sewakan dulang hantara. hehe sori ye kina tumpang buat announcement kejap since blog ni mostly dibaca b2b ;D

Ms and Mr Red Ribbon on May 24, 2011 at 6:22 PM said...

tahniah kina... alhamdulillah banyaknye rezeki kina untuk pernikahan nanti, memang berbaloi usaha kina ;)

Syima Syaz on May 24, 2011 at 9:03 PM said...

tahniah kina...memang contest lagi?
memang rezeki kina sangat murah lah...congratz2....

Shakina Farhan on May 24, 2011 at 10:04 PM said...

tq kesitu, ifa, pika, ms red ribbon & syaz!!! alhamdulillah..

^___^

.ieLah. on May 26, 2011 at 10:56 PM said...

kina, tahniah..
murah sangat rezeki kina :)

Aimi Hakim on May 30, 2011 at 12:35 PM said...

hehe...baru perasan entri kina neh..Tahniah kina...im hepi 4 u dear ^_^

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork