Review: DIY Baju Bertandang

Salam 
 Bertandang atau pun sambut menantu orang panggil kan.
Sebab jarak antara bertandang & resepsi belah perempuan agak jauh.
Kina nakkan baju yang simple, sweet & cost-friendly (ada eh istilah ni?)
Feeling tinggi bila pakai baju ni. hee.

Kina memilih buat sendiri baju tapi dengan cost paling murah.
Tajuk DIY tu bukan la semua kina buat dari zero ye.
Tak reti la nak menjahit baju, kalau reti dah jahit dah.

Bila kita buat baju sendiri adalah penting untuk able to wear it again.
Paling tidak boleh disewakan. Kina pun akan buat sewa baju ni.
First time nak bagi sewa baju ni. Sebab kina suka baju ni.

This is the story about my outfit. Baju perempuan.
Material
4 Meter Kain Kimura Japanese Royal berwarna coral
Kina tak tahu la kain ni jenis ape yang penting bukan satin @ chiffon.
Kina tak suka satin sebab berkilat, suka chiffon tapi malas buat lining.
Bila buat lining tambah cost lagi pastu panas pakai berlapis-lapis.
So, kain ni tak berkilat, tebal tapi sejuk, murah plak tu. Jadi on je.
Kina beli kat Kamdar, Kuantan.  Ada discount lagi 20%. Lagi jimat.
So total untuk kain tak sampai RM55.
Harga semeter sebelum discount

Design & Tailor
Mula-mula nak buat baju kurung moden kain flowy tapi kain ni tak sesuai. 
So, buat la design macam ni. Kira baju kurung moden la. 
Tailor biasa je. Design pun biasa je. Harga pun biasa jela. RM40!
Murah kan untuk baju kahwin? 
Ala..baju kurung moden je sebab tu murah..
Lagi pun takde lining & kain tu mudah untuk dijahit kot. hehe.
Rasanya mana-mana tailor charge macam ni. Tapi KL mahal lagi kot.
Design ni pun terfikir last minit lepas kecewa takleh buat flowy.
Design yang dilukis oleh ibu kina. hehe. 
DIY fabric flower & diamante
Untuk memahalkan baju yang murah itu. Bagi nampak mahal.
Kina tepekkan fabric flower dari kain chiffon yang tak jadi buat tudung.
Sebab dapat tudung & veil free dari Elyn Creation. hihihi. rezeki kan.
Kain chiffon ni kina beli kat kamdar gak. Tak ingat chiffon apa.
Tapi bukan chiffon silk & harganya RM6.80 semeter.
Tak habis pun guna semeter kain sebab tak larat dah nak buat.
Total bunga lebih kurang 30++ kuntum rasanya. Pelbagai size.
Sebelum dijahit pada baju yang da siap. Gambar dekat.

Alkisahnya buat fabric flower ni mula-mula memang excited.
Lepas tu malasnya nak buat. Bayangkan la 1 hari buat 2 kuntum je!
Tu ok lagi, ada yang berhari-hari tak buat, rupanya kina pregnant.
Patut la malas memanjang kan. Tak kuasa nak tengok bunga-bunga ni.
Jadi, sebab tu la tak cukup nak tepek kat lengan. hahaha. nasib la.
Penat ok sampai sakit belakang dok kawan dengan lilin & gunting. 
Jahit pun malam sebelum bertandang. haha.

Bila nampak terlalu kosong, ibu kina belikan diamante untuk diiron.
Rasanya bukan swazoski original (ok, nak eja pun tak reti)
Dalam gambar tak nampak sangat sebenarnya.
Pearl 3 ketul pada fabric flower pun tak nampak sangat kan?
Tapi depan-depan nampak comel. hihi. perasan lagi.

Kina belum sedia nak terima tempahan lagi tapi tengok la nanti.

Apa yang anda tak tahu tentang baju ini
Kina hanya sempat fitting pada pagi Sabtu nak bertandang tu.
Beberapa hari sebelum bertandang kina tak selera makan.
Makanya baju tu gedebeh besar bila kina pakai.
Semua gara-gara 3 hari tak makan nasi. 
Jenis badan cepat naik & cepat turun.
Dengan adik ipar kesayangan. hehe. baru 7 tahun.

Memang tak sempat nak alter sebab masa singkat.
Hari tu pun hantar contoh baju kurung yang selesa pakai.
Baju tu baju kurung moden jugak & saiznya 40.
So kalau saiz korang lebih kurang kina boleh la sewa. hihi.


 Kisah baju lelaki plak
Orite. baju lelaki memang takde DIY apa-apa. haha.
Mula-mula ingat nak ambil baju sewa free dari Dina Halim.
Sebab dulu ada menang contest Dina Halim tapi belum redeem lagi.
Malangnya, tiba-tiba tak muat. Kantoi pudin dah gemuk. hahaha.
Sebab tahun lepas test baju tu muat elok je. Maka burn je free hadiah tu.

Lagi seminggu lagi nak bertandang ni. Memang tak sempat nak tempah.
Pulak tu nak cari warna coral bukannya senang. 
Coral is the new pink! Rasanya takde la jambu sangat. haha.
Pastu ibu kina cakap pudin nampak lebih cerah.

Habis diround  Jalan Tar & Semua House. 
Syukur sangat jumpa jugak yang sama warna. Tu pun dah cuak.
Sebab kadang-kadang lighting kedai nampak sama. Luar kedai lain.
Dah la tinggal 1 je saiz M yang memang sesuai sangat ngan pudin.
Tak payah nak alter dah. Macam dah ditakdirkan tuan dia adalah pudin.
Walaupun agak mahal. Mahal dari baju kina kot.

Wah..Terbang RM280. 

Tapi kain sedap sangat. Sejuk je pakai.

Jahitan pun kemas sangat-sangat. Beli kat Hugo Clothier, Semua House.
Sedapkan hati "takpe, beli baju melayu boleh pakai selalu."
Boleh buat raya, buat sembahyang, sangat berkualiti plak tu.

Tapi kalau korang nak beli kat Hugo Clothier tu sila datang sebelum raya.
Sebab sales die cakap hanya setahun sekali je. Sebelum raya! 
Kina pernah pegi sebelum raya dulu RM180 untuk baju melayu siap.
Memang puas hati la dengan kualiti dia.

Untuk sampin plak, mula-mula ingat taknak beli sampin.
Tapi masa singgah kat Muaz sebelah Semua House tu.
Sampin RM14.90 je. Walaupun tak berkualiti sangat & keras.
Tapi ok pe, matching & bukan selalu pakai sampin pun kan.
Raya pun orang pakai baju melayu & seluar jeans sekarang.
Rasa gemuk di samping rakan sekolah. haha. nojie, zima, sue, uya & firuz

Kasut lelaki & perempuan
Kitorang recycle je dengan kasut masa resepsi 1 Oktober dulu.
Tali pada kasut tu kina buang sebab asyik nak tercabut. haha.
Kasut yang sama dipakai lagi. 

Ok la..itu sahaja untuk kali ni.

Sorry kina dah tak buat sewa..hee..:)
Kina buka untuk disewa untuk full set bagi yang berminat.

Full set ada apa?
Baju Melayu Pengantin Lelaki - Size M
Sampin yang matching - 1
Baju Pengantin Perempuan - Size M @ 40
Tudung Chiffon dengan patch lace & beads
Veil Chiffon - 1
Kasut Perempuan - Size 5 (Silver)

Free bunga tangan Artificial Flower macam kat atas ni
(Kalau taknak pun takpe.haha)

Dont worry la, ni kina bagi sewa murah-murah je.
Berbaloi kalau nak buat tunang, nikah atau bertandang.
Kalau nak asing-asing pun boleh. Just email me untuk price.

Lagi-lagi kalau malas dah nak fikir. hee.
Kalau jauh kina boleh postkan sahaja.
Tapi kina akan ambil limited & serious customers sahaja.
Thank you. :)

p/s: Apa yang penting mak mertua cakap cantik & pandai buat bunga.
Haha. kembang seribu kali. 



33 lovely comments:

Cik Puan Tqah on February 8, 2012 at 4:32 PM said...

Thumbs up..diy mmg puas ati kann

~ NANA ~ on February 8, 2012 at 4:35 PM said...

i suka benda2 yg DIY! cantik kina buat, lps ni blh buat kat maternity dress/baju raya pulak...hehe

Basyirah Abd Rahman on February 8, 2012 at 4:38 PM said...

sweet! (^__^) hehe.. alhamdulillah walaupun kesuntukan masa tp semua menjadi ;)

Bella on February 8, 2012 at 4:46 PM said...

cantik sangat!!
kina suka pose tankap lentoq kat suami..haha.. trademark gitew..
have a good day

intan on February 8, 2012 at 4:47 PM said...

cantik warna baju kina tu.. heeeeeeeee.

Shakina Farhan on February 8, 2012 at 4:55 PM said...

Tqah: ye betul..boleh tengok baju tu sambil tersenyum..hihi..

Nana: hee. tq mommy nana. insyaAllah. tengok tahap kerajinan, skg ni malas je. rasa menyampah ngan diri sendiri. huhu.

basyee: Alhamdulillah. syukur sgt2. risau gak baju tak siap sebab last minit sgt.

ila: hahaha..tau takpe! tapi seme ni kina ikut kata photographer je. maybe angle cmtu kina nampak mancung sket. hahaha.

intan: thanks dear..suke warna coral ni.

Cik Puan Tqah on February 8, 2012 at 5:00 PM said...

@Shakina Farhan i pon dit baju tunang bleh view kt cni

http://atieshaadriana.blogspot.com/2012/02/review-my-e-day-dress.html

Munn Jaafar on February 8, 2012 at 5:06 PM said...

salute dgn kina... =)

Shakina Farhan on February 8, 2012 at 5:10 PM said...

tqah: dah tengok! cantik..

munna: eh..munna pun boleh buat..yg penting dapat jimatkan kos..hee..

cha on February 8, 2012 at 5:19 PM said...

kina knp awk kreatif sgt ni. kain murah bole jd nmpk mahal dan comel okkkk. kita sukeeee ;D

dilla nadila on February 8, 2012 at 5:26 PM said...

kina...sweet nye.jeles la...hehe..bgusla kina..cut cost and puas aty..kina, dila nk mnx tlg kina nie..bce entry dila ni
http://kimpalkasihduke.blogspot.com/2012/02/nak-mintak-tolong-dari-ex-b2b.html
nk mntak pendapat n pglman kina.hope kina sudi tlg dila

Shakina Farhan on February 8, 2012 at 6:03 PM said...

cha: hee..idea ni pun idea ibu kina juga..buat yg termampu je..

dilla: kina dah komen..:)

Miss Ika on February 8, 2012 at 6:15 PM said...

Kina, takpe. Sekali sekala invest 280 untuk baju melayu tu untuk husband sbb rasanya pasni takde dah. Hehe. Pastu boleh sewakan kan.

Btw, nice color. :)

Yuna Heri on February 8, 2012 at 7:21 PM said...

Kina memang idola bab-bab DIY ni!
Dan... bab-bab contest juga! Hehe.
All the best, Kina!

(Eh, guna akaun Yuna, hehe.)

Unknown on February 8, 2012 at 7:29 PM said...

seriusly, kina memang nampak tinggi !!

Nurul Izayani on February 8, 2012 at 7:32 PM said...

haha..sweet la ayt yg last tu..

choclairissa@intan marliana on February 8, 2012 at 8:28 PM said...

Tak pernah berkesempatan jumpe kina in person..tp bj tu sgt muslimah..teringat kt adik saye bile tgk kina dressing cmtu :-) lps ni kina dh bleh focus psl baby la plak kn...

Bushra Tajuddin on February 8, 2012 at 9:41 PM said...

seriously, suke sgt baju kina ni. nampak sweeeeet sgt.
berbaloi kina DIY kann..?? ;)

Unknown on February 8, 2012 at 11:38 PM said...

suka sgt baju kak kina!! suke warna die..akhirnya dpt jugak sama yg sedondon! rezeki..

Dulu Gadis, Kini Mama on February 9, 2012 at 7:43 AM said...

yay!berbaloi-baloi!! suka cara kina yang buat simple tapi nampak mahal!

Nisa Dawi on February 9, 2012 at 9:40 AM said...

sweet....=) paling best, Kina pandai wat Budget lah!~..hehe..(utk baju pempuan la...)

Aida & Riana on February 9, 2012 at 10:39 AM said...

mcm tak percaya jek, tmph rm40 + diy bunga tu, trus nmpk mcm baju mahal..terbaek la..nanges designer2 tgk..huhuhuhu

Sfarlina on February 9, 2012 at 10:52 AM said...

suka bunga yg kina bt tu! :)

Nuha hayati on February 9, 2012 at 11:07 AM said...

jeles sampin kina lagi murah. nuha ingat nuha jmpa sampin yg da cukup murah dah. he

yangyuyu on February 9, 2012 at 11:20 AM said...

hi kina

http://bamyuyu.blogspot.com/2012/02/pemenang-ga-tahniah.html

pls email gambar before 15hb 2 k

Miss Pija on February 9, 2012 at 12:03 PM said...

wah..dah bukak utk sewa...kalau kite nak kawin/bertunang..mmg nk sewa je..hehehe

FarizAtie on February 10, 2012 at 10:41 PM said...

cantiknye both pengantin..menutup aurat ske3...DIY memang best..tp untuk wedding atie nnt..atie tkt x smpt jeww..huk3

Anonymous said...

love ur weddings dear!

SarahSyafiq on February 18, 2012 at 11:30 AM said...

First time komen kat blog kina.
cantik sgt bj bertandang kina. Sarah pun suka sgt pada coral peach. Sayang, masa majlis bertandang kina, sarah tak dapat nak datang.

Ajwedding on March 9, 2012 at 4:46 PM said...

lama giler xbuka blog kina..& kwn2 lain..weii cantik n kemas btol blog kina..superbb..tahniah

CINTA UNTUK KITA on March 28, 2012 at 5:28 PM said...

lawa la kak diy bju tu i like hehe ;p

CINTA UNTUK KITA on July 9, 2012 at 3:39 PM said...

akak.. baju kurung kyra wrna merah drh tu.. kosong tak ada corak apa.. then kain dia plak mcm kain pelikat tu, ada kombinasi wrna oren, coklat and hitam sikit..bju tu kan kosong, kyra fkir nk ltk bunga cm baju akak tu kat bawah baju then prgelangan tgn skit.. tp tak tau wrna bunga tu nk wrna apa..rsnya manik dia wrna putih kyra pkai..or peach skit..suggest skit kak :) tq!

eidadie on September 11, 2012 at 4:00 PM said...

nak tanya...hantar jahit ke mana yer?harga upah jahit berapa? saya pun nk buat baju nikah murah n simple jer

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork