Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts

4weddingku Award 2012 kembali!

Salam
Selamat Tahun Baru..
Semoga tahun 2013 lebih baik dari tahun 2012..
Tahun 2012 ni tahun pertama rai birthday sebagai isteri..
Tahun pertama beraya dengan kain batik sebab berpantang!
Hihi..Alhamdulillah..banyak pahit & manis..

Kina nak cerita pasal 1 award ni..
Sebelum tu, mari kite flash back sikit..

Seingat kina masa kina mula-mula berblog..
Tahun 2010, kina banyak dapat tips dari 4weddingku..
Sangat banyak info & tips tentang perkahwinan..
Tup tup, tak lama tu...
Lepas tu 4weddingku ada announce pemenang award..

Masa tu ingat award biasa-biasa..macam orang dok tag2 tu kan..
Rupanya award 4weddingku ni sangat special..
Lebih kurang macam AIM tapi versi kawen2..hihi..
Siap ada hadiah lagi weh!
Masa tu 4weddingku announce pemenang untuk tahun 2009..
2009 announce 2010, 2010 announce 2011 & seterusnya..

Ada 5 kategori untuk award 4weddingku ni..

Most Favourite Bride
Most Creative Bride
Most Inspired Bride
Most Glamorous Bride 
Most Fabulous Bride
Ini masa award 4weddingku tahun 2009
Syarat & cara penyertaan award ni?
Just link 4weddingku & be spotted!
Pada tahun 2009 & 2010 semua pemenang 
dipilih berdasarkan juri iaitu mya & dyana sendiri..
Mereka adalah pengasas 4weddingku ni..
Mereka lah yang berblogwalking & memilih pemenang..
Bukan kerja mudah tu! Dulu tak ramai blogger b2b..
Sekarang dekat beratus kot kan..

Since award ni macam dah jadi adat..gituuu..
Start 2011, 4weddingku memberi peluang kepada semua
Untuk menominate ala-ala macam Anugerah Bintang Popular plak kan..
Then, mereka akan blogwalking & memilih pemenang..
So, korang boleh nominate yang layak menang..

Tak sangka plak kina pun terpilih..(tengok banner tepi-->)
Most Fabulous Bride 2011!
Thank you kepada yang telah menominatekan blog kina ni..
Tak tahu dekat mana yang fabulousnye eh..hahaha..
Apa-apa pun rasa sangat bertuah & dihargai gitu..
Pudin siap tanya fabulous tu ape? Hihi..fabuloso die tau..
Dah la dapat hadiah, dapat plak red carpet link dekat 4weddingku..

Blog kina paling bawah! maknanya lama tak berupdate..hahaha
Terima kasih 4weddingku & my supporter..Gituu..
Nak gak berucap macam abang long Aaron Aziz..hihi..

Jadi, tahun 2012 dah pun berakhir tapi
Award 4weddingku 2012 sedang berlangsung..

So, link 4weddingku and nominate your favorite blog!
Tak kisah blogger tu kawen 2013 ke tapi die aktif berblog pasal 
wedding preparation masa 2012..ada paham?
Kalau nak nominate diri sendiri pun boleh..hihi

Kina pun nak mula berblogwalking..
Ampun sejak jadi mak2 ni jarang blogwalking blog b2b..
Nanti korang pun jadi gitu jugak tau! hihihi..
Nak nominate jugak..Kalau nak kina blogwalking letak link dalam komen ni..
Nanti kina terjah & ada rezeki menang award ni mana tau kan..hihi


50 Blog Malaysia Pilihan Majalah Intrend (Wedding)

Salam
Intrend kali ni yang covergirlnya Fauziah Gous (warna oren)
Menampilkan 50 blog malaysia dalam perlbagai aspek..
Antara kategori yang telah dipilih intrend adalah:
Usahawan, Fesyenista, Perkahwinan, Hijab, Cahaya Mata,

Semestinya kina berminat dengan kategori perkahwinan bukan?
Terdapat 9 blog yang tersenarai, jom kita tengok siapa yang kena..






















Ada yang kina kenal, ada juga tidak tapi definitely akan link semua..
Ada b2b, ada yang dah kawen, ada photographer ada MUA..
Best ok masuk majalah..congrate semua..

P/S: Thank you untuk semua birthday wishes..ibu kina cakap dah tua da..24..berhenti la baca komik..haha..umur hanya pada angka??haha..
Tapi post pudin kemarin sangat kelakar ok!haha..guess what, die suke sangat korang yang komen cakap die sweet..die rasa bangga & nak post lagi..(tak blah kan?haha..)


Hadiah voucher jusco dari seorang b2b

Salam,
sudah lama hajat nak buat entry pasal voucher jusco ni..
sebelum berangkat pi beijing da dapat voucher ni..hehe..
kina dapat hadiah dari b2b ieda dari ijabdanqabul.blogspot.com

Camne kina boleh dapat? ingat tak kina pernah buat entry
calling all pahang b2b ni? ieda ada komen dekat entry tu..
lantas kina mengfollow ieda..kina adalah follower 1st..

tiba-tiba, pada suatu hari (ala-ala cerita kanak-kanak)
ieda email minta alamat kina..ingatkan nak bagi kad jemputan..
rupanya sebab nak bagi hadiah as 1st follower..best kan?
bertambah bestnya..hadiahnya voucher rm50 di jusco..
Alhamdulillah, boleh buat beli barang hantaran ke..baju ke..;P
tQ ieda! bukan tak seberapa ni..banyak da ni..

5 x voucher 10 jusco siapa taknak?perlu la background tu kan..;P
terima kasih buat ieda, semoga semakin semangat berblog ye..
jangan bosan-bosan..hehe..;)

p/s: siapa belum follow & link boleh terjah ieda sekarang..
siapa yang rasa kina tak link lagi boleh bagitahu kina..


Follower ke 300 & 400

Salam,

Award ini adalah untuk follower yang ke 300 & 400 yang special made by kina..

Yang comel & bakal berkahwin 4 Dis depan..;)

Basyi juge cosmate kina

Yang baru nak kenal..sori kalau salah eja nama..suka tengok header blog budak ni..sebab colour biru jugak..
Sila-sila amik award ni

Thank you..rajin-rajin la jenguk blog ini ye..

This is for all my followers

comel tak???comel gila wa cakap sama lu

This is for all my lovely followers & silent readers..Tahniah kepada Basyirah..You r my 300th..nanti bagi adiah eh..hehe..masa kawen nanti eh?hehe..


P/S: Pudin dok diam-diam kat Melaka tu..kitorang nak pegi tengok movie..ladies nite malam ni..hehe..









Anugerah Blogger Harapan

Salam..lepas lunch kina tengok chatbox..tertengok 1 shout ni..

kina suka sebab ada sebut nama kina di situ..tanda ikhlas..bagi kina la..:)
 Terima kasih buat alcatraz77 sebab bagi award ni..suka sebab blue in colour la..

membakar semangat untuk terus berblog kan?
Kena jawab soalan sikit..
Slogan nape aku suka memoriseorangmuda?

Kina baru follow blog afizz..suka jugak blog tu warna biru..hehe..

Reaksi selepas dapat Award ni?

Sengih-sengih muka mintak coklat ferero roche..

Perlu Tag 15 Blogger lain...
Kena tag 15 blogger..Kina siap huraikan lagi..sebab bila kina tengok nama kina tahu siapa dorang ni..kina akan terus m'follow blog dorang ni..keep in touch..jemput amek award ni ye..

Kak Namie: suka blog pasal kucing parsi die
Kak Kerry : suka blog macam-macam & dia jual Asset & Spanx
Firuz         : my best friend forever
Mama Kembar 3 : mama yang unik dengan kisah 3 kembar dia yang comel
Mama Nia : mama nia yang sweet
Ellen         : seorang mama juga tapi dari Sabah
My Territory : blogger yang berkongsi stori pasal nuffnang dari awal
Kuman      : blogger yang ajar cara nak letak link bawah komen
Belle         : b2b blogger yang sangat kreatif
Mia           : b2b blogger yang rajin jenguk & komen blog kina
Amy         : b2b blogger yang color tema wedding die sama ng kina
Nora         : b2b blogger kuantan & cikgu yang menjadi inspirasi
Masmona  : b2b blogger kuantan yang juga senior SMART
Cma         : b2b blogger yang kina first followernya
Syahira     : b2b blogger yang pandai speaking & suka sangat pink 

Dapat Beautiful Blogger Award

Yea..yeaa..dapat award dari Ellen..seronoknye macam nak melompat-lompat atas katil..
Padahal kat umah sewa takde katil..haha..sedih tak? toto pun jadik!..

Ini dia award 1st ituuu..

beautiful ke? hehe..amek aje org da bagi tu..then letak dekat sidebar blog..yeay..
Syarat-syarat award ni

1) Thanks the person who give you this award-done
2) Link that person at your blogroll-done
3) Spread to 15 blogger which you think awesome-nak buat 5 je boleh?

5 blog ni memang ada ciri yang spesel. beautiful dari sudut blognye,contentnya & tuan blog tu sendiri..Importantnya semua adalah b2b & ex-b2b.


4) Tell 7 things about yourself

  • suka warna biru
  • suka makan
  • suka baca manga
  • suka tengok anime
  • suka cakap pasal kawin-kawin
  • suka faizal tahir
  • suka encik pudin (terpaksa cakap nanti merajuk plak..uweeek)

Award 100th follower & 200th follower

Jutaan terima kasih buat follower kami yang ke 100 & 200 

iaitu 

si cantik lagi manis ANET 



si kacak lagi smart NABIL POTTER


ni hadiah dari kami..award yang first time kami buat..
sori kalau tak comey..hihi..jangan lupa amek & letak dekat blog ek..
kalau rajin buat la entry sekali ..keep in touch yoo..tQ
 
 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork