Bridemaids 7+1

Salam 
Bridemaids boleh dipanggil dengan pelbagai panggilan..
Dayang-dayang?
Pengiring?
Pengangkat dulang?
Penyeri majlis?
Orang gaji pengantin perempuan?
Too cruel kot yang last tu..haha..
Tanpa mereka big day kina mungkin jadi buruk day..
Foto by Razali : kina bersama bridemaids
Foto by Razali : kami berdua bersama bridemaids
Yela..
Mereka lah yang ambil cuti. (ada yang curi2 tak kerja)
Mereka lah yang drive 200++km ke Kuantan. (ada yang tidur je dalam kereta)
Mereka lah yang tolong buat kerja last minit. (sejak sekolah mmg macam tu)
Mereka lah yang tolong pakaikan inai. (sebab nak pakai inai juga)
Mereka lah yang tolong angkat hantaran. (nak ada dalam gambar)
Mereka lah yang tolong lapkan peluh nervous pengantin. (terpaksa)
Mereka lah pengintip tolong tengok orang kat bawah. (takkan pengantin mengintip)
Mereka lah yang tolong pakaikan baju & kasut. (pengantin cinderella kunun)
Mereka lah yang datang awal ke dewan utk deco. (pengantin takde bajet upah vendor)
Mereka lah kaki posing depan Razali & Wira Visual. ( suka ye korang)

Mereka lah yang paling banyak sekali membantu. Terima kasih!

Baju bridemaids
Kina pernah buat post mengenai kain yang kina beli untuk bridemaids.
Lokasi : Tingkat G, Jakel Shah Alam
Material kain : Satin & Kain Batik
Warna : Pink
Harga : Approx. RM38.00 untuk seorang
Total selepas discount : Approx. RM250.00
Kina beli untuk masa nikah je..untuk resepsi memang takde budget..

Untuk tempah jahit baju, mereka yang tempah sendiri.
Mulanya kina ingat nak baju kebaya tapi lastnya minta semua buat kurung pahang.

Untuk tudung, kina tak kisah dorang nak pakai tudung apa.
Sebenarnya sekali lagi takde budget untuk tudung..heee..senyum siput..
Yang buat kina terharu semua pakai brooch crystal yang kina DIY ni..
Kecuali ada sorang yang mengade amek awal pastu tertinggal kat KL..haha

Cara pemilihan bridemaids kina
Pada pendapat kina pemilihan bridemaids penting jugak kalau nak ada bridemaids..
Kalau tersilap pilih, ada yang kekok,ada yang masam muka,ada yang diam, susah..

 Kina perlukan 7 bridemaids sebab hantaran kina ada 7 dulang..
Tapi dorang tak dapat tunjuk skill angkat dulang ke bawah pun!
Sebab tak muat nak letak..terlalu ramai orang..:)

Alhamdulillah, tak susah untuk kina buat pilihan sebab ada sahabat baik
Kebetulan ada sama sekolah, ada sama tempat kerja.

1)Fairuz Fadhilah : 1 sekolah
2) Aziah Aziz : 1 sekolah
3) Anis Diana : 1 sekolah
4) Nurulizzana :1 sekolah, 1 UM
5) Ain Ishak: 1 UM
6) Janna Hasan: 1 UM, 1 tempat kerja
7) Aishah Saaya : 1 tempat kerja
berebut bunga tangan seperti dah kenal lama je semua..:P

Tapi kalau perasan title kina 7 + 1 kan?
Haa..ini dia sorang lagi bridemaids atau ktorang panggil ketua bridemaids.

1) Syazlina aka Rozelt glamer : 1 UM, 1 tempat kerja

Thanks syaz, sebab banyak tolong gunting la, tampal la..hehe..
Walaupun takde baju, syaz datang jugak & sanggup cuti..
Nanti i belanja u coklat ye..hehe..
Itu saja untuk review bridemaids..kina sendiri tak pernah jadi bridemaids.
Hehe..kalau korang kawen jangan lupa ajak aku jadi bridemaids ok..
Dah kawen pun berseri-seri tau..hahaha..thanks semua..
Foto by Razali: muka drama gila ok!

Foto by Razali: muka over excited semua gelak..haha!
I love you all!


Honeymoon: Package Bali

Salam

Bersambung dengan review honeymoon..hee..sorry..update ikut mood..
Tak sistematik langsung kan..=_=..Hari ni nak review tour sikit & packagenya..

Kitorang jalan2 di Bali lebih kurang separuh masa percutian..
Somehow kina rasa agak ralat sikit..Ni la masalah bila semua nak..
So, to b2b out there..korang tentukan dulu apa yang korang nak..
Nak berjalan-jalan atau beristirehat..?

Kalau nak berjalan-jalan jangan pilih hotel yang
korang rasa taknak keluar dari hotel tu..hahaha..
Faham apa yang ingin disampaikan? 

Jom kita tengok tempat-tempat yang kitorang dah pergi..
Pada hari ke2 & hari ke3 kitorang di Bali..
Malas nak cerita..maybe next entry la ye..
1)Nyang-Nyang Beach
2)Uluwatu Temple
3)Kuta (Bandar)
4) Water Sport Tanjung Benoa
 5) Turtle Island
Nyang-nyang beach. Ombaknya luar biasa bentuknya.

Uluwatu temple sebelum pegi tgk kecak dance

Otw to Turtle Island..Bottom glass boat tapi bukan nampak pun..air keruh la..

Di Turtle Island ada juga haiwan liar lain

Me & the original Batman! haha..besar kan..

Ini dekat mana..tak ingat dah..banyak makan semut kot..tapi temple gak..
Tu je tempatnya? Rasa macam banyak je..hahaha..
Sebenarnya yang memenatkan perjalanan adalah JEM..
Yes..Bali JEM seperti KL tp lebih teruk jalannya sempit & penuh motor..
Sooo dusty, sesak seperti ruang udara macam kecik je..T_T
Ni jem ok lagi..belum dekat jalan sempit..-_-

Itu yang menyebabkan kina tak berapa suka Bali..
Honestly, kina rasa kina takkan ke Bali lagi untuk saja-saja..

Kalau kina diberi peluang kedua untuk ke Bali..
Kina akan book Nefatari Villa & explore Ubud & Kintamani which is more peaceful.
Mana kina jumpa nefatari villa? Dekat Tripadvisor..Rate sangat berpatutan..
Terletak di Ubud..Jauh sikit dari airport..Pendalaman la sikit..

Nefatari villa ada pakej untuk honeymoon sekali private pool.
Untuk 4hari 3 malam RM12**.00 tapi tanpa tour..
Tour pulak boleh upah tour guide sendiri..
Lagi jimat, lagi boleh ikut timing korang kan? Ada private pool tu yang best..
Ni adalah pakej private pool yang paling murah yang kina jumpa..
Sesiapa yang nak ke Bali boleh consider villa ni..
Google je, then email dia tanya details..
They replied me in just 2 working days..kira pantas jugak tu..
Ok, itu cadangan & pendapat kina je la..

Pada mulanya kina taknak cerita berapa yang kitorang bayar untuk pakej ni..
Pada kina mahal..tak tahu la bagi orang kaya ni macam celah gigi ke..
Tapi sebab terlalu ramai yang email, jadi kina rasa baiklah kina share..
Yes, kitorang memang spend untuk honeymoon lebih dari wedding..
We not regret it because the time we spend together there..worth it..

Kitorang book pakej ni masa Matta Fair..
Bagi yang tak pernah baca, baca post kina yang ni dulu..
Baru boleh baca details di bawah ni..

Apa yang kitorang dapat?
2 nights 3 days stay at Bali Khama Villa with private pool
1 night balance at J Boutique Hotel (last day)
1x Welcome drink for 2 (air orange)
1x SPA for 2 (2 hours)
1x Romantic Jacuzzi with Flower petals
3x Breakfast
3x Lunch
1x Snack & Tea
1x Romantic dinner at Jimbaran Beach
1x Candle light dinner at Bali Khama Villa
1 Private tour guide (merangkap photographer)
1 Private driver ( Car : Suzuki Arena)
Tour include entrance ticket (Tempat-tempat di atas)

Free water sport game : Banana boat, ocean walker & snorkeling(Worth RM4**)
Kina harap kina dapat review tentang water sport game..sebab best!

Kalau pergi sendiri memang dorang charge mahal gila utk water sport game ni.

Total: RM2899.00

Namun begitu harga di atas tak masuk insuran, tips tour guide & lain2 lagi..
Selepas ditambah semua Total adalah RM3100.00..tiada bayaran lain bila sampai Bali..
Triba east dah cakap nanti sampai sana jangan bayar tour guide lagi dah..
Semua dah include..jadi memang taknak serabutkan kepala dah..book!

Lastly, kitorang memang puas hati dengan service triba east..
Dorang sanggup call dari Malaysia untuk tanya ada masalah tak..
Sebelum pegi lagi la banyak call..Alhamdulillah..semua berjalan lancar..

My friend ada contact triba east untuk package macam kina amek ni..
Seorang dia charge almost 3K..sedangkan kina punya harga untuk 2 orang.
Sebabnya tu harga untuk Matta Fair sahaja..so, cari la dorang masa Matta Fair ye..
Tahun depan bulan Mac..tapi book la tiket dulu kalau dah ada tempat pilihan..

Harap semua yang bertanya tentang pakej berpuas hati..
The key is to survey a lot & know what you really want..
Have a nice day..

Review: Tips inai RM25

Salam 
Kina nak review tentang inai semasa wedding kina 2 minggu lepas..
Dah lebih 2 minggu dah rupanya jadi bini orang..kejap betul masa berlalu..
saat baru selamat diijabkabul
 Kina tahu ukiran inai agak kontroversi selepas disamakan dengan tatoo..
Tapi selepas kina membaca ini & ada ustaz yang memberi ceramah tentang ni..

Alhamdulillah, membuat ukiran corak inai tidak haram untuk kita..
Hukumnya diharuskan..ukiran berunsur fauna seperti daun & bunga
dibolehkan dengan syarat tidak melebihi pergelangan tangan..
Maksudnya korang tak boleh buat sampai lengan ke bahu ke betis ke..


Kalau inai tiub diharamkan kenapa tidak diharamkan di Mekah bukan?
That's just my two cents..Pada yang rasa masih menyamai tatoo tak payah buat..



Untuk lebih yakin sila ke link fatwa Malaysia kina sertakan di bawah ni.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak

--------------------------------------------------------------------------------------
''Kina buat inai dekat siapa?''
''Kina upah orang datang rumah ke buat inai tu?''
--------------------------------------------------------------------------------------

Kina memang nak design yang simple sangat simple..
Apa yang penting kemas & halus corak ukiran inai tu..
saat menandatangani dokumen..

Khamis, 29 September 2011, 10.30 pagi kina pergi ke Masjid India.
Esok malam nak nikah tapi pagi khamis tu dah nak pakai inai..
Ramai yang mempertikaikan kina pakai awal takut nanti pudar..
ukiran inai pekat sehingga hari ke5..:P..kuku tak comel..:P

Kenapa tak pakai malam nak nikah?
Nape tak buat je sendiri? Nape tak upah je orang?

1) Sebab kina tak yakin ukir sendiri akan kemas & cantik..
2) Sebab kina rasa 1 pembaziran untuk upah orang datang rumah..
3) Sebab kina yakin takkan pudar sehingga hari Sabtu..

Semasa berjalan nak cari any aunty Indian yang buat ukiran inai..
Tak tengok2 pun, tiba-tiba je ada suara..Inai..Inai..Inai..buat inai dik..
Rasa macam ditakdirkan plak buat inai dengan aunty ni..haha..

Nama aunty tu tak ingat..misplace her business card plak..
Dia takde kedai, dia duduk dekat je dengan area Mydin Masjid India tu..
Dia ada offer buat package inai pengantin dari kaki hingga tangan = RM60.
Bagi kina tu still mahal..haha..Kina nak tangan je..tu pun design tak meriah.

Dia tunjukkan katalog design..Takde yang kina betul-betul berkenan..
So, kina cuma minta dia nak design macam gelang & menuju ke jari manis..
Kina taknak ada bintik-bintik dekat setiap jari pun..penat aunty tu pujuk.
Percaya atau tidak, dia buat kemas & laju gila..5 minit je siap!
Mana taknya pengalaman 6 tahun ukir inai..

Cepat & Murah!

Dia tanya kina nak buat yang hujung jari sekali tak..
Kina lebih suka buat hujung jari sendiri dekat rumah..jadi taknak la..
 Dan-dan je aunty tu pergi buat ukiran garisan untuk inai hujung kuku..
Tak boleh nak elak dah garisan-garisan tu..=_=''
on the way balik kuantan, perhatikan garisan aunty tu buat..hehe
 Tapi aunty tu cakap takut nanti tak sama warna dengan ukiran..
So, terpaksa la beli inai tiub aunty tu yang berharga RM10..tapi banyak..
Incase warna hujung jari tak sama dengan ukiran pada tangan..
(aunty ni saje tau buat garisan tu supaya org buat jugak dengan dia)
Tak kira taknak jugak buat guna tiub takut tak sekata..so tak buat jugak..

Aunty tu pun bagi tips untuk inai ukiran tu tahan lebih lama tau!
1) Jangan guna scrub @ shampoo sebab senang menghakis..biasa la bahan kimia.
2) Bila inai dah kering, guna tisu untuk buangkan dulu..untuk tak comot kelak.
3) Lepas dah buang, sapukan minyak masak @ baby oil 10 min.
4) Barulah dibasuh tangannya. Hasilnya memang kelasss kauu maria ah.
selepas buang inai, lumurkan minyak baby oil..takde minyak masak dalam kete oi..

Total damage untuk inai corak simple kina tu : RM25.00
1 Tangan : RM8, dapat harga discount RM15.00.
1 Tiub extra inai : RM10.00

Malam tu bersemangat nak pakai inai serbuk dari Mekah..
Pakai dari pukul 12 malam hingga ke 5.30 pagi..
Macam biasa pakai selotape la supaya tak comot..
Basuh je pagi tu..WAH..tak merah langsung..oren biasa je..
Selotape memang favorite masa apply inai

Yang adik kina pergi test power inai tiub extra tu jadi gelap gila..
Habis tangan dia..Kihkihkih..Nasib kau jadi tikus makmal dulu dik!haha

Masa tu nampak inai sangat pelik hujung jari cerah, tangan merah gelap.
Tu takpe! Tapi sebab garisan yang aunty tu buat nampak pelik gila2..
Nak pakai lagi sekali inai Mekah tu..pakai 2 jam tak jadi apa pun..
Something wrong dengan inai tu..Salahkan inai la kan..haha..

sebab kina memang kalau pakai inai tak pernah oren mesti merah gila..

Sebelum dicampur dengan inai tiub, oren cair sangat kan..pelik!

Last-last dapat idea untuk campurkan inai tiub extra dengan inai Mekah tu..
Yela, tiub tu warnanya sangat gelap, yang mekah sangat cair, so jadi sederhana..
Beberapa kali juga buat adunan yang menghasilkan warna merah..
Bila orang tanya tentang garisan tu kina akan cakap either aunty tu..
Atau ni lah style!..Haha..menyedapkan hati..


Kesimpulannya kalau nak jumpa aunty tu samada buat semua dengan dia..
Atau warning taknak buat garisan hujung jari tapi kalau nak berstyle kina..silakan..
Thanks Aunty..Keeelaaaasss kau aunty!
Sebab buat kina cuak untuk beberapa jam then gembira..hahaha..
Tapi Alhamdulillah..inai tu nampak cantik je dalam gambar kan?
Ini lah style inai kina..hahaha..dan-dan nak jugak panggil style..:P

Gambar ni lagi! Rujuk pada inai je ye.:P

Thanks to my beloved bridemaids yang pakaikan 4 kali inai for me!
Buat 2 atau 3 tapi 4! hahaha..walaupun tetap tak dapat cover garisan aunty tu..
But, I love my henna to the max!

Honeymoon: Makanan di Bali

Salam 
Sebelum mula review makanan yang kina da selamat masuk perut..
Semalam dikhabarkan Bali dilanda gempa bumi berukuran 6.8SR..
Namun begitu tiada kemalangan nyawa dilaporkan, tapi tak tahu la arini..
Alhamdulillah, kina dah pulang sebelum bencana tu..
Bersyukur sangat-sangat..

Senang ke nak cari makanan halal di Bali? halal tak makanan kat Bali?
Itu pasti soalan yang sangat penting bagi kita..
Sabda Rasulullah, yang bermaksud:
 “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Bumi Bali yang majoritinya adalah penganut agama Hindu..
Dahulunya 90% adalah Hindu, 5% adalah Islam, selebihnya Kristian & Buddha.
Alhamdulillah, Islam sekarang semakin berkembang di sini menjadi 10%.
Jadi 80% Hindu, 10% Islam, 5% Kristian Buddha & Lain-lain.

Kami tiba di Bali jam 7malam..
Dalam perjalanan ke Bali Khama Villa kami terdengar azan..
Allahu Akhbar! Kami terkejut jugak mula-mula. Ada Azan di Bali.
Pak Madir (pemandu Bali Khama Villa) cakap di sini ada Masjid dah.
Tu azan waktu Isyak. Mati-mati ingat azan Maghrib sebenarnya..huhu..

Kalau surau-surau kecil di sini dipanggil Musholla..di airport juga ada..
Ok..sambung pasal makanan di Bali..
Sebelum tiba di Bali kami dah melantak ini dalam flight.
Memang dah tempah semasa booking ticket flight sebab confirm lapar.

Makan petang dalam AirAsia


Setibanya di Bali Khama Villa, kami diberikan welcome drink.
Dia memang terus cakap ini air fresh oren bukan alcohol..huahua..
Kitorang pun minum depan TV sambil makan kitkat..
Teringat iklan M.Nasir kan? Haaang Tuah! Hahahaha..

Welcome drinks

Sejam kemudian, seorang pekerja Bali Khama datang minta order..
Order untuk Candle Light Dinner yang memang dah include dalam package.
Ye, kina tahu ramai nak tahu berapa semua packagenya kan..
InsyaAllah nanti kina share ya..Maaf kina tak reply email berkaitan package..
Senang sekaligus je nanti ye..Tunggu ya..

Pudin yang bagi order sebab masa tu kina malas nak keluar..
Pudin pertama sekali tanya nama pekerja tu..huhu..kina tak ingat..
Tapi namanya macam Islam..terus pudin tanya awak Islam ke?
A,ah jawab beliau..suka betul pudin..time ni la yang pudin tanya kiblat tu..
Pudin pun tanya mana makanan yang halal..Dia pun tunjuk yang mana2..
Air pun hanya air kosong sejuk..hee..

Candle light dinner
Setting candle light dinner di tepi private pool..sangat cantik..
habis makan memang kebuncitan..penuh..
Pada keesokan hari, kitorang pegi breakfast plak..
Memang dialu-alukan dengan mesra sekali..Macam biasa..
Pudin panggil sorang untuk tunjuk yang mana halal..Syukur mereka faham..
Yang kelakarnya part mana tak halal tu dia gelak je..haa..inii..hehehe...
Kitorang pun hehehe..faham2..tak halal..

Mana yang was-was pun memang kitorang tak ambil..

Breakfast
fresh orange, roti bakar, tea, cereal & banana pancake

Masa tengahari kitorang debar lagi nak makan apa la ni..
Perut dah lapar dah..Tour Guide kitorang plak orang hindu..
Namanya Pak Ako..Kami dibawa ke Restoran Jepun untuk steamboat..

Kitorang cuma ambil sayur, telur, seafood..memang tak ambil ayam..
Udang memang dorang letak dalam mangkuk siap bergerak-gerak lagi!
Ok juga sebab kita yang masak sendiri dengan steamboat ni..
Kalau kat Malaysia kan steamboat separuh sup separuh kuah kari @ tomyam..
Kat sini macam sup air kosong je..takde rasa..=_=

Japanese Steamboat Lunch
itadakimasu! maksudnya jom makan!
Snack & tea di Nyang Nyang Beach berupa air teh ais & pisang madu.
Pisang yang dicurah madu..curah macam banyak sangat..dititis madu kot?
Sedap jugak pisang + madu..Tapi kena berjaga-jaga dengan monyet..hee..

Snack & Tea
air sejuk = kina, air panas = pudin

Di Kuta, memang ada banyak restoran fast food.
Disebabkan malam ni kitorang takde diprovide makanan.
We choose to tapau dekat McD je. McD sini halal ye kawan-kawan.

McD di Bali ada Mc Cafe..sesuatu yang kina tak pernah nampak di Malaysia.
Sundae & Mcflurry juga berperisa berlainan. Harga?  Pun berlainan!
Rasanya lagi mahal dari Malaysia. 

Tak silap kitorang order 1 set medium Quarter Pounder & Double Cheese

Dinner Mcd



Lunch terakhir di Bali, makan di restoran Muslim..
Yeay!! Dah boleh makan ayam..tu je dalam fikiran masa tu..
restoran tu dekat je dengan masjid & kawasan memang islamik..
ada toko menjual barang-barang ibadah Islam, jubah..tapi tak sempat singgah pun.

Masa ni baru lepas main water sport jadi tersangatlah laparnya..
Kitorang dihidangkan set nasi yang kina dah lupa namanya apa..tapi best..
Ada sup, ayam goreng, tempe goreng, tauhu goreng, timun, kubis
& ulam yang macam kutip tepi jalan..hahaha..kina tak makan ulam tu..
Yang best ada sambal pedas. Tapi takleh lawan sambal belacan kita la.
Air plak air soya cincau & teh wangi yang pahit.

Kat kedai ni la tourist dari Malaysia & Jakarta ramai..
Sempat kitorang jamak dekat Musholla kat restoran muslim ni..

Lunch Nasi Lupa Nama Apa
nasi dibalut dengan daun
And last but not least, romantic dinner di Jimbaran!
Jimbaran ni betul-betul di tepi laut, so seafood la semuanya..
Pak Ako memang dah call restoran di situ awal-awal untuk chop tempat depan..

Kitorang mula-mula pelik la apa yang depannya..
Rupanya meja di depan laut! Can u imagine meja makan mengadap laut?
Ya..romantic & juga scary..hahaha..makin lama makin dekat je rasa laut tu..

Masa sampai tu tepi kitorang ada pasangan korea & spain..
Semua sedang tunggu makanan sambil minum welcome drink & sup jagung.
Sup jagung dia tak sesat..huhuhu..akhirnya makanan kitorang sampai dulu..
Semua pandang kitorang..(kitorang tak bersalah..wuwuwu..)

Ada ketam, udang, ikan & tiram (kot)..Air kitorang request air kelapa.
Tapi sebenarnya kina paling suka welcome drink dia. Sedap!
Sampai kina paw pudin punya sekali..hahaha..Air apa?
Air campuran orange & pineapple..Tak sangka campur jadi sedap..
Biasa kita campur orange dengan sirap kat sini kan..nanti boleh cuba.

Romantic Dinner at Jimbaran
welcome drink yang sedap & permandangan laut di malam hari

^_____^
Ok..itu saja review tentang makanan di Bali..

Next review tour atau package? tengok la yang mana nak type..hee



 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork