Review: Tips inai RM25

Salam 
Kina nak review tentang inai semasa wedding kina 2 minggu lepas..
Dah lebih 2 minggu dah rupanya jadi bini orang..kejap betul masa berlalu..
saat baru selamat diijabkabul
 Kina tahu ukiran inai agak kontroversi selepas disamakan dengan tatoo..
Tapi selepas kina membaca ini & ada ustaz yang memberi ceramah tentang ni..

Alhamdulillah, membuat ukiran corak inai tidak haram untuk kita..
Hukumnya diharuskan..ukiran berunsur fauna seperti daun & bunga
dibolehkan dengan syarat tidak melebihi pergelangan tangan..
Maksudnya korang tak boleh buat sampai lengan ke bahu ke betis ke..


Kalau inai tiub diharamkan kenapa tidak diharamkan di Mekah bukan?
That's just my two cents..Pada yang rasa masih menyamai tatoo tak payah buat..



Untuk lebih yakin sila ke link fatwa Malaysia kina sertakan di bawah ni.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak

--------------------------------------------------------------------------------------
''Kina buat inai dekat siapa?''
''Kina upah orang datang rumah ke buat inai tu?''
--------------------------------------------------------------------------------------

Kina memang nak design yang simple sangat simple..
Apa yang penting kemas & halus corak ukiran inai tu..
saat menandatangani dokumen..

Khamis, 29 September 2011, 10.30 pagi kina pergi ke Masjid India.
Esok malam nak nikah tapi pagi khamis tu dah nak pakai inai..
Ramai yang mempertikaikan kina pakai awal takut nanti pudar..
ukiran inai pekat sehingga hari ke5..:P..kuku tak comel..:P

Kenapa tak pakai malam nak nikah?
Nape tak buat je sendiri? Nape tak upah je orang?

1) Sebab kina tak yakin ukir sendiri akan kemas & cantik..
2) Sebab kina rasa 1 pembaziran untuk upah orang datang rumah..
3) Sebab kina yakin takkan pudar sehingga hari Sabtu..

Semasa berjalan nak cari any aunty Indian yang buat ukiran inai..
Tak tengok2 pun, tiba-tiba je ada suara..Inai..Inai..Inai..buat inai dik..
Rasa macam ditakdirkan plak buat inai dengan aunty ni..haha..

Nama aunty tu tak ingat..misplace her business card plak..
Dia takde kedai, dia duduk dekat je dengan area Mydin Masjid India tu..
Dia ada offer buat package inai pengantin dari kaki hingga tangan = RM60.
Bagi kina tu still mahal..haha..Kina nak tangan je..tu pun design tak meriah.

Dia tunjukkan katalog design..Takde yang kina betul-betul berkenan..
So, kina cuma minta dia nak design macam gelang & menuju ke jari manis..
Kina taknak ada bintik-bintik dekat setiap jari pun..penat aunty tu pujuk.
Percaya atau tidak, dia buat kemas & laju gila..5 minit je siap!
Mana taknya pengalaman 6 tahun ukir inai..

Cepat & Murah!

Dia tanya kina nak buat yang hujung jari sekali tak..
Kina lebih suka buat hujung jari sendiri dekat rumah..jadi taknak la..
 Dan-dan je aunty tu pergi buat ukiran garisan untuk inai hujung kuku..
Tak boleh nak elak dah garisan-garisan tu..=_=''
on the way balik kuantan, perhatikan garisan aunty tu buat..hehe
 Tapi aunty tu cakap takut nanti tak sama warna dengan ukiran..
So, terpaksa la beli inai tiub aunty tu yang berharga RM10..tapi banyak..
Incase warna hujung jari tak sama dengan ukiran pada tangan..
(aunty ni saje tau buat garisan tu supaya org buat jugak dengan dia)
Tak kira taknak jugak buat guna tiub takut tak sekata..so tak buat jugak..

Aunty tu pun bagi tips untuk inai ukiran tu tahan lebih lama tau!
1) Jangan guna scrub @ shampoo sebab senang menghakis..biasa la bahan kimia.
2) Bila inai dah kering, guna tisu untuk buangkan dulu..untuk tak comot kelak.
3) Lepas dah buang, sapukan minyak masak @ baby oil 10 min.
4) Barulah dibasuh tangannya. Hasilnya memang kelasss kauu maria ah.
selepas buang inai, lumurkan minyak baby oil..takde minyak masak dalam kete oi..

Total damage untuk inai corak simple kina tu : RM25.00
1 Tangan : RM8, dapat harga discount RM15.00.
1 Tiub extra inai : RM10.00

Malam tu bersemangat nak pakai inai serbuk dari Mekah..
Pakai dari pukul 12 malam hingga ke 5.30 pagi..
Macam biasa pakai selotape la supaya tak comot..
Basuh je pagi tu..WAH..tak merah langsung..oren biasa je..
Selotape memang favorite masa apply inai

Yang adik kina pergi test power inai tiub extra tu jadi gelap gila..
Habis tangan dia..Kihkihkih..Nasib kau jadi tikus makmal dulu dik!haha

Masa tu nampak inai sangat pelik hujung jari cerah, tangan merah gelap.
Tu takpe! Tapi sebab garisan yang aunty tu buat nampak pelik gila2..
Nak pakai lagi sekali inai Mekah tu..pakai 2 jam tak jadi apa pun..
Something wrong dengan inai tu..Salahkan inai la kan..haha..

sebab kina memang kalau pakai inai tak pernah oren mesti merah gila..

Sebelum dicampur dengan inai tiub, oren cair sangat kan..pelik!

Last-last dapat idea untuk campurkan inai tiub extra dengan inai Mekah tu..
Yela, tiub tu warnanya sangat gelap, yang mekah sangat cair, so jadi sederhana..
Beberapa kali juga buat adunan yang menghasilkan warna merah..
Bila orang tanya tentang garisan tu kina akan cakap either aunty tu..
Atau ni lah style!..Haha..menyedapkan hati..


Kesimpulannya kalau nak jumpa aunty tu samada buat semua dengan dia..
Atau warning taknak buat garisan hujung jari tapi kalau nak berstyle kina..silakan..
Thanks Aunty..Keeelaaaasss kau aunty!
Sebab buat kina cuak untuk beberapa jam then gembira..hahaha..
Tapi Alhamdulillah..inai tu nampak cantik je dalam gambar kan?
Ini lah style inai kina..hahaha..dan-dan nak jugak panggil style..:P

Gambar ni lagi! Rujuk pada inai je ye.:P

Thanks to my beloved bridemaids yang pakaikan 4 kali inai for me!
Buat 2 atau 3 tapi 4! hahaha..walaupun tetap tak dapat cover garisan aunty tu..
But, I love my henna to the max!

29 lovely comments:

Unknown on October 16, 2011 at 11:29 PM said...

eh eh nora xperasan garisan tu dear, kina explain baru perasan hehe cantik2. betul2 banyak kan dengar hukum semua tu .. tp nora tetap xwat ukiran sbb nenek marah. waaa cucu yang baik hehe :P

Syima Syaz on October 17, 2011 at 1:13 AM said...

cantik kina...sgt halus.inai kita pun india yg buat...datang rumah n siap bawak family lagi.cuak jugak tp nasib baik pengapit ada menolong keadaan masa tu....hahaha

Ct Lalola on October 17, 2011 at 1:42 AM said...

aiiii Kina, slmt pengantin br (br lg kan) k.ct setuju ngan pendpt Kina awl2 entry nih.... k.ct pon suke pakai henna ni, saje suke2, kebetulan t'pandai2 lak lukis2..ngeee... k.ct pon ade wat tuk org kawen2 tp just yg simple2 jer... coz sume org suke yg simple & nice!!!

Shakina Farhan on October 17, 2011 at 7:46 AM said...

nora: hehe..tak perasan eh..bgus2..kl org tua xbg juga jgn buat..hee..

syima: har..die bwk 1 family??haha..sbr jela..

k.ct: yeke?wah..bestnye pndai lukis inai..tgn kina mst ketar2..

Nurul Ain on October 17, 2011 at 8:28 AM said...

cantik inai tu...simple but nice je...=)

Shakina Farhan on October 17, 2011 at 8:40 AM said...

thanks gadis!

Fariza on October 17, 2011 at 8:58 AM said...

OK2. faham. terima kasih atas info di atas. cntik inai kina.

amy on October 17, 2011 at 9:10 AM said...

dari awal tgk gambar kawen kina terus suke dgn inai. sweet je.. :)

Unknown on October 17, 2011 at 9:30 AM said...

hehe..chanteq n unik!

choclairissa@intan marliana on October 17, 2011 at 9:43 AM said...

ohh xtau pun kene sapu baby oil..good tips kina :)

lovelyadibah on October 17, 2011 at 9:49 AM said...

kejap je dh 2minggu:)hehe. yes!fatwa ckp leh ukir2.aku t nk wt gak.hehe.thanks kina!:)

ijan on October 17, 2011 at 10:47 AM said...

yesss...sagt suka & canteks inai kina, not like Jan! Inai disaster!!! buat sendiri, nyesal lak pakai...seyes! disaster!

Wani Razali on October 17, 2011 at 11:46 AM said...

Congrats kina! Ckp pasal inai, slalunye inau serbuk dr mekah tu msti akan merah pnye..tp klu xmerah,msti sbb masuk angin kot..

cik lin butterfLYNN~~ on October 17, 2011 at 11:50 AM said...

nice inai kina:) tp bg lin, lin x buat inai ukiran tu coz still rs was2 jugak,sbb ada yg kata blh,ada kata x blh,fiening da.. lgpon h2b kata better xyah ukir2 tu,pki inai di hujung jari je pun dah cukup cantik,so dgr jela ckp dia,practice jd isteri(bkl) yg baik,hihi;)

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on October 17, 2011 at 12:31 PM said...

boleh pakai inai camtu, tak haram pun. inai kina simple tp cantik =)

Rilla on October 17, 2011 at 12:37 PM said...

Mula Rilla tertanya jugak pasal line tu, takpelah, inai style Kina, hehe. Cantik!

Hunny Kitty on October 17, 2011 at 1:05 PM said...

inai ai RM20 je..heheheheheh

MizaShoppe on October 17, 2011 at 1:45 PM said...

hehe..inai kina tu memang style..ade line....

Unknown on October 17, 2011 at 2:21 PM said...

salam...
Tips utk yg nak pakai inai tiub..berdasarkan pengalaman sy (pd saya, inai tiub tu tak haram...tapi kena tengok bahan dia dulu).

1. Try dulu kat mana-mana bahagian kulit yang tak perlu utk wudhu' (betis ke...lutut ke..apa2 la).

2. Bila dah pakai n basuh semua tu...biarkan kering..

3. Try gosok2 dgn jari (boleh je letak air sikit).

4. Tengok hasilnya:

Point 1: kalau inai tu tertanggal dan ada sisa2 mcm water colour tu...maknanya jangan la guna yang tu..sebab inai tu umpama mcm cat yang tak telap air.

Point 2: kalau inai tu tak tertanggal dan tak de sisa2, means boleh la agaknya...sebab warnanya dah diserap dalam kulit (macam inai serbuk/daun).

Yg paling penting kat sini, kita tau apa2 bahan yg menghalang air drpd kulit, menyebabkan wudhu', mandi hds dan pelbagai ibadah lain akan terjejas. Wallahualam. :)

blog-tips-kurus on October 17, 2011 at 2:21 PM said...

simple & sweet. :-)

Shakina Farhan on October 17, 2011 at 2:37 PM said...

thanks hazwani for the info..bakal pengantin boleh menggunkan tips ni utk memastikan inai tu telap air atau tak..nice..

Anonymous said...

ble tgk pic dekat br prasan psl garisan tu....yg pasti dlm gmbr cntik tau kina

ketawariang on October 17, 2011 at 3:40 PM said...

kak! ni la tmpt yg sama sy wat inai last year...inai die bile kering colour purple kan?tapi mmg x ingt muka auntie tu...masa tunang last year ingt nk gi kl cari auntie tu tp x smpt...buat kt JB,3x ulang ukiran tu blk kt tmpt lain sbb diorang pki inai buduhhhh sgt...geram..kot2 terjumpa die pny kad,btau eh...
ms nikah nk wat lg... :D

Schaz on October 17, 2011 at 5:25 PM said...

suke tengok pic nikah kina..sgt colorful..and ur henna design simple but nice! suke! tp sayang im going to leave kl 7 days before nikah..tak dpt nak berinai kat aunty tu..

:::yann::: on October 17, 2011 at 5:48 PM said...

hy kina..1st time drop comment nie..i berkenan sngt tgk your veil..bole bg review x about it?u made it or tempah?

OmmaHussein on October 18, 2011 at 10:29 AM said...

kina..inai tu cantek tau...mmg ada style..hehe...n henna tu simple je..suka....xserabut sangat..

Unknown on February 28, 2017 at 7:20 PM said...

Assalamualaikum

Unknown on February 28, 2017 at 7:23 PM said...

Assalamualaikum

Reem Doorgift on September 2, 2019 at 1:34 PM said...

nice sharing :)

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork