Salam
Hari ni nak review make up & fabric ring yang kina DIY..
Actually takde benda yang baru pun tapi at least ada post baru..haha
Kesian tengok blog terabai kerana kemalasan ini. Bukan busy pun.
Ok, make up kina adalah dari Kak Ipah, orang yang sama make up kina.
Masa nikah dia, masa resepsi pun dia. Cuma yang berbezanya kali ni.
Kina pergi rumah dia untuk make up. Sebab anak dia nak pegi tusyen pagi tu.
Oh ya, untuk tengok review & details pasal Kak Ipah dulu,
boleh la klik kat SINI.
Sebab rumah ibu kina & mertua dalam 3 jam perjalanan.
Cadangnya nak gerak pagi-pagi tu dengan sedara mara.
Ibu kina mintak kina siap-siap make up terus dari Kuantan.
Yela, nak upah MUA ke sana makan kos.
Nak make up sendiri tak lawa. haha.
Tambahan pula, nak konvoi dengan sedara ramai yang tunggu
di pertengahan jalan. Takde orang la nak layan make up aok tu. haha.
Selagi boleh jimat & memudahkan orang lain kina ok je.
Lepas Subuh, mandi manda, bersiap, terus ke rumah Kak Ipah.
Make up dengan Kak Ipah ambil masa 1 jam.
Kina cuma nak make up yang simple & mata avril lavigne (Konon)
Make up awal ada baik & buruknya.
Yang buruknya kita akan nak tengok cermin sepanjang perjalanan.
Bila dah tengok cermin, nampak tebal mula la dibuang sikit demi sikit.
Hahaha. Ini bukan kes make up cair tapi diri sendiri yang cairkan.
Sampai ke rumah mertua lipsticks dah tinggal nyawa-nyawa ikan.haha.
Tak kisah la, yang penting muka tu tak kusam sangat.
Ini je gambar paling dekat untuk make up by kak Ipah.
Bukan takat cermin, camera front handphone pun jadik! haha.
Nah, amek! bapak besar gambar.
![]() |
Hidung tak berapa nak mancung, pipi terserong-serong. Yang penting jerawat tersembunyi. |
Akhirnya, sebelum nak outdoor make up memang dah ciput.
Kina touch up lipstick sendiri warna coral gak. hee.
Kak Ipah pun dah cakap awal-awal nanti touch up la.
Dah la kina pegi lap2, memang la kena touch up.
Sempat jugak OP amik gambar. Sebelum nak pegi outdoor. |
Ok, cerita pasal fabric ring ni.
Kina ada buat tutorial, nak tahu lebih lanjut klik SINI.
Senang je nak buat. Cuba la.
Fabric ring yang match dengan flower atas baju |
Gambar candid: Suami sedang tolong betulkan veil. See the fabric ring? |
All photo credit to: (kecuali gambar gedabak atas sekali)
Official Photographer: Kerjagilasimol Photography
Assist by: Akmal Sungkanah
P/S: Happy birthday to me. Dah 25 tahun dah. Hee.
Usia? Hanya pada angka. : p
Usia? Hanya pada angka. : p