Salam
Disebabkan baju nikah saya tersangat simple. Takde beading atau patch lace pun.
Jadi kina rasa better pakai tudung yang lebih sarat & comel. Hee..
Kina dah lama berkenan dengan koleksi tudung & veil dari Koleksi Vispera.
Kebetulan pada masa tu Koleksi Vispera (KV) buat promosi ulang tahun ke2.
2 3 4 5 kali juga fikir nak tempah ke taknak nak ke taknak..last2 tempah juga..huhu..
Terus email Koleksi Vispera dengan details ikut format di blog KV..
Kisahnya bermula, kitorang buat janji temu di Jaya Jusco Maluri.
Nervous nak jumpa dengan kak vispera. Masa tu tak tahu nama dia..
Pakai panggil je kak vispera kan. Best je kan nama vispera tu. Unik!
Bila dah jumpa kak awe (bukan nama samaran)
Mula-mula ingat mesti dia akan pakai tudung cantik-cantik.
Macam tudung yang dia buat kan.
Macam tudung yang dia buat kan.
Kak awe pakai tudung awning warna hitam kosong je.
Dia sangat peramah, humble & simple orangnya.
Then, kitorang discuss design & warna yang kina nak..
Kina dah siap bawak contoh kain baju nikah supaya match..
Baju kina chiffon so kina nak tudung chiffon juga..
Lepas tu kina request nak bunga 3D pada tudung..
Sangat teringin nak ada bunga 3D tapi tak reti buat..
Then nak ade kristal-kristal sikit warna pink. Bukan kristal ori ye.
Tak suka tudung awning lycra. Sebab nampak dagu besar.haha.
Jadi kina nak tudung dulce. Kitorang pun pergi test-test kat toilet.
Ada 3 jenis awning. Then kina pilih yang kina suke. ^_^
![]() |
| harga promosi ulangtahun ke2 vispera |
Masa tu KV janji untuk siapkan sebelum raya.
Tapi disebabkan KV tak pernah buat design yang macam kina nak..
Jadi, terpaksa tunda sehingga selepas raya. Sebulan sebelum nikah.
Jadi, terpaksa tunda sehingga selepas raya. Sebulan sebelum nikah.
Selepas raya, tudung masih belum siap lagi. Jadi kena tunggu lagi.
Masa ni kina agak risau sebab kena tunggu tudung siap baru boleh buat veil.
Pada mulanya kina nak tempah tudung je sebab ingat nak DIY veil sendiri.
Tapi KV call cakap buat 1 set veil dengan dia dan dia sponsor separuh.
Jadi masa tu fikir ada 2 minggu je lagi nak nikah jadi terima offer KV..
KV cakap tudung tu KV letak pearl & bunga 3D chiffon baru timbul..
Dah last minute memang kina malas nak fikir. Ok je la..
Sebelum kina balik ke Kuantan, akhirnya kina dapat tudung nikah kina.
2 hari sebelum nikah kina dapat tudung & veil kina. Alhamdulillah siap juga.
Walaupun agak senteng. Tapi esok nak nikah memang tak leh adjust.
Warna sangat matching. Cuma kina rasa bunga 3D tak sesuai pada tudung tu.
![]() |
| gambar dari KV. bunga 3D pada tudung & veil. |
Jadi, tengahari sebelum nikah kina cabut 4 kuntum bunga pada tudung tu.
Then bridemaids kina Aziah tolong jahitkan pearl pada lompong-lompong tu.
Ingat nak jahitkan bunga 3D pada veil untuk banyakkan bunga tapi tak sempat.
Cuma takut sangat kalau kain chiffon tu tertarik sebab kain tu lembut.
Masa tu risau sangat ok ke tak la design ni..
Alhamdulillah, semua cakap ok. Awning tu sesuai dengan muka kina.
![]() |
| I love my solemnization veil! |
Kina sangat suka veil kina sebab panjang sampai ke lutut.
Veil juga dari kain chiffon dan warna yang matching.
Keliling veil dijahit dengan pearl bersaiz medium.
Tujuan pearl supaya veil tu jatuh takde la terbang-terbang beriya.
![]() |
| 3 Lelaki 3 Perempuan |
![]() |
| Bunga chiffon 3D warna pink utk matching dengan baju & lengan. |
Disebabkan tudung kina design baru jadi KV nak namakan tudung ni.
Vispera Kinara - Kinara bermaksud candle holder.
Bestfren kina yang propose nama ni. Sounds good. KV pun approve. :)
Untuk full set tudung & veil kina bayar RM300 di mana separuh disponsor KV.
First and last kot bayar harga tudung camni. Sekali seumur hidup. (sedapkan hati)
Ok la dari tudung RM1000 dari vendor P******. kan put? gila kan.!
Tahu kan Koleksi Vispera pernah membuat tudung untuk Anne Hot FM?
![]() |
| sweeeeet! |
Diingatkan tempah lebih awal sebab terlalu banyak tempahan. Hot gitu.
Letak tarikh perkahwinan pun awalkan ye.
Contohnya korang nikah 2 Februari bagitahu 20 Januari ke..
Kalau lambat hantar tak siap memang disaster kot. Cuak tau.
Jadi bagi bride to be yang nak tempah tudung & veil dari Koleksi Vispera.
Atau berminat nak dapatkan tudung Vispera Kinara macam kina pakai ni.
| Vispera Kinara |
Boleh hubungi Koleksi Vispera melalui :
Email : koleksivispera@gmail.com
Facebook : Koleksi Vispera
Telefon/SMS : 012-5881550
WhatsApp : 012-5881550
Skype : koleksivispera (temujanji shj)
Facebook : Koleksi Vispera
Telefon/SMS : 012-5881550
WhatsApp : 012-5881550
Skype : koleksivispera (temujanji shj)


























