1) senang nak ingat.
takde asyik lupa anniversary yang terus mengundang kepada masalah merajuk tido luar!..haha..tapi kalau dah banyak sangat makan semut baik kawen je tarikh apa-apa pun sebab tak dapat nak ingat.
2) hari jumaat.
akad nikah lebih afdal sebab hari jumaat kan penghulu bagi semua hari. tapi memang mana ada hari yang tak baik. semua juga baik. cuma nak ambil keberkatan saiyidulayyam itu lebih digalakkan.
3) hujung tahun
biasa hujung tahun ni budak cuti sekolah. tapi check kalendar 11 november belum cuti sekolah lagi. tapi seminggu lepas raya haji. tak pe semua pengunjung pun bukan semua dah kawen ada anak. lagi pun kenduri kan weekend. time cuti sekolah baik dorang pergi melancong ke sunway lagoon ke..hihi
4) 14 Zulhijjah 1432
kita patut tengok dari sudut tarikh bulan islam. (saya tak nak pula bagi tazkirah lebih-lebih sebab ilmu pun tak cukup). Tapi ingat 14 zulhijjah jatuh bulan haji. so check it out la kot-kot parent pergi haji. sedara mara pergi haji tak balik lagi ke..Semua bulan baik untuk bernikah..^_^..nikah itu menyempurnakan ibadah kita..
HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.
01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.
02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.
03hb: Hari yang tidak bagus.
04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.
05hb: Hari yang tidak bagus.
06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.
07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.
08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.
09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.
10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.
11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).
12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.
13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.
14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.
15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.
16hb: Hari yang tidak bagus.
17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).
18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.
19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.
20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.
21hb: Hari yang tidak bagus.
22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.
23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.
24hb: Hari yang tidak bagus.
25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.
26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.
27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.
28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).
29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.
30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.
Kesimpulannya jangan lah kita memilih tarikh dengan mengganggap tarikh tu keramat atau tidak baik. Untuk mendirikan masjid itu satu niat yang baik. Hai, nak kawen tu kawen aje la..hehe..Cuma ia bergantung kepada setiap individu dan apa sebab musababnya. Jangan pula sampai terpesong dari akidah dengan mempercayai perkara khurafat. Wallahualam. (kan da jadi ustazah kat situ)
DUIT = Doa + Usaha + Istiqamah + Tawakal
gambar hiasan semata-mata |
source: carigold
17 lovely comments:
Entri yang sangat bagus dear :D suke
jangan lupa jemput nora yer hehehehe good info =)
insyaAllah..kat kuantan je kan..:)..lambat lagi..hehe..tq sebab sudi singgah membaca..:)
assalamualaikum shakina.
nak minta izin copy info ni boleh?
bagus sebagai panduan untuk kerja-kerja yang lain juga. sy link kamu ye.
all the best babe in ur preps :D
syahira : wslm w.b.t, for sure dear..sharing is caring..:)
hazlynda :tq hazlynda..:)
x sangke shake sudah meneliti dr plbagai sudut..nyway congrats both of u~
insyaAllah, moga bukan shj tarikh tu cntik, malah diberkati dan direhdai majlis kita.. itu yg kita mahu kan...
all d best in your preparation.. enjoy the journey to become a wife!
p/s: bila nk pinjam mjlh Pengantin? hehee
syaz: tq!
miha:insyaAllah, miha..bila la dpt jupe lg..
perfect! tengs for share :)
@miera momo chan u welcome miera..;)
kina..
eyza amek yg tarikh ikut islam tu...
nk kongsikan di blog..
ok yer...
hrap2 tak marah..
huuhu..
kina....
farah nk tny smethg..
huhuhu...
tarikh yg kt ats tu,
cmne??....
mknenye 1hb tu ikut bulan islam cm gini ke...1 rejab...pastu, 2hb = 2 rejab...gtu ek???..ke cmne??..
nti shout kat blog farah k..thanx dear..
mohon share....
kina, kita share entri ni kat fb B2B ya..
As salam. boleh sy tau dr mn dpt sumber tentang hari2 yg baik ni? tk
ieta: source ade sy tulis dari carigold..tp seperti perenggan yg akhir semua hari pun boleh kawen..no worries..
Post a Comment