Jom bayar zakat fitrah..Beli baju raya mahal-mahal zakat fitrah jangan lupa bayar ok..Renung-renungkan & selamat beramal
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Ape syarat wajib yang mewajibkan orang bayar?
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya. | |
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari. | |
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya. | |
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan. |
Niat Zakat Fitrah
“Inilah wang sebanyak RM…… sebagai menunaikan Zakat Fitrah yang Wajib ke atas diri saya (dan mereka yang dalam tanggungan saya) pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.”
Kadar Zakat Fitrah bagi tahun 2010
Perlis ~ RM 6.00
Kedah ~ RM 7.00
Pulau Pinang ~ RM 7.00
Perak ~ RM 7.00
Selangor ~ RM 7.00
Negeri Sembilan ~ RM 6.50
Melaka ~ RM 6.50
Johor ~ RM 5.00 / 7.50 *
Pahang ~ RM 7.00
Terengganu ~ RM 5.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan ~ RM 7.00
Sarawak ~ RM 5.20
Sabah ~ RM 6.80
Wilayah Persekutuan ~ RM 7.00
Kedah ~ RM 7.00
Pulau Pinang ~ RM 7.00
Perak ~ RM 7.00
Selangor ~ RM 7.00
Negeri Sembilan ~ RM 6.50
Melaka ~ RM 6.50
Johor ~ RM 5.00 / 7.50 *
Pahang ~ RM 7.00
Terengganu ~ RM 5.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan ~ RM 7.00
Sarawak ~ RM 5.20
Sabah ~ RM 6.80
Wilayah Persekutuan ~ RM 7.00
*beras wangi
Jadi, bagaimana? Bersedia menjelaskan zakat fitrah anda dengan SMS? Caranya mudah sahaja….Topup no CELCOM anda cepat2..Tak kira anda di mana boleh je bayar ke mana-mana negeri..Tapi bukan semua negeri boleh bayar pakai SMS ni..
Contoh:
1) Taip FITRAH
(Nanti akan ada balasan arahan selanjutnya)
2) Sila taip A1 (RM7) dan hantarkan ke 21999
3) Balas dengan nama dan no. I/C, dan bilangan orang…contoh: Ali bin Abu, 801221102552, 5
4) Anda akan dapat balasan LAFAZ dan balas YA atau TIDAK dan hantar ke 21999
5) Anda akan dapat resit bayaran melalui SMS…
p/s: Caj untuk menghantar dan menerima SMS adalah PERCUMA.
http://www.e-zakat.com.my/
http://www.e-zakat.com.my/baru/sistem/berita2/baca.asp?idno=624
2 lovely comments:
good info..baru nak bayar..
info yang menarik =)
Post a Comment