KaWaN - KaWaN JoM kIte PuAsE 6

Hai Hai Hai...Assalamualaikum w.b.t

Kali ni encik pudin want to share with all of you tentang puasa 6 hari di bulan syawal yang indah ini..Hehe...

Moh kite tengok ape sebenarnya yang terkandung tentang puasa 6 ni yuk -:

Hukum

    * Hukumnya sunat
    * Maksudnya kalo buat dapat pahala dan fadhilat-fadhilatnya....tapi kalo tak buat macam mane?? hehe..kalo tak buat tak ape...tak salah pon cuma tak dapat la fadhilatnye..
    * So, better buat kan...dapat tambah pahala kita..insyaAllah..lagipun perbuatan2 fardhu kita akan disempurnakan dengan perbuatan2 sunat macam puasa ni.

Niat

Niat untuk puasa 6 ni macam mane yep...sama macam pose sunat hari isnin dengan kames ka??hehe..jom kite tengok ek camne niat die yep...
    * Niatnya mudah sahaja...dalam bm la senang kan..
" Sahaja aku puasa sunat bulan syawal esok hari kerana Allah Taala"

 وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Boleh Ke Nak Puasa 6 & Puasa Ganti Serentak?

Macam mana ni..boleh ke kalo nak puasa 6 dan pada masa sama puasa ganti sekali....boleh tetapi lebih afdhal jika diasingkan antara puasa ganti dan puasa 6.

Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah RA ialah beliau tidak melakukan puasa qadha’ pada bulan Syawal, malah menyempurnakan puasa sunat syawal sahaja dan menghabiskan puasa qadha’nya di bulan-bulan lain.

Jadi boleh mendahulukan puasa sunat daripada puasa wajib. Ini kerana puasa qada’ walaupun dilakukan pada bulan-bulan yang lain tetap mendapat 10 kerana ia adalah puasa wajib ramadhan yang diqada’. Tetapi puasa sunat 6 hari syawal hanya boleh dilakukan pada bulan syawal. Tapi bagi orang yang sengaja meninggalkan puasa di bulan Ramadhan tanpa keuzuran memang confirm tak dapat fadhilat puasa setahun walaupun dia qada. Tapi dia tetap wajib qada puasanya.

Ada juga pendapat baik qadha dulu mana tahu esok lusa dah tak bernafas..qadha itu wajib..

Ulama’ berselisih pendapat dalam masalah ini. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh.

Jadi apa kesimpulannya...........
Jika kita nak gabungkan puasa pun tak salah, atau nak buat asing pun lagi bagus sebab puasa 2 kali. Jika anda tanya pendapat saya, saya lebih suka dengan cara Aisyah r.a. seperti di atas.
Sebaik-baiknya asingkan puasa qada dan sunat bagi mengambil jalan selamat.



Fadhilat dan Kebaikan Puasa Enam

“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” – Hadith Riwayat Muslim

    * Puasa ni juga perisai kita kan..sebab ape..sebab puasa boleh menghalang kita dari maksiat di dunia dan perisai dari api neraka di hari akhirat nanti.

    * Pelengkap dari puasa ramadhan

    * Menyediakan sistem pencernaan (dah tentunya masa raya kita melantak macam-macam kan? perut pun terkejut beruk kot..)

    * Tidak terputus amalan di bulan ramadhan

    * Tanda syukur kita bagi rahmat bulan ramadhan

      
Last but not least...renung2kan yep kawan-kawan sume..jom berpuasa esok..insyaAllah cik kina puasa esok =) encik pudin da start puasa hari ni...

Wallahualam..

Renung2kan dan selamat beramal...


" Insan yg cemerlang datangnya dari hati yang bersih dan jiwa yang tenang "


Rujukan yang lebih lanjut -:

1. http://secretwhisper.net/2010/09/hikmah-puasa-6-di-bulan-syawal/

2. http://www.al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=99&t=39687

3. http://soaljawab.wordpress.com/2007/10/17/puasa-qadha-puasa-enam-syawal/

4.http://ron7.net/2010/09/boleh-tak-gabung-puasa-6-sekali-dengan-qada-puasa/

4 lovely comments:

Ali Nasyran on September 21, 2010 at 2:16 AM said...

jom kita sama2 pose 6..besar ganjaranya :)

Unknown on September 21, 2010 at 8:33 AM said...

yeah..insyaallah i pn plan dgn en tunang nk pose nextweek..this week xbleh kne outstation.so xbleh le nk pose straight kn..huhu

♥♥ eija ♥♥ on September 21, 2010 at 9:24 AM said...

jom hehe..
saya dah habis 3 hari hehe
ada lagi 3 hari jer lagi

~ mizzAmy ~ on September 21, 2010 at 11:26 AM said...

thanks for sharing. btw, plan nak puasa 6 hari nie tapi pepagi dah semput sebab pergi gym. esok insyallah nak puasa. ;)

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork