Mampukah kita?

Salam 
Isu hangat hari ni bila mufti perlis memberi pandangannya..
pendapat..tapi bukan jatuh haram atau berkuatkuasa lagi..
subhanaAllah..cantiknya rumah Allah

Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama

Ala..bukan nak tiru tapi nak ambil berkat masjid je..
Majlis akad nikah di masjid sememangnya baik kerana ia dapat melestarikan fungsi sebenar masjid sebagai pusat Ummah yang mana tidak hanya sekadar berkisar pada ibadah khusus sahaja.  Tetapi  menjaga adap² dan kesucian Rumah Allah swt perlulah dipatuhi.   Ini kerana seringkali didalam majlis akad nikah kita dapati banyak perkara² yang tidak wajar di lakukan di dalam masjid.

Biasa untuk majlis kegembiraan itu, kita gagal mengawal emosi yang memuncak apa lagi kerana disitulah bertemunya kaum keluarga kawan taulan  berkenal kenalan dan tentunya berbagai cerita² riuh rendah terjadi.  Kata ustazah saya, kita tidak  boleh bercakap hal dunia di dalam masjid.   Majlis yang meriah dengan senda gurau tepuk tampar juga tidak menjaga tertib berpakaian sebagai seorang Islam.  Belum lagi bab mengata mengumpat kain baju pengantin warna tak sedondon, pengantin lelaki tak handsome, kasut tak berkilat, muka tak berseri, andam tak cantik..huwaaa……. berkat hilang ke mana !- kujie
lepastu orang pun bertepuk tangan..dalam masjid ni..ingat ni gereja? u may kiss the bride..huhu

Macam mana nak bagitahu tetamu supaya jaga adap dalam masjid?
Sepatutnya sebagai orang Islam kita sendiri patut dah tahu..
Bukan mudah jadi, baik tak yah buat..

Kina pun dulu nak buat di masjid..masjid cantik..nak ambil berkat..

Tapi bila pikir balik mampu ke aku nak suruh semua tetamu ikut adap?
Mampu ke kita tutup mulut tetamu dari hal dunia?
Aku pun kalau tunggu waktu jemaah cakap pasal dunia..
Aku pegi masjid untuk sembahyang pun jarang-jarang..
Masa kat kolej ada la satu dua kali..pastu masa terawih..

Ok, tak nak cakap banyak sebab sendiri pun masih terlalu banyak naifnya..

Kita tunggu la pihak berwajib terangkan..
Sebenarnya banyak lagi benda yang kita buat tapi tak boleh..

Termasuk la kina sendiri..huhu..(ashame of u kina)
Rasa bersalah tapi nak jugak buat..=.='

Tepuk dada tanya iman.
Just my 2 cent.

25 lovely comments:

Anonymous said...

yup, sbnrnye ade maksud lain yg mufti tu cuba nak sampaikan kot. Bkn sbb tiru penganut kristian semata2 tp lbh kpd tu mcm yg kina sampaikan.

~ NANA ~ on March 21, 2011 at 12:34 PM said...

terbaca kat blog sape tah pasal ni...fuh nasib baik i buat kat umah...tp tu la, kekadang tetamu ni dtg sexy, yg freehair pon ade...sepatutnye diorang hormat la sket masjid kan? pernah jadi hal camni kat masjid kawasan umah i & now masjid tu tak kasi dah buat akad nikah kat situ...

LisaLisut on March 21, 2011 at 12:35 PM said...

huhu.i rs dh penah komen byk kali jugak pada mereka yg pondering nk buat di rumah or di masjid.huhu.semua yg kina tulis tu semua betul.kita tak mampu nk tutup mulut org lain blablablkablablaa.

so rumah adalah jawapan yg better.tapi tulah kantepuk dada tanya selera tanya bajet.(eh bajet masuk ke haha)joking k.monday blues..

lovelyadibah on March 21, 2011 at 12:36 PM said...

hurmm...kiranyer mmg dh xleh nk wt akad nikah kt masjid??

LisaLisut on March 21, 2011 at 12:36 PM said...

(tetiba rasa scary tgk rmbut krisdayanti tu masa nikah.adat indon kan mekap cmtu.ngahaha)terbyg hantu citer indon.hohoh.ampun!

Lyana MK on March 21, 2011 at 12:39 PM said...

uik!! over kot bercium begitu dalam masjiddddd~

Basyirah Abd Rahman on March 21, 2011 at 12:50 PM said...

bagi basyi, buat di mana2 pun tidak mengapa. masjid, rumah, hatta di surau sekalipun. Akad nikah adalah suatu majlis yang menyatukan dua hati di dalam sebuah akad yang bersaksikan Allah taala. Dalam hal penyatuan itu sendiri, yang menjadi utama adalah 5 perkara. 1) suami 2) isteri 3) wali 4) akad 5) saksi.
Jika ke5-5 rukun ini lengkap maka akan sahlah menjadi suami isteri. Perkara yang mulia ini, dasarnya adalah suci, maka pelaksanaannya juga haruslah seiring dengan matlamatnya. Pengantin, keluarga, sanak saudara, rakan taulan, tetamu yang hadir menyaksikan pembinaan sebuah masjid ini juga haruslah menjaga perlaksanaan majlis ini agar terpelihara dari dosa2 dan maksiat. Menutup aurat dan menjaga tatasusila adalah sebahagian dari adab2 yang perlu dijaga. Jadi, pohonlah keberkatan majlis itu dengan menjaga kesempurnaan dan adab2 dari dosa2 yang mungkin mencemarkan majlis.
Wallahualam.

~ mizzAmy ~ on March 21, 2011 at 1:39 PM said...

mungkin ada benarnya kujie punya statement. tak kata org lain. amy pun pegi majlis akad nikah kawan kat masjid, terborak dan tergumpat. even, actually cuba utk behave tapi perkara-perkara mcm tuh tak terlepas. that's why seeloknya diadakan di rumah.

ct cucubi on March 21, 2011 at 2:23 PM said...

sy rs tak slh buat akad nikah kat masjid... mungkin kalau nak buat kat masjid tu.. x yahlah jemput smeua org kot.. hanya keluarga terdekat je.. org2 yg dijemput tu plak faham2 lah.. dah tahu nak masuk masjid.. kene lah jaga adab susila masuk masjid.. tp yelah.. kite dgr komen dr org yg lebih arif.. sure pasni ade kuar kat mn2 rancangan tv isu ni

caHAYA on March 21, 2011 at 2:25 PM said...

betul la niat kite na ambil berkat..tp kite ta bole na larang mulut2 org yg byk bercakap dlm msjid..so, better buat kt rumah..hehe

Unknown on March 21, 2011 at 2:39 PM said...

hari ada la 2 kali dengar kat radio sinar. tapi macam sama2. eh kat malaysia ke mana tu.. bila dengar kali kedua dengar mufti perlis.

nak tunggu apa keputusan oleh org2 yg berkuasa.

Emme Amalina on March 21, 2011 at 2:48 PM said...

thanks for the info kina... =)

saye pn teringin nak wat kt rumah.tp parents yg beria2 nak wat kat masjid.betul jugak ape yg kina ckp 2. kalau bising2,tetamu yg free hair, termengumpat, termencaci mase kt dlm masjid 2 rasenye mcm da lari dari tujuan sbnr kite nak adakan akad nikah kat masjid. ape2 pn terpulang pd masing2 kn...cume bile wat kat masjid kite sebagai pengantin cume boleh berharap yg tetamu pun akan menghormati tempat ibadah 2.. =)

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on March 21, 2011 at 3:49 PM said...

pergh..ciap comolot... 0__o batal posa den..

amal salleh on March 21, 2011 at 4:34 PM said...

hurmmm *fenin* brcaadng2 nk wat kat msjd..kat tnh kelahiran mmg da xbley mengikut kata baginda sultan..

farahfatihah on March 21, 2011 at 5:41 PM said...

apa2pun niat kena penting kan...kalau nikah kat masjid tp buat mcm kat funfair, mmg xsesuailah kan...

en.kayrul dn cik nadua on March 21, 2011 at 6:11 PM said...

kami plan nak nikah kat surau since rumah saya kecik. bila baca pasal ni, terfikir banyak kali. wedding next month,xsmpi sebulan lagi.camne ni :(

Shakina Farhan on March 21, 2011 at 6:45 PM said...

kasut pink: iye..mungkin kes krisdayanti ni buatkan mufti perlis mmbmbuat pernyataan bgitu..

nana: mesti lepas ni makin byk masjid yg xbg buat kat masjid die kn..

lisa: mmg scary!haha..mmg mcm cite hantu..betul tu..kina rasa buat kat masjid budget..xkena bayar pape..tapi kina xtau la masjid lain kena bayar..

lyana: mmg over!

basyi: betul tu..kina sokong..

amy: kina pernah pegi sekali je kat masjid..mcm termengumpat jugak..huhu..;(

kak kerol: great idea! betul tu..kl ramai mula la akan jadi haru biru..

cahaya: seelok2nye kan..

lind: kina pun xsbr nk tggu jakim ni..

mizzunderstood: dulu kina yg nk buat kat masjid, parent kat rumah..skg mule terkedu..haha..tp xkisah la mana2..

maera: haha..aip!

cheqmoomoo: kl xnk buat kat umah,buat kat dewan pun boleh..hehe..

FF: kan.betulkn niat..jge la adab..

kayrul & nadua: pd kina teruskan je..yang penting kena jge adb..doakan semua berjalan lancar..susah tu nk tukar last minute..jgn pening2 ye..

fitria on March 22, 2011 at 9:12 AM said...

sokong pendapat kina comel... :) b4 ni tak pernah terpikir.. adeh naifnye driku.. huhu..

Unknown on March 22, 2011 at 9:15 AM said...

mia kahwin di perlis..mia tau ttg isu tue....tue sebabnya mia wat di rumah ms nikah ari2...phk masjid menggalakkan kami wat di rumah..boleh nk wat di masjid, tp kena jaga adab...

miss harti on March 22, 2011 at 10:04 AM said...

Kalaulah semua orang amalkan islam secara sempurna, kita pun tak perlu risau orang akan termengumpat ke, termencaci ke, tak jaga adab masjid ke kan?

masalahnya ramai yang mengaku islam tapi tak faham pun seorang muslim tu sepatutnya macam mane.. maka wujudlah masalah2 yang memeningkan kepala macam ni huhu..

Hidayati Farhan on March 22, 2011 at 10:20 AM said...

mmg awl2 xnk wat kat mesjid sbb nikah kat dewan dia tu kena dok kusi. hoho xmo. mcm nk print ni bg kat kadi supaya dpt nikah kat umah. hehe

Liyana on March 22, 2011 at 10:24 AM said...

nsb baik dah plan mmg nk nikah kt rumah je... :)

Hani Sabrina Zulkafli on March 22, 2011 at 11:01 AM said...

kalau di kedah, akad nikah hanya boleh dibuat dimasjid rasanya.

Apa yg kina sebut di atas benar ada berlaku. tp sy cuba melihat dari sudut berbeza. Sebenarnya kesalahan perkara-perkara tersebut bukan sebab dibuat dimasjid, tp sebab perkara itu sendiri yang salah. cth mengumpat. Allah sebut, mahukah kamu makan daging saudaramu sendiri? ini diibaratkan kepada mengumpat. samada di dalam masjid atau di dalam rumah, salahnya tetap sama. cth lain tak menutup aurat, samada di masjid atau di rumah, kedua-duanya salah. kan?


dan bila pikir gini, nampak kelebihan buat di masjid - sekurang-kurangnya kita ambil peluang utk ajak saudara-mara, sahabat handai yang mgkin ada sedikit krg faham bab aurat, jaga bahasa ini ke masjid. dan kita pun boleh beri penerangan ttg adab-adab di masjid dan kewajipan as muslim pre-event atau mntk kepada tok imam includekan sebelum khutbah nikah. kan? Allahurabbi, indah pulak rasa. sebab dapat mulakan hidup baru dgn dakwah/peringatan ringkas utk manfaat semua yang hadir time tu :)

Elya Roza on March 22, 2011 at 11:22 AM said...

aduh..mcm mana nk buat kat umah....umah kecik...nak buat jamuan pun susah...huhu

Fazlina Zainudin on March 22, 2011 at 12:41 PM said...

kina, such a gud info :)

yeah betul tu, ade stgh imam yg aware pasal ni..for example, utk mengelakkan tetamu2 yg hadir dlm surau masjid, mengata pasal pengantin or bercakap hal dunia, they prohibit pihak family dr bwk barang2 hantaran..

tp taktau la nk ckp kn, myself sendiri pun naive n masih jahil lagi, :(...kadang2 kita pun lupa kan pasal suma tu..

anyway, kita ikhlaskan hati, nikah di masjid untuk mendapat keberkatan, di mana, masjid adalah tempat suci, yg ramai org beribadah didalamnya.. :)

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork