Update contest pencarian OP

Salam

Hari ni kina nak update contest pencarian Official Photographer untuk majlis bertandang nanti..
Sebenarnya tujuan contest ni adalah nak tunjukkan simbiosis..amboi..mentang-mentang dulu student biologi kan? haha.. Contest ni kira win-win situation.. Saling tolong menolong..

Kina tolong anda, anda tolong kina..(bunyi skema je)..tapi betul..dapat pahala tu saling tolong menolong..:)

Untuk cara penyertaan: Boleh klik dekat gambar kina & pudin kat belah kanan ni --->

Sememangnya contest ini untuk mencungkil bakat wedding photographer yang baru..
Tapi yang tak berapa nak baru pun boleh join..No problem..
Tak dinafikan industri ni semakin rancak berkembang kan?
Who will be the next top photographer?
Haha..terpengaruh dengan America's Next Top Model..

Masa mula-mula nak buat contest ni, kina terfikir ada ke yang nak join?
Kina tanya pudin..dia memang ok aje..tanya rakan-rakan blogger yang rapat, semua support..
Tapi memang tindakan berani la buat contest macam ni..dibuatnya takde yang join? malu bertepek-tepek.ahaha..


Alhamdulillah..sekarang sudah ada 7 peserta contest pencarian OP kina ni..
bukan 1 tapi 7 photographer sudah..
Semua hebat-hebat gambar yang dihantar..tapi kina tak tunjukkan..sebab kina akan publish gambar pemenang sahaja..walau bagaimanapun yang tak menang kina tetap akan letak link anda di ruangan Photographer & Videographer kat belah kanan di penghujung contest..
Terima kasih atas penyertaan semua,
  • Ada yang kina pernah mintak quotation
  • Ada yang kina pernah jumpa depan mata
  • Ada yang memang saje masuk untuk support contest
  • Ada yang bekerja dengan salah seorang photographer terfamous di Malaysia
  • Ada yang nak mengasah bakat lagi
Macam yang kina pernah cakap sesiapa pun boleh join ye..
Tinggal lagi 5 hari sebelum semua peserta diadili..InsyaAllah, kina ada 3 orang juri..memang kina take this serious..ada banyak kriteria yang akan dikira..sesiapa pun boleh menang..:)..heh..nervous plak kan..

Hadiah berupa : RM500 + Pengiklanan percuma (Bernilai RM1200) + Reviews (Nampak s kat situ, maksudnya kina akan promote pemenang tu banyak kali)

*Transportation memang kina tak support: sebab kalau pemenang tu dari Perlis ke Sabah ke tak ke naye nak ke Pahang ni..

P/S: Iklan kejap..siapa nak coklat untuk hantaran free bleh join sini..



11 lovely comments:

Unknown on December 6, 2011 at 4:59 PM said...

kina, nora nak vote boleh? :D

BTS on December 6, 2011 at 5:07 PM said...

nice way..what a win win and good luck

Rilla on December 6, 2011 at 5:19 PM said...

Hiki2, Nora menawar diri jadi juri. Bertuah lah sapa yang menang tu nanti.

Shakina Farhan on December 6, 2011 at 5:34 PM said...

nora: nak jadi juri ke?hahaha..

blogtilldrop: thanks ya!

rilla: insyaAllah..bertuah..hehe..

puteriraifana on December 6, 2011 at 5:38 PM said...

20% vote BBP lah dear! hikhik. vote gambar tanpa tau OP.. hee...

Shakina Farhan on December 6, 2011 at 5:48 PM said...

put: menarik idea tu! tp kena buang watermark supaya xtau sape photographernye..hehe..

Nurul Izayani on December 6, 2011 at 7:46 PM said...

terbaik la kina..x saba nk tau spe pemenang nya..

Nuha hayati on December 6, 2011 at 9:11 PM said...

nervous plak nak tunggu sape yang menang nanti. can't wait!

Miss Pija on December 6, 2011 at 9:32 PM said...

good luck kina...7 tu..kira byk jgk...;)

farahD on December 8, 2011 at 1:31 PM said...

kina tau comment ni out of topic sikit tp nk minta u review pasal my digital collage posters =) since u pun byk buat review...i hope u dont mind =) since this is new..so wanna get a market for it =)

www.scrapaperclip.com

thanks darling...btw if u nk buat apa2 on the post just let me know, I am all happy to help you out =)

ka-ii on December 19, 2011 at 4:15 PM said...

wow xsangke bole wat pertandingan mcm ni..

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork