Contest: Wow!Free outdoor by Ahmad Fairus!


Photos by Ahmad Fairus : Enjoy Free Outdoor with AHMAD FAIRUS .. everyone can get the chances!!
Hadiah bernilai RM1999 tu!!!!!
Berminat nak join & tahu lebih lanjut tentang syarat penyertaan?
Mari click sini & like fanpage Ahmad Fairus di Facebook!
*Ini adalah Sticky Post sehingga 31 Mac 2011*
Post terbaru kena tengok kat bawah ok..


Assalamualaikum..sebelum kita mula, lets watch this..(in slow motion)


kisah hadiah best from shakina on Vimeo.

Terima kasih kepada Doremon & rakan-rakannya..
Siapa yang tak teruja kalau Ahmad Fairus yang capture
gambar-gambar kita? Apa? Tak kenal Ahmad Fairus?Siapa?


Info menarik mengenai Ahmad Fairus
  • Nama: Ahmad Fairus bin Mohammed Noor.
  • Antara wedding photographer terbaik di Malaysia.
  • Pernah merakamkan gambar perkahwinan ramai artis di Malaysia.contohnya: Syura, Lisdawati, Nadia Mustafa dll.
  • Suami kepada pemilik Rumah Kebaya Malaysia.(betapa cantiknya kebayanya bisa membuat saya menggigit jari)
  • Orang kuat MyPhotographer.com.my
  • Bukan sahaja aktif di Malaysia tetapi juga di Indonesia.

Kalau dah tengok gambar hasil tangkapan Ahmad Fairus,Kita dah tak perlukan storyteller untuk menatap gambarnya.
Tak percaya? Mari kita lihat 5 gambar dari Ahmad Fairus!
super creative bukan?

dunia umpama milik raja sehari

gambar puan zaila (blogger) & suaminya sgt unik!

oh..speechless

buat kita tertanya-tanya ni kat Malaysia ke?
Tell me which photo you like the most?
Kalau tanya kina, semua gambar kina suka!

Kenapa semua orang kena join contest ni?


Mestilah kerana hadiahnya yang best!
Super Professional Photographer tu!
Tak pandai posing macam kina ni pun boleh!

- Setiap bulan akan ada 1 PEMENANG dan ia akan dihubungi langsung tanpa diberitahu di blog
- Untuk 3 BULAN AKAN ADA 3 PEMENANG,dan anda akan di offer konsep tertentu bagi menghasilkan gambar terbaik untuk anda
- EKSLUSIF – AHMAD FAIRUS sendiri akan edit gambar anda dan akan di publish di blog dan juga fan pages.
Total setiap seorang bernilai RM1999 ( untuk outdoor | Pre / Post Wedding Konsep )


Tarikh Tutup: 31 Mac 2011


BEST KAN?

WHAT SAY YOU?


Warna tema bertukar kerana warna baju

Salam 
Dalam banyak-banyak mende 
warna baju akan jadi penentu tema & konsep kan?

Yes, dah terjadi pada kina..hehuha..
I'm dying to wear white or off white or sewaktu dengannya..
Kalau baju putih decoration, pelamin khususnya..
Macam-macam campuran warna pun boleh..
putih silver mengancam betul. source: syokkahwin
Sangat-sangat suka tengok pengantin pakai warna putih..
Warna cream atau champagne pun nampak eksklusif..
tapi..tapi..

Kina dah try pakai baju putih & cream..nampak gemuk gile..
Ok, nampak berisi sangat je..putih memang bagi impak berisi..
Oleh kerana tak nak menerima kenyataan ilusi berisi..cecece..
Warna tema telah bertukar disebabkan warna baju bertukar..

Warna ni kina takde la minat sangat..
tapi pakai terus nampak slim..
Ok perasan! 
tapi nampak cerah plak..
ok perasan lagi..hehe..
Now, kina akan pikir pasal dark dramatic purple je..

Betul..Warna baju bersanding kina adalah...
Dark dramatic purple!  
(buat masa ni la..haha)
Sedang memikirkan warna padanan yang sesuai..
Warna pelamin yang sesuai..
Berkira-kira nak ngam kan dengan pink atau pun silver..
Tak boleh nak berpikir lagi..
sweet tapinye scary tak cake warna purple? source: weddingcakespictures
Oh baju berwarna putih..aku merinduimu & menyanjungimu..
tapi terpaksa mengucapkan selamat tinggal 
kerana dark purple akan menjadi bestfriendku..
nora tu suke la tu kan dengar purple..

Say Hi to Jellies and Marshmellow!

Salam

Lupakan cupcakes & macaroon..
Padahal diri sendiri tak pernah makan macaroon kan..
Sape nak belanja kina macaroon?hehu..

Ok..back to the topic..
Say hi to jellies & marshmello!



All pictures credit to Bompass and Parr & The Wedding Decorator

Kina suka jeli!
Bukan sebab comel semata-mata..
Murah pun murah..Sedap pun sedap kan..
Berkira-kira untuk buat corner khas di majlis anda?

Jelly & marshmellow boleh membantu..cecece..
Boleh menggantikan cookies corner atau candy bar kan..

Tapi perlukan orang untuk maintain..
Yela, jeli kan macam belengas dan berair gitu..
Kalau dewan yang sejuk mungkin applicable..

Cakap tentang marshmellow. Sape suke marshmellow?
Tahukah anda tak semua marshmellow dijamin halal.
Takut ada gelatin yang kita tak boleh makan..

Tapi kina ada jumpa satu website ni.
Dia adalah company pertama yang dapat sijil halal. So kita takde la was-was kan..
ice cream shape!

flower yang cute

i heart the most!
Boleh buat doorgift juga kan..
Haish..comelnye..geram nak makan..jangankan budak2, mak budak pun berebut ni..haha..

Persoalan baju sewa atau beli?

Salam
Ada yang bertanya pada kina..
Nak sewa atau beli baju-baju untuk majlis perkahwinan?
Pada kina semua adalah bergantung selepas menjawab persoalan-persoalan ni.
Pada pendapat kina bila da jawab baru boleh tahu jawapannya.
  1. Budget anda?
  2. Majlis apa? Nikah? Sanding?Bertandang?
  3. Kegunaan baju tersebut?
  4. Kalau nak sewakan ada ke yang nak sewa nanti?
Kalau kina, jawapan kina adalah seperti berikut:
Pastikan setiap jawapan ada reason kenapa.
Kina juga mengambil masa berbulan untuk pikir balik tentang ini.

Ini jawapan dan reason kina. Lain orang lain pendapatnye.
1) Budget anda?
  Budget sederhana sahaja jadi ada yang sewa ada yang tempah.
Kalau budget tinggi boleh tempah semua..
Kalau budget nak lebihkan pada tempat lain contohnya doorgift, deco atau yang lain, 
sewa je semua dalam package. Tapi ada juga yang sewa lagi mahal dari tempah..
Tepuk poket tanya duit ya...hehe

2) Majlis apa? Nikah? Sanding?Bertandang?
 Nikah: Tempah 
Reason: Mahu simple dan buat kenangan detik bernikah tu sendiri.

Sanding : Sewa 
Reason: Mungkin sebab package atau pun sebab dah suka baju yang dah ada. 
Atau pun menang contest baju free..hehe..

Bertandang: Tempah 
Reason: Bertandang kina 2012, nak yang simple dan boleh pakai pergi majlis.
Masa tu budget dah bertambah sikit..kooot..haha..

3) Kegunaan baju tersebut?
Boleh pakai pergi majlis kahwin atau dinner.
Adik kahwin nak pakai yang sama je..haha..ada ke adik yang nak?

4) Kalau nak sewakan ada ke yang nak sewa nanti?
Ini soalan yang penting jika mahu sewakan. 
Ya, kalau dapat sewakan pasti pulangannya 
boleh cover balik nilai wang yang telah dibelanjakan.
Kalau warna baju anda putih misalnya,
kebarangankalian untuk orang sewa ada banyak. 
Juga bergantung kepada medium yang anda gunakan. Blog?Facebook?
Baju nikah kina mungkin tiada yang akan menyewa sebab warna warni..haha..
Harap membantu yang masih terpikir nak sewa atau tempah baju kahwin.

Harga Special untuk Pekerja Kerajaan!

Salam

Wahai pekerja kerajaan..ada berita gembira buatmu..
Bukan tambah elaun kola atau elaun makan..haha..
Tapi berita ini berita baik untuk pekerja kerajaan yang nak berkahwin..

Kina tahu pekerja kerajaan baru dapat gaji kan2?
Kina tahu jugak ada diskaun kalau booking hotel kan?
Banyak la kelebihan pekerja kerajaan ni..

Now, why not use this 10 days to get discount 
klik untuk lebih jelas


Bermula hari ni 25 Mac hingga 3 April 2011.
Pekerja kerajaan boleh buat appointment dan booking dalam 10 hari ni..
Anda boleh dapat 20% discounts untuk sebarang penyewaan baju dari RKM.

PIHAK RKM TIDAK AKAN BERIKAN
HARGA DI EMAIL,SMS atau CALL DI SEPANJANG PROMOSI INI.

Oleh itu, buat appointment ok.
Camne nak pegi RKM lepas buat appointment?
Map ada dekat sini.
Cuma tunjuk id pekerja korang sebagai bukti dah dapat enjoy 20%..
20% tu banyak ok! Memang sangat berbaloi dengan baju yang cun.

 Bertuah orang keje gomen ni..kina pun gomen walaupun bukan tetap lagi..hee..
Ha, kalau tunang korang kerja kerajaan pun gunakan peluang ni ok!
Ayuh buat appointment sekarang..kina pun da buat appointment Sabtu ni.

Lagi berita baik. baca pesanan dari RKM kat bawah ni.
    Di RKM,kami memfokuskan KEBAYA yang mempunyai FULL BEADDING dan juga REKABENTUK TERKINI dimana anda juga boleh memilih lebih dari 50 Kebaya yang kami ada.Ada juga dari saiz XS hingga XXXL.Kami juga mempunyai pilihan warna yang bermacam.Anda boleh datang dan lihat sendiri keindahan Kebaya yang kami hasilkan.

 Untuk semua saiz ye, bukan saiz model je..suke2..
>_<
Nak tahu lebih lanjut tentang promosi ni klik sini.



Banner Pahang b2b was here

Salam 

Korang pernah tak tengok orang tulis dekat batu ke pokok ke..

Ali was here

Sekarang Pahang bride to be plak was here..
Menyahut semangat negeri perak lala & eija..

Ok tak banner untuk Pahang B2B ni?
Simple aje..huhu..yeah..anak tok gajah..


Petunjuk: 
Kalau perasan ni adalah ilham warna bendera pahang..
Bentuk pun bendera pahang..
Crown tu mewakili raja & ratu sehari..
Warna biru tu sebab kina suke biru..bleh kan? pliz..
Haha..kalau korang nak tukar warna pun boleh..

Aok bukok paint, amek tool pen pilih je kaler..
Ok..? Cool..

exB2B & B2B pahang sekalian boleh la nak tepek jugak banner ni..
Tapi apa-apa negeri pun BBF tetap BBF yoo..
Tak sabar nak pegi gathering BBF!

Yes to Rumah Kebaya Malaysia!

Salam

Suka nampak elegan & eksklusif?

Suka jahitan yang tersusun kemas?

Suka beading yang penuh & cantik?

Suka baju mengikut trend terkini?

Suka servis vendor yang tip top?

Suka affordable price?


Macam tak percaya semalam kina berkesempatan untuk 
jumpa dengan two big name dalam industri perkahwinan..
Ahmad Fairus & isterinya Pemilik Rumah Kebaya Malaysia (kak sitti nur)

Mula-mula kina setkan appointment by email je..
 Cepat je dapat balasan dari RKM.
email: tanya@rumahkebaya.com.my
atau nak call ? tel: 0172089044

fact: mereka pernah ada appointment dengan customer pukul 2 pagi!
sungguh kental nak jumpa customer time-time gitu..huhu..




Ahmad Fairus sangat cool, humble dan sporting..
Kak sitti pula sangat comel dan friendly persis pelakon sinetron cantiknya..
Seyes mata kina tak berkedip rasa masa tengok dia..comel bangat!

Kina cakap servisnya tip top sebab kina tak rasa tak senang pun.
Kina boleh mengutarakan apa yang kina nak..
contohnya kina nak warna apa, nak yang labuh yang pendek..
kak sitti setia menunjukkan baju-baju koleksi RKM tanpa lekang senyumannya.

Sepasang baju sewa dari RKM adalah dari RM599-RM3500..
Baik yang RM599 mahupun RM3500 semua cantik belaka..
Kalau tak percaya tengok saja gambar-gambar koleksi RKM..
suka train yang panjang-panjang gini

ok..cair tengok..sukax100

koleksi terbaru dari RKM..heart the color also..
baju anil lutaze rekaan RKM..see the beading? source: blog anil lutaze
MasyaAllah..cantik sangat..
Tapi sebab terlalu banyak bajunya yang cantik
jadi kina macam tak tahu nak pilih..pudin macam suka silver..
Kena tunggu mem besar pilihkan..hehe..iye, saya anak ibu (kadang-kadang)..

Yes
kina & pudin dah buat keputusan baju persandingan kami adalah dari RKM..

Jadi sesiapa yang belum ada baju persandingan,
Rumah Kebaya Malaysia is a right choice ok!

Pudin pun tanpa dibagitahu terus like RKM fanpage dekat facebook tau..
Semangat betul tunang kina ni kan..:)

Mampukah kita?

Salam 
Isu hangat hari ni bila mufti perlis memberi pandangannya..
pendapat..tapi bukan jatuh haram atau berkuatkuasa lagi..
subhanaAllah..cantiknya rumah Allah

Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama

Ala..bukan nak tiru tapi nak ambil berkat masjid je..
Majlis akad nikah di masjid sememangnya baik kerana ia dapat melestarikan fungsi sebenar masjid sebagai pusat Ummah yang mana tidak hanya sekadar berkisar pada ibadah khusus sahaja.  Tetapi  menjaga adap² dan kesucian Rumah Allah swt perlulah dipatuhi.   Ini kerana seringkali didalam majlis akad nikah kita dapati banyak perkara² yang tidak wajar di lakukan di dalam masjid.

Biasa untuk majlis kegembiraan itu, kita gagal mengawal emosi yang memuncak apa lagi kerana disitulah bertemunya kaum keluarga kawan taulan  berkenal kenalan dan tentunya berbagai cerita² riuh rendah terjadi.  Kata ustazah saya, kita tidak  boleh bercakap hal dunia di dalam masjid.   Majlis yang meriah dengan senda gurau tepuk tampar juga tidak menjaga tertib berpakaian sebagai seorang Islam.  Belum lagi bab mengata mengumpat kain baju pengantin warna tak sedondon, pengantin lelaki tak handsome, kasut tak berkilat, muka tak berseri, andam tak cantik..huwaaa……. berkat hilang ke mana !- kujie
lepastu orang pun bertepuk tangan..dalam masjid ni..ingat ni gereja? u may kiss the bride..huhu

Macam mana nak bagitahu tetamu supaya jaga adap dalam masjid?
Sepatutnya sebagai orang Islam kita sendiri patut dah tahu..
Bukan mudah jadi, baik tak yah buat..

Kina pun dulu nak buat di masjid..masjid cantik..nak ambil berkat..

Tapi bila pikir balik mampu ke aku nak suruh semua tetamu ikut adap?
Mampu ke kita tutup mulut tetamu dari hal dunia?
Aku pun kalau tunggu waktu jemaah cakap pasal dunia..
Aku pegi masjid untuk sembahyang pun jarang-jarang..
Masa kat kolej ada la satu dua kali..pastu masa terawih..

Ok, tak nak cakap banyak sebab sendiri pun masih terlalu banyak naifnya..

Kita tunggu la pihak berwajib terangkan..
Sebenarnya banyak lagi benda yang kita buat tapi tak boleh..

Termasuk la kina sendiri..huhu..(ashame of u kina)
Rasa bersalah tapi nak jugak buat..=.='

Tepuk dada tanya iman.
Just my 2 cent.

Exchange link jom!

Salam 
Jom kita bertukar-tukar link yuk..

Dengan penuh rasa rendah diri, kina pun mahu exchange link..

Kindly drop your link ya..
Thank you very much..>_<

Kalau comment anda dah dibalas tandanya kina dah link ya!

Its been a year..confirm BBF gathering..

Salam 
Yes..its been a year..kina & pudin declare..cewah..
dan half a year untuk declare as suami isteri..

Selamat anniversary yang setahun!
Mula-mula macam merajuk sebab pudin kena hantar adik balik sekolah..
Tak jadi nak pegi survey & makan mcd..
Tapi macam biasa la baik semula sebab dia buat lawak seposen dia..

Ye la..tengah-tengah marah ce ce buat muka la kunun..
Tiba pudin cakap lawa la pakai kindergarden ni..
KINDERGARDEN? what the heck..haha..cardigan la..
lawak yang sungguh mereng mahawangsa..
Terus gelak tak hingat da tengah merajuk..haha..

Gtalk dengan pudin dari kampung tembangau die tu pagi ni..
Kina : rasa macam nak hadiahkan handphone c3..
Pudin : boleh3..tapi abang nak hadiahkan tudung baru..
Mentang2 la tudung bawal aku tertarik aritu.. kedekut!!weeeek..haha..


Ok..tak jadi nak hadiahkan..mana aci..tudung 15iggit je..
haha..musnah harapan nak dapat handphone baru gak sebenarnya..
tak payah..makan secret recipe je la..save untuk kahwin ok..
tapi rasa nak makan carlz junior gak..cakap nak diet..haish..

ok, kina nak jugak pegi BBF gathering, mana FF..hehe..
hari ni last baru nak confirmkan..
banner bbf yang smart

DIY kad kahwin

Salam 
Sangat-sangat suka kad kahwin yang di DIY atau handmade
Kina rasa kina akan hantar design untuk diprint kat kedai atau online..
The next thing to do is touch up them nicely & sweety..hehe..

Ini beberapa idea yang menarik hati kina.
1) Card with buckle ribbon
Buckle ni macam penyambung riben tu..tak tahu nak translate in malay,cangkuk kah?
source: craftjuice
kad heed dari glamourpuss
2) Doily envelope
menggunakan square doily paper..susah nak jumpa kat sini..1 je pernah jumpa tu pun 50sen untuk 1 pc..mahalnya..source: ruffled

alternatif adalah menggunakan round doily paper yang biasa ada dekat kedai dalam 3-6sen 1pc. source: rosannes blog
3)Tracing paper pocket
kena survey tracing paper yang murah. source: drabsaving.info
Buat masa ni belum membuat list nama tetamu either
solemnization & reception, however kina akan buat 500 keping kad je.
Budget untuk kad kahwin adalah RM500-RM600 sahaja..
Thanks kepada asmawi sebab sponsor tempah print kad kahwin..
Weekend ni start surveying..

Tarikh Sewaan

Tarikh yang disenaraikan ialah tarikh tidak available lagi. Sebab ramai yang bertanya so once dah betul-betul confirm & bayar baru kina akan update di sini & lock tarikh. Hurry before your date is taken. 

Sila pulangkan tepat pada masanya sebab orang lain pun nak guna juga ye. 

Terima kasih.

BANTAL NIKAH (KUALA LUMPUR)

Januari 2012
Dayang : 27 - 29 Januari 2012 (2 unit)

Februari 2012
Norren : 03 - 05 Februari 2012 (2 unit)

March 2012
Ida : 01-06 March 2012 (2 unit) 
Zirwatul Huraizah : 14 - 20 March 2012 (2 unit) 
Shafinas : 29 March - 04 April 2012 (2 unit bantal + carpet)

April 2012
Zaireen : 12 - 17 April 2012 (2 unit bantal + carpet) 
Nurul Ain : 26 - 30 April 2012 (2 unit bantal + carpet)

Mei 2012
Sitti Marie Jean : 10 - 15 Mei 2012 (2 unit bantal) 
Bella : 25 - 27 Mei 2012 (kain bulu)

June 2012
Nurul Imma: 31May - 05 June 2012 (2 Unit bantal + carpet)
Hailina: 07- 12 June 2012 (1 Unit bantal + carpet)
Adry: 15 - 17 June 2012 (2 Unit bantal)
Abie : 28 June - 03 July 2012 (1 unit bantal)

July 2012
Shahrul : 01 - 05 July 2012 (2 unit bantal) 
Suhada : 12 - 17 July 2012

August 2012
Sofiyyah : 23 - 29 August 2012 (2 unit bantal + carpet) 

September 2012
Syuhaida : 29 August - 05 September 2012 (2 unit bantal)
Raja Nur Atiqah : 06 - 12 September 2012(co)
Sue Hana: 20 Sept - 25 Oct 2012 (2 Unit bantal + carpet)
Farah Diana: 27 Sept - 02 Oct 2012 (2 Unit bantal + carpet)

October 2012
 Awien : 02 Oct - 08 Oct 2012 (2 unit bantal + carpet)
Emy : 17 - 23 October 2012 (2 unit bantal+carpet)
Siti Najwa Syamimi : 24 - 30 October 2012 (1 unit bantal+carpet)

November 2012
 Shazwin Iryani : 31Oct - 06 November 2012 (2 unit bantal)
Aznah : 08 - 13 November 2012 (2 unit bantal+carpet)
Salina : 22 - 27 Nov 2012 (2 unit bantal)

December 2012
Dayang : 05 - 11 December 2012 (2 unit bantal + carpet)
Nabilah Saidon : 12 - 18 December 2012 (2 unit bantal + carpet)
FarEast Zah : 19 - 31 December 2012 (2 unit bantal + carpet)
Faizah : 26 Dec 2012 - 01 Jan 2013 (2 unit bantal + carpet)

Januari 2013
Ain : 23 Jan 2013 - 29 Jan 2013 (2 unit bantal + carpet)

Februari 2013
Jeng Riema: 20 - 26 Februari 2013 (2 unit dulang hantaran)

March 2013
Acit: 13 - 19 March 2013 (1 unit bantal + carpet)

Mei 2013
Syafera Ismail: 22 - 28 Mei 2013 (2 unit bantal)
Sarah Salleh: 29 Mei - 4 Jun 2013 (2 unit bantal)

June 2013
Dayang Cinzoni: 19 - 25 June 2013 ( 2 unit bantal + carpet)

August 2013
Ruwaida Ridzwan: 1 - 14 August 2013 (2 unit bantal)
Nur Iszuana: 21 - 27 August 2013 (2 unit bantal + carpet)

September 2013
Nurul: 28 August - 3 September 2013 (carpet)

Oktober 2013
Masita: 16 - 22 Oktober 2013 (1 unit bantal + carpet)

January 2014
Nurul Ayuni: 8 - 14 January 2014 (2 unit bantal)
* (Paid deposit)


PAYUNG LACE (KUALA LUMPUR)

November 2011
Nurul : 18 - 20 November 2011
Mira : 25 - 27 November 2011


Disember 2011
Dhuha :  9 - 11 Disember 2011
Laila : 16 - 18 Disember 2011


March 2012
Anas : 9 - 11 March 2012
Nolly : 30 - 31 March 2012


April 2012
Nolly : 13 - 14 April 2012
Molly : 28 - 29 April 2012


May 2012
Munirah : 12 - 13 Mei 2012
Bella : 25 - 27 Mei 2012


June 2012
Nurul Imma: 1 - 2 June 2012
Adry: 15 - 17 June 2012


August 2012
Sofiyya : 25 - 26 August 2012


September 2012
Raja Nur Atiqah: 8 - 9 September 2012
Faza Norman: 15 - 16 September 2012
Mas Angelina: 22 - 23 September 2012
Maizatul Nurmala Jamal: 29 - 30 September 2012

Oktober 2012
Najibah Samsuri: 6 - 7 Oktober 2012
Zaihiha Binti Ishak: 20 - 21 Oktober 2012

November 2012
Izzati: 3 - 4 November 2012
Fikriah Faudzi: 9 - 10 November 2012
Fadhilah Syuhada: 17 - 18 November 2012
Leeza: 24 - 25 November 2012

Disember 2012
Syazwani: 22 - 23 Disember 2012

Januari 2013
Syazwani: 23 - 29 January 2013

Februari 2013
Hasmida: 13 - 26 Februari 2013

March 2013
Siti: 20 - 26 March 2013

April 2013
Hidayah Rahim: 3 - 9 April 2013

Mei 2013
Sarah Salleh: 29 Mei - 4 June 2013

August 2013
Ruwaida Ridzwan: 1 - 14 August 2013 (1 unit)

September 2013
Hazirah: 28 August - 3 Sept 2013

November 2013
Mazreen Razali : 6 - 12 November 2013
Siti Mariam : 20 - 26 November 2013

Klik link bawah ni untuk harga & contact person.
Bantal nikah & payung lace untuk disewa


*Pihak kami boleh memberi notis & memulangkan semula semua pembayaran jika terdapat kesulitan.
*Tarikh ini mungkin tak berupdate, jadi email Zana untuk lebih details! 

Doorgift cookies in jar. Saiz sesuai?

Salam, 
Untuk doorgift kina nakkan benda yang orang boleh makan. 
Tapi dalam masa yang sama kina nak benda yang orang boleh simpan juga. 
Kunun-kunun yang boleh dimanfaatkan la. 
Tapi doorgift kina ni asyik berubah aje. 

Yela..
Nak yang sweet tapi murah tapi tak nampak murah..haha..

Pada kina kalau nak letak dalam kotak beli je kotak yang murah2 
macam dyll review kotak 12sen aritu pastu decorate.
Tapi betul. Semua bergantung kepada budget anda ye!
Doorgift ni kena budget dulu. 
1) untuk berapa orang. 2) nak asing-asingkan ke xpayah. 3) kos untuk 1 

Seperti mana kalau kita pegi mana-mana bridal atau vendor. 
Senang je ayat dorang nak takel kita bakal pengantin ni. 

"Kahwin hanya sekali dik, takpe berabih sikit"

Waduh2, tapi kina lagi prefer memboros selepas kawen..haha.. 
Kina suka idea jar sebagai doorgift. ala yang isi biskut or muffin dalam tu. 
Yela..kita boleh makan & juga boleh simpan jar tu. 2 in 1. 

Contoh gambar-gambar dari hasil googling..thanks to google image. 
heart the colors!

nice!


thank you tag boleh dapat free masa tempah kad kawen

Macam post puan jaja dia beli botol kaca jar ni dengan harga RM0.70 
(depends on size) which is sama je macam harga paper bag sekarang ni bukan? 
kita boleh buat kenangan botol ni. comelnye doorgift die kan..;)

Kalau paper bag possibility masuk tong sampah adalah 90%..hehe..
tak kisah pun pasal membuang ni..bagi apa pun boleh buang..;P
yang penting kina nak bagi 1 benda boleh makan 
dan 1 benda takleh makan. 

Then buat biskut sendiri..
mentang-mentang la ibu tokey biskut raya kan..ahaha.. 
Thanks to ibu yang menaja biskut untuk doorgift..
biskut ni je yang kompem akan ada dalam doorgift kina.
Tapi sape yang nak lagi murah letak kerepek pun best!

Hope ibu kina tak merejek idea ni..
agak-agak berapa saiz botol jar yang sesuai ye? 250ml ok tak? 

Kalau orang area selatan macam melaka, seremban, johor 
boleh try tengok botol mineral ke atau jar ni dekat sini
Tuan blognya sangat peramah ok. Just sms dan dia akan layan kita. 
Kalau order banyak boleh dapat murah ok.

Real wedding syamira/ ex-semsasian

 Salam
Tanggal 13 Mac 2011, juga tarikh majlis yumie pahang bride blogger.
Kami ke Raub untuk majlis si cantik syamira yang juga 1 sekolah.
Konvoi dalam 5 6 kereta jugak..termasuk ada insiden sikit..hehe..
Kesian zana, takpe baru-baru drive memang kena ada pengalaman sikit..

Lokasi: Raub
Tema: Hijau & Pink
Pelamin: Sangat cute..tak caya? jom tengok

love the colors, kerusi tu, white paper lantern..
konvoi budak sekolah..amek ko tak muat pelamin..ehe
gembira nye dorang..haha..
ok, kina lupa beli hadiah, bergaya dengan hadiah orang je..haha
amek berkat..lalala..
Maaf kina tak tahu dia amek pakej pelamin dengan sape..
Maybe orang pahang yang berminat boleh contact kina later..
tapi kina cuma boleh bagitahu once Puan Syamira dah bagitahu kina..


Real wedding fida nur/officemate

Salam 
Tak terlewat untuk mengucapkan tahniah buat SK & KH..
Tarikh mereka 12/3/2011 sama dengan officemate kina ni..

Lokasi: Sg Siput , Perak
Tema: Macam-macam ada..haha..
Baju pengantin perempuan: Dress warna silver (cantik)
Baju pengantin lelaki: Coat cutting silver (smart)

Perjalanan konvoi 2 kereta mengambil masa lebih kurang 3jam.
Review sambil tengok gambar je la ye..kredit to fye chan fb..


selamat pengantin baru papa & mama (nama manja dorang..haha)
silver colour memang cantik
pelamin simple yet sweet
suke dinding tu ada langsir putih..bunga putih panjang atas langsir tu 1 meter RM7.50 dekat chow kit..
antara rombongan, ekin,kak kerol, kina & pudin
smart la baju pengantin..they looks alike kan..
daddy pudin...hahaha..sofyaa anak kak ida jatuh cinta dengan uncle udin..
Selamat pengantin baru buat kak fida & comot..;)


Ahmad Fairus: Pre/Post Wedding Studio just only RM200

Salam 

Kalau anda sudah like fanpage Ahmad Fairus mesti sudah tahu..
Ini kina tahu dari status fanpage die 4 jam yang lepas..;)
Gambar dia super cantik ok! tak caya tengok 
kat sticky post kina kat atas ni ha..

Siapa nak grab peluang keemasan ni cepat2 email dia..
untuk mengetahui dengan lebih lanjut..sekarang ok..

kina tak nak ke? nak jugak..tapi macam tak boleh pikir sekarang..haha..
kena tanya encik pudin dulu la..

Juga memetik satu ayat dari Ahmad Fairus yang menarik..
Ramai yg tidak sedar,jika anda hanya study mana pelamin yg bagus,mana MUA yg bagus,katerer yg sedap.. tp anda LUPA utk study bagaimana utk hasilkan GAMBAR YG CANTIK d majlis anda nanti... Perhatikan gambar yg anda suka,pose yg anda inginkan dan share dgn photograher, disini ia akn menghasilkan gambar yg sempurna... bukan hanya berkata " photographer dah hebat,gambar pun mesti bagus sebab dia boleh pose kan aku "...
 Ok, baru sedar..haha..kena study pose lepas ni..sebab..
Ada 200 hari lagi! 1 hari 1 pose save..kih3..


Comel ke?haha

Salam 
Pagi-pagi tadi masuk office, si Terence bagi voucher rm10..
Untuk KFC, Ayamas @ Pizza Hut..yeay..suke..
Bukan free2 tau..sebab dapat tempat ketiga main badminton hari tu..
Main geng-geng office je..semua 10 orang pemain..

Lawak je main kat dewan tasik titiwangsa..
Kina memang tak reti main badminton, tangan bangku?haha
Ye la..main2 gaye je lebih, pukul angin..tensen..haha..
Semua ada 5 team..bayangkan 3 game pertama semua kalah..
Down gile tak rasa? straight kalah je..

Game ke4 menang pastu terpaksa main lagi sekali dengan 2 lagi team
untuk dapatkan no 3..hehe..Alhamdulillah, rezeki menang..
tQ to kak nini yang rajin berlari2 kat belakang kina..hehe..
kak nini jom kite pegi makan sama2 nanti..hehe..

Pukul 9 tadi tengah meeting perut berbunyi kerooook..haha..
Sengal je, nasib Dr Zakiah tak dengar..
Sekarang tengah mamam roti sambil bukak nuffnang..
Check la keyword dekat nuffnang..keluar ni..
you really brighten my day!haha..
macam keyword da pernah tengok..tapi keyword ni betul2 special..
 tergelak masa baca ni nasib tak tersedak roti..
kak kerol jangan jeles ye..hehehe..syaz yang sedang mengomel part 1 
& eikin yang sedang mencari suami soleh.

Tengahari nak pegi SOGO..yeay..

Tiada lagi sewa dulang di KL!

Salam 
Pengumuman ini dibuat berdasarkan pengalaman dengan beberapa penyewa..
1) Masalah masa
2)Kawasan rumah saya yang susah nak masuk & parking

Bikin mood saya spoil!

Bagi yang telah membayar deposit & sewa dalam bulan ini juga,
anda terselamat sebab saya tak begitu kejam untuk terlalu last minute.
Yang sudah bertanya tapi belum bayar harap maaf..
(Kalau ada dah bayar pun saya akan pulangkan)
Saya tidak lagi menyewakan dulang saya..

Bermula bulan April 2011!

Dengan ini sewa dulang hanya available di kawasan Melaka sahaja.
Tempat ambil & pulang di Taman Bukit Rambai..
Tempoh sewaan adalah seminggu atau mengikut dipersetujui.

Namun begitu payung lace saya masih sewakan seperti biasa..

Pesona Pengantin April 2011 (banyak gambar)

Salam 
muka depan: fauziah gous
kamera hanpon je..warna pun nampak lain
cantik! putih suci..
cantik lagi
macam baju nikah kina tapi xd dekat pinggang tu..hopefully jadi..;(
kain tone! cantik kan? hehe..
gubahan hantaran by man kajang
tudung pelik-pelik..huhu..macam cerita star war tu..
ni ok sket simple
tudung ikut jenis bentuk muka..
haha..ni mesti korang suke..*_*
kgpa lynda!
lagi gambar lynda tapi dekat ruangan tips persiapan kawen
suka bulu putih tu nampak impak salju gitu
lagi pelamin fairy tale
 Kesimpulannya pesona pengantin bulan April ni banyak info dan gambar yang best..hehe..
Cepat dapatkan di kedai2 berhampiran anda..
 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork