Kina buat tagline baru untuk darkbatman


Salam..tajuk kina agak gempak bukan hari ni? Masakan tidak gempak kerana ada nama yang memang gempak di dunia blog ni iaitu tidak lain tidak bukan aie aka darkbatman..Dia boleh dikira senior & sifu kina la..dia sudah 10 bulan bersama nuffnang..kina baru je genap 2 bulan..Ok..sebelum lari ke topik lebih jauh..Betul ke kina buat tagline baru untuk darkbatman? Nak tukar Lelaki.Kacak.Maskulin tu?

IYE..darkbatman mahu menukar angin pus-pus tagline blog dia yang memang gantang itu.Kina memang salah seorang follower darkbatman & banyak mengajar kina dalam dunia blog yang pelbagai bukan tu saja dapat tahu resepi masakan sempoi tapi sihat lagi..

Tagline yang kina ingin propose kepada darkbatman ialah:

HIPNOSIS ALAM VIRTUAL
Heh..unik tak?gaya mistik & para-par sakura paranormal bukan? nama blog kena misteri macam nama tuan blognya juga. Bukan Lelaki.Kacak.Maskulin tak sesuai. Bagi kina tagline itu menunjukkan "ni mesti cite lelaki je"..boring..padahal totally wrong..pastu akan rasa lain macam dengan tagline tu..macam mana?macam lain la..tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata..heh..
  
Kenapa kina rasa tagline baru ni best untuk darkbatman? Sebab dia best..(ala-ala iklan)

Meh kina terangkan maksudnya..


HIPNOSIS sebab pembaca akan terus terhypnosed la bila baca blog darkbatman..mesti mahu datang banyak kali lagi..cayo la cakap eden. terjadi kepada kina la ni..macam mana boleh terhipnosis tu eh? Sebab dia ada banyak ilmu, senaman, nuffnang, general knowledge, tutorial, pengalaman & macam-macam lagi la. Apa yang penting post-post dia tak boring sebab ada unsur humor gitu. Tambahan pulak tuan punya blog seperti tagline asalnya, kalau gadis-gadis yang single di luar sana tengok kompem cair la..(bukan kina la sebab kina tak single dah)..

ALAM VIRTUAL sebab blog ni kan kira virtual la..kite tengok di alam maya ni..menampakkan teknologi terkini la..kalau bukan sebab internet takkan adalah orang baca blog darkbatman ni..mula-mula kina nak pakai alam maya atau dunia virtual..last-last kina combine alam & virtual..

Apa yang kina dapat kalau darkbatman pilih tagline ni? Dapat RM100 tau..Memang tengah sengkek ni..Hari ni last penyertaan..Wish me good luck ya..Tak penah menang pape contest lagi..Tapi tetap suka bercontest..Apa-apa pun selamat memilih tagline buat incik darkbatman!




3 lovely comments:

Unknown on October 31, 2010 at 3:56 PM said...

smeoga berjaya kina

Unknown on October 31, 2010 at 9:13 PM said...

salam singgah
im new here...
btw, interesting blog...
singgah2 lah nnti..

darkbatman on November 3, 2010 at 11:17 AM said...

gudluckkkk..hehee.. seronok je bace.. :)

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork