Salam,
Terbuka hati kina nak buat post ni bila rakan kina yang baru berjinak dengan blog berminat sangat nak tahu tentang nuffnang ni..kak ecah nama diberi, dah buka akaun nuffnang ni, dah ada blog..pastu dekat icon nuffnang tu banyak sangat istilah yang dia tak paham..selalu ulang alik tanya kina..(kina tak kesah pun tau)..kina pun masa 2 bulan yang lepas sama gak..kak ecah ingat kina da buat blog ni setahun!huhu..tak sampai 3 bulan pun tau..amatur sangat lagi..
Dulu tak tahu apa la yang dok tercangguk dekat bahagian earning tu..yang tahu nak tengok RM0.00 tu berubah tiap hari Isnin..sebab kalau ada orang klik naik la sikit earning dekat total tu..hee..Kalau lebih RM50 boleh la cash out..
Icon earnings yang selalu dijenguk hari Isnin |
1) Campaign
Iklan-iklan yang semua blogger akan dapat. Campaign camni akan keluar masa traffik tengah hangat maksudnya ramai la tengah online & lagi baik yang datang jenguk blog kita klik iklan tu untuk tahu apa iklan tu. Jenis ni dipanggil CPC iaitu Cost Per Click. 1 click = RM0.25 (bagi ahli Gliterati yang setia dengan nuffnang). CTR bermaksud Click through ratio. Contohnya kalau ada 100 orang yang view blog anda pada hari tu, ada 1 klik jadi 1/100 = 0.01% la CTRnye. Betul ke?Sifu-sifu yang bijak,sila betulkan kalau salah eh.
2) Buffered Earnings
Buffered Earning atau nama glamour dia BE, adalah level kedua la untuk campaign ni. BE sangat istimewa sebab advertiser sendiri yang pilih blog mana & kedudukan iklan tu. Lihat di bawah, Campaign Name akan ada sign posisi iklan tu, Contohnya Olay LR. Olay adalah nama product advertiser, LR pulak Large Rectangular yang ada dekat bawah post entry anda..Advertiser banyak pilih LR kina, jadi potensi untuk semua BE keluar memang la sikit, so kurang la sikit earning sebab BE ni dibayar mengikut bilangan yang tengok iklan tu.
CTR Bonus pula adalah bonus dari nuffnang berdasarkan CTR untuk campaign tersebut.Kalau CTR 0.2% dan ke atas dapat la CTR Bonus tu. Cuba lihat kat atas ni 3 iklan terbawah tu, takde pun CTR Bonus sebab 0% CTR. |
LB adalah iklan atas header tapi tak penah kina nampak iklan tu..huhu.. |
Tq Olay..Boleh promote kat ibu kina ni! |
Kina pernah buat perbezaan, contohnya kalau hari semalam hanya 100 orang unique view akan dapat increment untuk campaing tu tak sampai seringgit pun. Kalau 300 orang dapat la singgit.. hehe..trafik kina 300++ je paling tinggi pun. Kalau nak cerita pasal BE memang tak cukup la space entry ni..hehe..Alhamdulillah, selepas 2 bulan setengah kina dapat 11 BE..boleh la buat topup duit simpanan kahwin kan..haha
3)Metered Earnings
Metered earning pulak column yang akan terhasil bila BE expired. Contoh di bawah Toyota Altis tu pernah menjadi BE. Bila da jadi ME ni, jumlah nilai ME akan ditambah dengan Campaign CPC. Sekarang kina da ada 2 ME..Walaupun tak sampai 10iggit, yang penting ada kan..Dont worry, rezeki di mana-mana..
4)Advertorial
Campaign yang ni peringkat yang tertinggi la..Kina pun tak penah rasa..Biasanya blogger tegar, ramai follower (ribu-ribu ok), post mereka memang best, akan dapat advertorial ni. Di mana, dorang akan dapat task dari nuffnang untuk mempromote atau mengulas tentang produk tu. Bayarannya pula boleh cecah ratus-ratus ribu-ribu kot kan? Wallahualam..
Harap kak ecah boleh paham eh..kalau dah paham..mc flurry 1!..hee..
14 lovely comments:
tq kina, kte try f0llow up ur lecture tentang icon earning nuffnang tuh..kalau tak dpt catch up jugak,terpakse lah 0rder Mcflurry 1 kat McD..hihihi...
thanks kina for sharing.sekarang miza dah tau. dapat tambah info pasal nuffnang :)
bagus info camni.. kita pun sblom ni krg paham.. main pacak jer..
wah..good info...thanks kina :)
hebatnya kina. amy pun tak tahu in details sangat. LOL....
byk earning dia..kina, lanje~!!! =)
Yang CTR tu, Click thru rate. ambil clicks bahagi ngan cpm.
wahhh...dah boleh jd cikgu ni...tp kan kina...serius...kite still xpham psl CTR bonus tu...huhu
bestla entri ni..barula paham sket pasal nuff ni...tengs kina, it helps!
Info yg bagus...banyak manfaat untuk sy...terima kasih
thanks for the info kina! i pun baru nak blaja pasal nuffnang ni.. :)
BE sangat istimewa sebab advertiser sendiri yang pilih blog mana & kedudukan iklan tu.
kina, cmne kite nak tau advertiser pilih blog kite? sgt x phm pasal BE nih
hai nur..kite akn tau bile iklan yg sama keluar dekat tmpt yg sama..lepas tu dekat icon earning nuffnang tu akan muncul table Buffered Earning..^_^
wahhhh... ok da paham da.tme kasih cik kina ;)
Post a Comment