Salam,
Alkisah semalam pergi menonton tayangan premiere screen, pemberian churp-churp..
maximus (si kuda) yang kelakar |
Sinopsis Rapunzel
Permaisuri tidak dapat melahirkan si puteri (rapunzel) kerana sakit. Semua rakyat dikerahkan mencari bunga ajaib yang akan bercahaya dan boleh membaiki apa sahaja. Ada seorang perempuan tua yang menyorokkan bunga itu supaya dia sentiasa akan kelihatan muda dan cantik. Akhirnya askar menjumpai bunga dan permaisuri pun selamat melahirkan puteri yang mempunyai rambut yang ajaib dan bercahaya. Perempuan tua itu marah dan melarikan puteri itu. Rambut puteri akan kehilangan kuasa ajaib jika dipotong, oleh itu perempuan tua itu menyorokkan puteri di dalam menara yang tiada tangga supaya tidak dijumpai sesiapa dan menyamar sebagai mak puteri. Itu la sebabnya rambutnya begitu panjang. Selepas 18 tahun, seorang pemuda mencuri mahkota puteri dari istana dan dalam masa yang sama pemuda itu melarikan diri dan terjumpa menara itu. Saksikan Rapunzel bermula hari ini 25 Nov 2010. Best2.. dinasihatkan tengok 3D..boleh tangkap2 tanglung..hehe..
menara tempat rapunzel disorok |
1) Pergi Cathay - dekat the curve. Mula-mula ingat cathay dekat dalam the curve betul-betul. Rupanya dia tukar nama Cineleisure kepada Cathay. huh..nampak sangat dah bertahun tak pergi. Nasib baik parking dalam Cineleisure tu. RM1 je.
2) Kena bagi Handphone & Kamera dekat kaunter sebelum masuk. Bukan tu aje, kena scan macam nak masuk airport je. Ramai je yang kantoi tak letak handphone. Kuang-kuang.
3) Dapat button churp2 on twitter. Twitter pun kina tak de tapi benda free rembat aje.
4) Sampai dekat dalam baru tahu dapat tengok 3D. Wow. Dulu pernah tengok Bolt 3D tapi yang ni baru nampak 3Dnye..kina siap terpejam masa batu terjatuh..huhu..pudin pulak cakap ok la 3D kat mesia ni menghampiri 4D dekat German. (Dia 1st time tengok 3D kat Malaysia)..Oh ye, camne si pudin ni ada kat KL? Dia ada kursus dekat KLCC..hee..
5) Best atau tidak? Beeest..Rating 4 dari 5 bintang. Jalan cerita memang tak dijangka. Very funny!
5 lovely comments:
pagi ni t'pandang ads kat paper,and bukak je blog kina citer psl ni plak... nak pg tengok... suke sgt cite katun mcm ni.... feeling2 princess gitu. hahahaha :)
kita pun pegi smlm invite nuffnang.. Yg mana 1 kina pun tak tau
wawa..memang best..kelakar..cuma tak suka sebab musical tp sib bek best..
dear!u pun ada eh?patutnye kite janji kn..hehe..memang tak kenal pun..kina kenal darkbatman je semalam..
wow..best eh citer nih?...kene g tengok nih
nini D..best dear..mmg tak rugi tgk tau..
Post a Comment